Dhiya pejamkan mata, berharap segalanya bukan mimpi, kerana jika ianya mimpi tolong jangan sedarkan dia.
Tapi Dhiya juga tahu mimpi ini akan membawa kepada hati yang akan dilukai maka wajahnya dipalingkan menjauhi Kasyaf.
Dia tidak ambil hati, Dhiya tahu Kasyaf mungkin tidak dalam fikiran yang betul dan hanyut dalam perasaan sendiri dan Dhiya tidak mahu mengambil kesempatan.
Kerana kemudian hari, dia yang akan menanggung salah. Beban ini akan dijatuhi ke atas bahunya.
Kasyaf buka matanya apabila sedar Dhiya larikan mukanya. Dia beristighfar dalam hati. Untuk beberapa minit, dia bukan dia.
"Jangan ikutkan hati," pesannya lembut. Dhiya berjalan menjauhi Kasyaf menuju ke katil. Baju yang dia ambil yang masih berlipat diletakkan di hujung tilam.
Suasana bilik sunyi dan hening. Segalanya menjadi kekok persis malam pertama mereka diijab Kabul.
Deringan telefon Kasyaf yang memenuhi segenap ruang bilik memecahkan kesunyian di antara mereka. Sempat Dhiya mencuri pandang ke arah nama panggil.
Senyuman sinis kecil terukir tanpa sedar. Bukan mengejek tetapi sedar betapa ironi hubungan tiga segi antara mereka.
Kasyaf balikkan tubuhnya dan pandangan mereka sekali lagi bertemu. Dari jauh dia sudah tahu siapa pemanggil kerana dia tetap kan runut bunyi yang berlainan untuk kenalan yang istimewa.
Tuala di rak dicapai. "Saya agak yang awak tak nak menyesal di kemudian hari." Terus dia menghilangkan diri masuk ke dalam bilik air.
Tombol pintu dikunci. Masuk sahaja bilik air, terus air matanya jatuh.
Dia tidak sempurna, dia bukan seperti isteri-isteri lain yang berkemampuan. Dalam dirinya terlalu banyak kecacatan yang tidak ada sesiapa mampu membaikinya.
"Jauh termenung tu. Dah sampai mana?" suara mak su yang memasuki telinga menyedarkan Dhiya dari peristiwa yang hampir sebulan sudah berlalu.
Walaupun sudah lama terjadi, acap kali singgah di fikirannya.
Manakan tidak, peristiwa itu telah membina kembali tembok di antara mereka. Tekaannya yang mengagak bahawa Kasyaf dalam keadaan tidak sedar pada malam itu adalah betul.
Hal itu kerana Kasyaf seolah-olah mengelak darinya setiap kali pulang ke sini. Perbualan di antara mereka juga boleh dikira pakai jari.
Bukan sahaja Kasyaf, Dhiya sendiri mengelak. Bukan apa, Dhiya juga tidak mahu terbabas. Dia tidak mahu lupa akan dalam situasi apa mereka berdua.
Di mata Dhiya mungkin mereka berdua adalah suami isteri, tapi di mata Kasyaf mereka berdua adalah teman serumah. Dan Dhiya mahu Kasyaf tetap berfikiran seperti itu.
"Ada sampai KL ke?" mak su yang sedang menukar pokok bunga ke tanah bertanya lagi.
Sekarang Dhiya dan mak sum akin bergiat aktif menghidupkan kembali taman bunga arwah mamanya. Banyak pokok yang sudah semakin membesar.
Dia sengih kecil. "Tak ada lah mak su. Tiba-tiba termenung." Alasan diberikan.
Baja ditabur di sekitar pokok kemudiannya disiram. Dhiya menutup pili air apabila kerja untuk petang ini sudah selesai.
Mereka berdua kemudiannya mengambil tempat di buaian bulat besi yang sudah dia upah orang untuk membaik pilihnya beberapa ketika yang lalu.
Mata Mak Su Nora memandang sekeliling kawasan Dhiya. Sudah semakin cantik, makin berseri, makin ceria. "Tak lama lagi ni penuh bunga, macam dulu-dulu."
YOU ARE READING
[C] Tertulis Di Luh Mahfuz
RomanceDhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya sendiri, Medina. "Kalau aku nak kahwin dengan dia boleh?" "Siapa dia?" "Suami kau, Kasyaf." - Dhiya Medina terdiam apabila mendengarkan perm...