Air mata yang tertahan dari tadi akhirnya terhambur sebaik sahaja masuk ke dalam tandas, tergamak Luth menghina dia di khalayak ramai.
Jam masa rehat sudah menunjukkan hampir tamat, Erena Iris melangkah masuk ke dalam pejabat sambil bergelak ketawa bersama Danial rakan sepejabat merangkap seniornya. Harini Erena dan kawan kawan yang lain diajak untuk lunch bersama sama dengan ketua mereka. Memandangkan minggu ini merupakan minggu terakhir dia dan kawan kawan yang lain menamatkan intern mereka.
"Kau memang jenis perempuan murah ke Erena? Dengan tunang orang pun kau bedal kan?" bergema suara Luth Idris di foyer pejabat. Erena terpana dan terasa semua mata memandang ke arahnya, "Ehh, encik Luth dah salah faham ni, saya bukan keluar berdua dengan Erena cik," jelas Danial tidak mahu menimbulkan salah faham antara tuan CEO muda dan rakan rakan pejabat yang lain.
"Danial, aku nak pesan kau hati hati sikit dengan perempuan ni," pesan Luth sinis sebelum berlalu. "Kau okay ke Erena?" tanpa balasan Erena berjalan melepasi Danial dan berlari ke tandas.
'Sampai hati awak Luth Idris! Dari dulu lagi awak tak pernah nak percayakan saya,' rintih Erena sendirian. 15 minit berlalu barulah Erena keluar dari tandas. Dia menilik muka yang sudah sembab akibat menangis tadi.
Erena berjalan dengan otak yang kosong, sesungguhnya dia masih terasa dengan kata kata Luth. Hubungan antara mereka sudah terputus 3 tahun yang lalu, namun bukan mudah untuk Erena melupakan jejaka tersebut.
Sebaik sahaja melangkah ke dalam lif, Erena baru tersedar bahawa hanya dia dan Luth berdua sahaja dalam lif tersebut. Canggung terasa antara mereka. Erena menekan punat lif pada level 5 meskipun pejabatnya berada pada level 8. "Kau nak pergi mana? Dah lupa ke kau duduk aras mana? Syok sangat berfoya dengan jantan," suara husky milik Luth memecah kesunyian mereka. Erena hanya membuat tidak endah dengan ayat yang ditanyakan. Malas menyesakkan otak dan hatinya yang memang sudah sesak dengan perkara yang terjadi tadi.
Ting! lif aras 5
terbuka, belum sempat Erena melangkah keluar Luth menarik tangannya agar masuk ke dalam semula. "Apa masalah awak ni encik Luth Idris?!" bentak Erena tidak puas hati dengan tindakan Luth. "Aku belum habis cakap lagi dengan kau," dingin suara Luth dan top level ditekan. Erena tidak sempat berkata apa apa, cengkaman pada lengannya pun belum dilepaskan meskipun dah berkali kali dia memberontak.
YOU ARE READING
His Obsession
RomantizmShort story as my starter Slow update Luth menilik wajah Erena sedalam dalamnya, dia kelihatan bertambah cantik. Alis yang terletak sempuran, mata yang bulat bundar, hidung kecil yang mancung, bibir merah merekah ditambah dengan pewarna bibir memang...