His Obsession 7

475 16 0
                                    

"Luth, I dah periksa keadaan dia. Nothing serious, she's too sore. Don't give her pressure. Ni ubat yang perlu di consume. Kalau tak ada apa apa, I pergi dulu ye," ujar Dr Melina selaku doktor peribadi Luth. "Okay, thank you Medina," ujar Luth sambil mengusap lembut ubun ubun Erena.

"Sayang,wake up makan ubat," ujar Luth berhati hati sambil mencium wajah kesayangannya. Erena yang dibuai lena bangun sambil membetulkan badannya. "Kejut jelah biasa, tak payah nak kiss kiss I. I tak suka," rungut Erena. "Ni bubur, I buatkan. Open your mouth sayang," ujar Luth tanpa menghiraukan amarah Erena.

"I can do it on my own, please leave!" Tegas Erena, sungguh dia tidak punya tenaga untuk bertekak dengan lelaki di hadapannya sekarang. "Okay I akan balik, tapi bagi I suap you dulu and I just want to make sure you makan sampai habis dan makan ubat," ujar Luth lembut. Dia kasihan melihat keadaan Erena yang pucat. Tanpa banyak soal, Erena hanya menurut. 'Cepat makan, cepat habis, cepat lah mamat ni balik' rungut Erena dalam hati.

Selesai memastikan Erena sudah makan dan makan ubat, Luth berura untuk pulang ke rumahnya. "Take care sayang, nanti I datang lagi ye," bisik Luth sambil mencium Erena sekali lagi.

"Hello mummy, how are you?" Luth segera menelefon mummy nya apabila memasuki kereta. Dia sudah tidak betah, perkara ini harus di lakukan dengan segera. "Waalaikumussalam my son, ada apa call mummy ni?" soal Datin Syazana sempat menyindir anaknya. "Alaa mummy ni, Luth call pun salah ke," rajuk Luth. "Tak ada lah, ish dah tua tua pun nak merajuk dengan mummy lagi. Kamu tu dah patut kahwin dah." "Luth call mummy ni sebab nak bincang hal ni lah, nanti Luth balik rumah mummy okay?" ujar Luth riang. Dia sudah tidak betah untuk menunggu. "Kamu ni biar betul Luth. Okay malam ni balik makan dekat rumah okay," ujar Datin Syazana teruja. Sudah lama dia tunggu saat ini. "Okay mummy, Luth letak dulu ye. See you tonight. Iloveyou," ujar Luth mesra.

MC 2 hari sudah habis, keadaan dia juga sudah pulih seperti biasa. Tentang Luth biarlah dia lupakan untuk seketika. Perasaan dan jiwa dia terlalu penat dengan lelaki itu. Erena bersiap dengan effortless look untuk ke kelas hari ini memandangkan kelasnya tidak begitu padat.

"Hey Erena, you dah okay ke?" tanya Rayyan prihatin. Rakan rakan yang lain mengiyakan. "Don't worry, I dah okay dah. Sikit je ni, mungkin penat sangat habis intern haritu," ujar Erena sambil ketawa menutup penipuannya. "Glad to hear that, jom kita pergi breakfast dulu?" ajak Rayyan. Sungguh dalam diam dia menyimpan perasaannya sudah lama terhadap Erena. "Sure," Erena bersetuju kerana dari semalam lagi dia belum menyentuh apa apa makanan. "Korang nak ikut tak?" tanya Erena pada rakan rakannya yang lain. "Sorry babe, we have to go. Hari ni kita orang breakfast dengan boyfriend," ujar Alisya senang.

"Jom Rayyan, I dah lapar ni," ajak Erena tidak sabar untuk makan. Mereka beriringan ke cafe sebelum masuk ke kelas. Tanpa sedar ada mata yang memerhati dari jauh. "You cabar I ke sayang," gumam Luth sambil mengengam tangannya sehingga menampakkan urat tegang diwajahnya. Luth melucurkan laju kereta keluar dari perkarangan universiti itu.

His Obsession Where stories live. Discover now