Tangan Erena di genggam dan diheret keluar, ni pertama kali Erena naik ke bahagian atas pejabat ni. Seingatnya hari pertama dia melaporkan diri di pejabat ni, ketua nya Puan Ain dah memberi amaran untuk tidak naik ke aras atas pejabat ini. Erena menyematkan perkara tersebut sehingga ke hari ni.
" Apa masalah awak ni Encik Luth? Suka suka hati je pegang tangan saya!" bentak Erena sambil menarik tangannya sekuat hati. Akhirnya terlepas juga pegangan tangan dari Luth.Luth berlalu ke meja dan membiarkan Erena berdiri di ruangan biliknya. "Aku tanya kau, kau kemana dengan Danial?" tanya Luth mendatar. "Non of your business," jawab Erena perlahan. "Aku tak suka ulang soalan aku banyak kali Erena,"
"Saya bukan keluar berdua dengan Danial. Saya keluar makan dengan Puan Ain dan kawan kawan intern yang lain. Apa masalah awak Luth? Kalau saya keluar berdua dengan Danial pun apa hak awak nak halang?!" tanpa sedar dia menenking Luth. Luth yang cukup pantang orang meninggikan suara pada dia, bangun dan menghampiri Erena.
Erena yang tersedar akan keterlanjuran tingkahnya berundur kebelakang apabila melihat Luth makin mara dengannya. Akhirnya pergerakan Erena terbatas dan terduduk di atas sofa yang berada diruangan itu. "Aku paling tak suka kau tinggikan suara dengan aku," suara husky Luth berbunyi perlahan namun cukup hampir di telingannya. Erena sedikit mengeletar berada dalam keadaan sedekat ini dengan Luth, kiri kanannya sudah dikepung oleh tangan sasa Luth.
"Luth please, let me go. Im sorry. Saya tak selesa lah, lepaskan Iris," rintih Erena tertahan dengan raut yang seperti hendak menangis.
Luth menilik wajah Erena sedalam dalamnya, dia kelihatan bertambah cantik. Alis yang terletak sempuran, mata yang bulat bundar, hidung kecil yang mancung, bibir merah merekah ditambah dengan pewarna bibir memang menjentik nalurinya untuk merasa bibir si cantik ini. Tanpa sedar Luth melekapkan bibirnya ke bibir Erena.
Luth melepaskan ciuman mereka selepas ditolak berkali kali oleh Erena. Luth terasa bersalah, namun dia puas! "Tu balasan sebab menjawab dan tengking aku," balas Luth selamba. "Sampai hati awak Luth. Saya benci awak!" bentak Erena sebelum berlari keluar dari ruangan itu.
Lif ditekan berkali kali agar cepat terbuka, mukanya sudah memerah menahan amarah dan tangisan. Erena menyapu air mata dan cuba berlagak seakan tiada apa apa yang berlaku semasa sampai ke mejanya.
"Erena awak pergi mana? Awak okay ke?" tanya Puan Ain prihatin. Dia sudah dengar kejadian yang berlaku masa rehat tadi. "Saya okay puan," Erena menunjukkan senyuman palsunya. "Jangan risau nanti saya terangkan balik perkara ni dekat Encik Luth ye," pujuk Puan Ain lembut.
YOU ARE READING
His Obsession
RomanceShort story as my starter Slow update Luth menilik wajah Erena sedalam dalamnya, dia kelihatan bertambah cantik. Alis yang terletak sempuran, mata yang bulat bundar, hidung kecil yang mancung, bibir merah merekah ditambah dengan pewarna bibir memang...