TDLM - bab 68

19.7K 621 21
                                    

Habis menonton televisyen di tingkat bawah, Medina yang masih bertelekung sejak dari solat Isyak berjemaah masuk ke biliknya yang bersebelahan dengan bilik Dhiya.

Kasyaf turut ada bersamanya, tadi mereka bersama-sama di bawah memandangkan Mak Su Nora yang menjaga Dhiya.

Lebih kurang hampir pukul 10 malam tadi, Nora dan suaminya pulang ke rumah.

Telekung ditanggalkan lalu dilipat ala kadar. Medina intai Kasyaf yang hanya duduk di hujung katil.

"You."

"Hmm?"

"Malam ni I nak tidur dengan Dhiya, boleh?"

Kasyaf pandang Medina kemudian angguk kecil. "Boleh, tapi kenapa?" saja dia tanya.

"Saje, dah lama tak tidur dengan Dhiya," jawab Medina sambil senyum nipis.

Sesudah itu Kasyaf hanya diam. Ada kalanya dia garu bahagian yang gatal dek digigit nyamuk.

"You."

"Hmm?"

Menunggu Medina meneruskan kata tapi apabila masih diam, Kasyaf angkat muka pandang Medina.

Isterinya hanya memandang Kasyaf, bagai ada kata yang tak terluah.

"Kenapa?" dia tanya lembut.

Tapi mulut Medina ibaratkan terkunci lalu dia mendekati Kasyaf, menghenyakkan punggung di sebelah ruang kosong dengan suaminya.

Dia ambil tangan Kasyaf ke dalam genggamannya.

Kasyaf agak ada perkara yang berat Medina ingin bangkitkan jika sudah begini.

"You sayangkan Dhiya?" tiba-tiba dia bertanya.

Dahi Kasyaf berkerut hinggakan keningnya mendekat. "Apa you tanya, mesti lah sayang. Dia kan isteri I."

Medina menggeleng, bukan jawapan itu yang dia ingin dengar. "Bukan sayang yang macam tu."

Hening.

Lelaki itu bagai dapat mengagak maksud sebenar Medina.

"Maksud I, you sayangkan Dhiya sebagai isteri yang you letakkan dia adil pada tempatnya, atau you sayangkan dia hanya sebab dia isteri yang menjadi tanggungjawab you?" serius intonasi Medina bertanya.

Kasyaf diam, soalan itu sendiri membuatkan dia tertanya. Sejauh manakah perasaan dia pada Dhiya.

"Apa pun perasaan you yang sebenarnya pada Dhiya, I tak nak you ambil kira perasaan I sekali. You tak perlu nak pertimbangkan yang I rasa. Kalau you cintakan dia atau tak, itu adalah hati dan perasaan you. Dhiya juga isteri you sebagai mana I. Dia berhak ke atas batin you."

Diam diam lagi tidak berkutik. Memikirkan kata-kata Medina.

Cintakah dia pada Dhiya?

Akuinya memang dia kasihkan Dhiya, tapi cinta? Perasaan itu ada kah?

Sejujurnya dia tidak layak untuk Dhiya. Klisye tapi Dhiya terlalu baik. Kasyaf tidak boleh nafikan sikapnya pada Dhiya dulu adalah tidak adil, menzalimi Dhiya kerana jujur dia katakan memang dia mengelak untuk meluangkan masa bersama dengan Dhiya di Kuantan.

Bagaimana dia boleh melupakan Dhiya yang setia menunggu pulangnya setiap hujung minggu. Apabila dia tidak pulang hingga pernah ke sebulan lamanya, tuhan sahaja yang tahu terseksanya Dhiya ketika itu.

Dan perceraian yang hampir berlaku.

Itu yang paling kejam.

Kedengaran Medina tarik nafas dalam. "Kalau you ada perasaan cinta pada Dhiya, I harap you bagitahu Dhiya sebelum terlambat. Dia berhak tahu, itu hak dia."

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now