MR | 10 🥀

405 32 2
                                    

"Rose for Mika"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Rose for Mika"

Chapter 10

"ARIEL IRFAN BIN AISY IRFAN"

"SAYA"

"AKU NIKAHKAN KAU DENGAN AZRA QISTINA BINTI NAIZAL DENGAN MAS KAHWIN EMPAT PULUH EMPAT RIBU RINGGIT TUNAI"

'AKU TERIMA NIKAHNYA AZRA QISTINA BINTI NAIZAL DENGAN MAS KAHWIN EMPAT PULUH EMPAT RIBU RINGGIT TUNAI"

Tenang sahaja Ariel melafazkan akad. Senyuman terukir di bibirnya saat mendengar perkataan "sah" dari para saksi. Semua mengangkat tangan bagi mendoakan pasangan pengantin baru itu.

Azra yang berada di belakang sudah menitiskan air mata. Puan Malaika memeluk Azra erat. Malaika membalas pelukan Azra. Lepas itu , dia memeluk Mikasya yang berada di sebelah kirinya.

'Welcome to TheIrfanRose family Kak Azra" kata Mikasya. Azra senyum dan angguk . Ariel mendekati mereka sambil diiringi oleh Azka dan Farish .

Ariel merenung wajah cantik milik Azra sebelum mengambil cincin yang bertatahkan berlian . Tangan Azra diraihnya lembut. Cincin itu disarungkan pada jari runcing Azra.

Giliran Azra yang menyarungkan cincin di jari Ariel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Giliran Azra yang menyarungkan cincin di jari Ariel . Azra tunduk untuk mencium tangan Ariel . Ariel tersenyum bahagia apabila Azra mencium lembut tangannya . Dia meletakkan tangan kiri ke atas kepala Azra , dalam diam Ariel mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka.

"Okay, pengantin lelaki boleh cium dahi pengantin perempuan" suruh abang cameraman yang setia menangkap gambar bahagia mereka.

Ariel tersenyum nakal, "kalau nak cium tempat lain boleh ?" Terus penuh usikan dan gelak ketawa tetamu.

"Amboi bang , buat yang wajib dulu bang , yang lain malam sikitlah" kata Azka apabila mendengar kata kata kembarnya tadi. Ariel ketawa besar mendengar jawapan dari adik kembarnya itu .

Ariel memandang isteri kesayanganya menahan malu sampai tak mampu untuk bersuara . Ariel menolak dagu Azra ke atas , matanya merenung ke anak mata cantik Azra dan mengenyitkan mata nya . Azra ketawa kecil . Dahi isterinya di cium lama .

C | Mikasya RoseWhere stories live. Discover now