Rayyan tercari cari Erena selepas merasakan agak lama dia ke tandas, "Erena kau pergi mana?" tanya Rayyan risau. "Aku ada jelah, kau dah nak balik ke?" balas Erena cuba menutup gugup dengan kejadian yang berlaku tadi. "Ni dah hampir last session majlis,jomlah masuk. Kejap lagi kita balik ye,"ujar Rayyan sambil berjalan beriringan dengan Erena.
Erena terasa badannya dirempuh kuat dari belakang secara tiba tiba, belum sempat dia mengimbangkan badan "buk.." dia jatuh menghempap Rayyan yang jatuh bersama dia. "Are you okay Erena?" tanya Rayyan risau selepas lihat keadaan Erena yang kaku seakan tidak ingin bergerak. "Ops sorry sorry, aku tak sengaja," Erena bingkas bangun dari kedudukannya. Sungguh malam nasibnya malam ni.
Erena ingin melangkah keluar dari dewan yang bersesakan ramai orang, Rayyan yang ingin mengikut Erena terbantut apabila terdengar orang memanggilnya.
"Auch," tangan Erena direntap dan diheret mengikutnya. "Luth, apa masalah awak ni?" tanya Erena bengang. Pintu kereta milik Luth dibuka seluas luasnya, dan memaksa Erena untuk masuk ke dalam. "Taknak lah!" bentaknya "Kau masuk sekarang sebelum aku paksa kau," Luth membalas dingin jelas riaknya sedang menahan amarah. Tanpa kata Erena terpaksa akur dengan arahan itu.
Dengan kadar kelajuan yang hampir mencecah 200km/j Luth membawa Erena, urat tegang dimukanya jelas kelihatan. "Luth, what is wrong with you? Kenapa awak suka sangat marah saya. And between us have nothing to do!" Erena bersuara memecahkan keheningan antara mereka. Sungguh dia tak tahan dan tak faham dengan perangai seorang Luth Idris ni.
"Jadi kau suka lah layan jantan lain? Kau suka lah menari, keluar dengan jantan lain?!" bentak Luth kasar sambil menghentakkan tangan di stering keretanya. "I nak bagitahu tu bukan urusan awaklah cik Luth Idris!" terlalu nyaring suaranya membuatkan Erena terbatuk batuk. Luth memandang tajam menahan panahan mata Erena sambil tangan mengambil sebotol air mineral di dalam dashboard keretanya dan menghulurkan pada Erena.
Dengan kasar Erena mengambil botol air dari tangan Luth. Sakit hati dan amarahnya sungguh tak tertahan. Sungguh dia geramkan gadis ini, makin lama makin suka menjawab. 'Aku kena ajar kau Erena,' desis Luth dalam hati. Dia membelokkan ke arah lain, terpesong dari niat asalnya.
YOU ARE READING
His Obsession
RomanceShort story as my starter Slow update Luth menilik wajah Erena sedalam dalamnya, dia kelihatan bertambah cantik. Alis yang terletak sempuran, mata yang bulat bundar, hidung kecil yang mancung, bibir merah merekah ditambah dengan pewarna bibir memang...