2007,
Dhiya membuka telefon lipatnya, masih tiada sebarang mesej dari siapa-siapa. Topi yang dipakai di kepala dibuka. Semak pula di kepala.
Jam jenama Casio di pergelangan tangan di pandang. Sudah pukul 10.35 pagi. Lagi 25 minit feri mereka akan bertolak menuju ke Pulau Perhentian.
Sudah 4 tahun mereka meninggalkan sekolah dan hari ini merupakan pertemuan mereka kembali kerana tidak lama lagi Medina akan menyambung pelajaran ke Jerman jadi mereka berkumpul kembali sebelum dia pergi.
Lagipun sudah agak lama mereka berempat dapat berkumpul kembali. Kali terakhir adalah 2 tahun lepas ketika mereka mengambil sijil SPM bersama-sama.
"Dia orang tak cakap lagi ke dia orang dekat mana?" Iman yang dari tadi ralit memandang permandangan di Jeti Kuala Besut mendekati Dhiya yang duduk di kerusi.
Iman merebahkan punggungnya di sebelah Dhiya. Bahang di muka kerana berada di bawah panas membuatkan dahinya berpeluh.
Telefon dibuka sekali lagi. "Belum." Tiada sebarang notifikasi mesej masuk. Feri akan bertolak dalam 20 minit lagi.
Rambut yang bertebangan ditolak angin kuat membuatkan rambut memasuki mulutnya. Iman mengambil getah rambut yang berada di dalam seluar lalu mengikat rambutnya.
Tinggal di negeri yang sama, Dhiya mengambil bas dari Teluk Intan ke Ipoh. Dhiya dan Iman bertemu di Ipoh dan mengambil tiket awal pagi ke Besut.
Lebih kurang dalam pukul 6 lebih pagi tadi, mereka tiba dan bersarapan sekejap, terus mereka ke Jeti Kuala Besut.
Hanan dan Medina yang sama-sama tinggal di Kuala Lumpur pula mengambil tiket kapal terbang seawal pukul 8 pagi ke Lapangan Terbang Kota Bharu, mengambil teksi untuk ke Jeti Kuala Besut.
Tapi sudah pukul 10 lebih masih lagi tidak sampai. Dhiya mengeluh panjang.
Telefonnya bergegar menandakan ada mesej yang masuk. Terus dia buka mesej dari Medina. "Dah sampai, mana korang?"
Terus anak matanya memandang ke arah pintu masuk jeti. Kelihatan 2 orang sahabatnya sedang mengeluarkan beg bagasi dari perut teksi.
"Tu, dia orang dah sampai." Bibirnya menjuih ke arah mereka. Iman turut melihat ke arah mereka lalu melambai tangan agar kedudukannya dapat dilihat.
"Fuh!"
"Asal lambat sangat?" belum sempat mereka berdua mencari nafas, Dhiya terus bertanya.
Keluhan berat dilepaskan. Muka berkerut seribu tanda dugaan seribu satu akan diceritakan. "Pagi tadi, aku dengan Hanan bangun lambat, nasib baik flight tak tertinggal. Lepas tu, sampai dekat airport, tunggu luggage tak keluar-keluar, rupa-rupanya si minah ni tersalah pandang. Ada je luggage dia. Lepas tu..." Medina berhenti sekejap untuk mengambil nafas dari ceritanya yang panjang lebar.
"Lepas tu, dekat setengah jalan teksi pula habis minyak. Bayar dah mahal, minyak tak reti nak isi."
"Ye weh, aku geram betul dengan driver teksi tu. Dah lah banyak cakap. Kalau dia cakap slow slow tak apa juga, ni dah lah laju, dalam loghat Kelantan pula tu. Satu apa pun tak faham." Sambung Hanan pula.
Iman hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum nipis mendengarkan cerita mereka. "Hah, marah, marah juga, kita ni kena naik feri. Nanti burn macam tu je tiket."
Melihatkan jarum jam yang hanya tinggal 10 minit sebelum waktu berlepas, Dhiya menggesa mereka untuk segera naik ke feri.
Mereka berempat sedikit kelam kabut berlari anak menuju ke feri yang semakin dipenuhi dengan penumpang.
YOU ARE READING
[C] Tertulis Di Luh Mahfuz
RomanceDhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya sendiri, Medina. "Kalau aku nak kahwin dengan dia boleh?" "Siapa dia?" "Suami kau, Kasyaf." - Dhiya Medina terdiam apabila mendengarkan perm...