TDLM - bab 9

14.5K 680 65
                                    

Usai menonton drama Natasha di slot lestary TV3, terus Dhiya naik ke biliknya. Encik Fauzi masih di ruang tamu menonton tv saluran sukan.

Terus sahaja butang 'on' pada komputer riba yang dihadiahkan oleh babanya sewaktu dia memasuki universiti 2 tahun lalu ditekan.

Buat masa sekarang hanya ada Dhiya dan Encik Fauzi di rumah kerana pengajian tahap diplomanya sudah tamat. Dhiya ingin mengambil rehat terlebih dahulu sebelum memohon penerapan untuk ijazahnya.

Telefon jenama Nokia di ambil. Keluhan panjang dilepaskan. Termasuk hari ini, sudah hari keempat mereka pulang dari percutian tempoh hari tapi Kasyaf masih lagi tidak memberikan mesej apa-apa.

Dhiya tidak boleh menghantar mesej dulu kerana dia perempuan. Tidak ada yang kata perempuan tidak boleh menghantar mesej dulu tapi Dhiya tidak mahu, dia rasa seolah-olah perasaannya tercalar jika dia berbuat begitu.

Apabila komputer ribanya sudah bercahaya, terus Dhiya menekan ikon imej mozila firefox. Aplikasi Facebook dibuka dan permintaan rakan baharu dibuka.

Anak matanya terhenti pada satu profil.

Ahmad Kasyaf.

Profil itu ditekan. Itu memang akaun facebook Kasyaf yang dia kenal apabila gambar percutian mereka di Pulau Perhentian disiarkan di akaun tu.

Permohonan Kasyaf sebagai rakan facebook diterima dan tidak lama selepas itu, sebuah mesej masuk.

Hai
10.10 pm

Mesej dari Kasyaf dibaca. Kulit pada hujung kuku digigit. Mahu merajuk boleh? Kasyaf ada nombornya tapi kenapa lelaki itu perlu sekarang?

Hai
10.11 pm

Ini betul Nadhiya kan?
10.11 pm

Ya
10.11 pm

Berhari-hari saya tunggu awak mesej saya
Kenapa awak tak mesej saya?
10.12 pm

Berkerut dahi Dhiya membaca mesej itu. Kasyaf ini biar benar.

Awak kan ada nombor saya.
Kenapa tak awak yang mesej saya
10.13 pm

Eh
Mana saya ada nombor awak
10.13 pm

Usai membalas mesej itu, terus Dhiya mencapai telefon nokianya yang berada di sebelah. Maklumat kenalan dicari dengan hanya menekan butang nombor 5 dua kali. Nama Kasyaf keluar paling atas dalam carian huruf K.

Dahi Dhiya berkerut. Bagaimana nombor Kasyaf boleh ada dalam telefonnya? Atau ini Kasyaf lain yang dia kenal? Tapi mana ada yang lain.

Kasyaf membalas mesejnya lalu segera Dhiya baca.

Haritu masa saya ambil telefon awak saya save nombor saya
Saya nak missed call awak tapi baki awak tak cukup.
10.14 pm

Balasan daripada Kasyaf membuatkan Dhiya diam seketika mengingatkan hari terakhir di asana. Betul, baki kredit mencukupi dan dia hanya sempat membelinya beberapa minit apabila tiba di stesen Kuala Besut.

Sorry :(
10.16 pm

Senyuman hadir di bibir. Serba salah pula apabila beberapa hari ini dia yang buruk sangka terhadap Kasyaf.

Terus Dhiya membetulkan bantal untuk disandar pada kepala katil. Komputer riba diletakkan di atas dada.

Bukan salah awak
Saya yang tak perasan
10.17 pm

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now