Sudah 3 hari perkara tersebut berlalu, Erena cuba untuk melupakannya namun meninggalkan kesan. Sampai ke hari ni dia masih mengelat untuk berjumpa dengan Luth Idris.
Kedengaran rancak rakan rakannya yang lain sedang berborak di pantri, "Morning, rancak betul bersembang ye," tegur Erena sambil membancuh kopi untuknya. "Erena kau datang tak majlis malam ni?" tanya Rayyan rakan sefakulitinya. "Haah lah Erena, kau sorang je lagi yang belum bagi nama. Jomlah, lagipun ni hari terakhir kita dah," pujuk Hani. "Tengoklah, lagipun aku takut nak drive malam malam," balas Erena. Sesungguhnya dia memang malas untuk turut serta majlis malam ni, risau kalau terserempak dengan Luth Idris.
"Apa susah Rayyan kan sehaluan dengan rumah kau, suruh lah Rayyan tumpangkan. Rayyan tumpangkan lah Erena," cadang Izati. Rayyan hanya mengangguk tanda setuju. "Yelah, boleh lah," akhirnya Erena bersetuju demi kawan kawannya.
Hari terakhir Erena di pejabat ini, sebelum meninggalkan pejabat Erena sempat mengucapkan terima kasih dan memberikan sedikit buah tangan sebagai tanda penghargaan ketua yang menguruskan selama dia intern di sini. Tak lupa juga untuk rakan rakan sepejabat yang lain.
Jam menunjukkan 6 petang ketika Erena sampai di rumahnya. "Macam tak sempat je aku nak cari baju untuk malam ni," rungut Erena, menyesal pula tak cari baju awal awal memandangkan memang dia tidak berkeinginan untuk turut serta majlis malam ini.
Selesai mandi Erena membuka almari pakaiannya, tidak terlampau banyak kerana dia masih berulang alik dari rumah mama dan papa. Dress kelabu bermanik simple dan cutting yang tidak melampau menjadi pilihan Erena malam ini, rambut ikal mayang nya hanya dilepas bebas dan sedikit make up untuk menaikkan seri wajah.
"Wow! You look stunning beautiful lady," puji Rayyan terpukau dengan kecantikkan Erena. "Ada ada je kau ni Rayyan, jomlah aku takut kita lewat je," pintasnya. Mercedes AMG milik Rayyan menyusuri malam ke hotel yang ditetapkan.
Mereka berjalan berpasangan seakan pasangan kekasih yang teramat bahagia, "OMGG!!!," "Kau memang cantik lah Erena, sesuai pulak tengok kau dengan Rayyan ni," sambung Izati. "Mana ada lah korang pun extra gorgeous malam ni!" puji Erena ikhlas. Memang rakannya semua cantik cantik malam ni.
Majlis berlansung dengan lancar dan acara yang sangat membosankan baginya, acara tari menari. Kelihatan Rayyan berjalan ke arahnya dari meja sebelah, "Erena be my dancing partner?" tanya Rayyan sopan. "Tak nak lh segan aku tak pandai menari lh Ayyan," tolak Erena, memang dia tak pandai menari. Takut nanti tersilap langkah dia juga yang malu.
"Jangan risau aku ajarkan, jomlah," ajak Rayyan beria. Demi tidak menghampakan permintaan Rayyan, akhirnya Erena akur untuk menari bersama. Tepukan gemuruh dari rakan rakan yang lain buat mereka. Tanpa sedar ada seseorang sedang memerhati dari jauh.
Selesai acada tari menari, Erena minta izin untuk ke tandas. "Aa..," belum sempat dia menjerit dengan yaring mulutnya terlebih dahulu ditutup oleh tangan kasar dari belakang. "Kalau kau jerit, siap kau aku kerjakan," amaran dari empunya tangan tersebut.
"Lepaslahh!" Erena memberontak. "Apa awak nak ni encik Luth Idris?!" tanya Erena dengan suara tertahan. "Bukan main seronok lagi kau menari dengan jantan ye," sindir Luth. "Not your problem sir!" jengkil Erena tidak puas hati dengan Luth yang gemar uruskan perihal hidupnya. Sebelum sempat Luth menyambung ayatnya terdengar suara lain yang bakal memasuki tandas "kau selamat untuk kali ni" ujar Luth sebelum melarikan diri.
YOU ARE READING
His Obsession
RomanceShort story as my starter Slow update Luth menilik wajah Erena sedalam dalamnya, dia kelihatan bertambah cantik. Alis yang terletak sempuran, mata yang bulat bundar, hidung kecil yang mancung, bibir merah merekah ditambah dengan pewarna bibir memang...