MR | 34 🥀

443 15 4
                                    

Rose For Mika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rose For Mika

Chapter 34

Bunyi ombak menyapa telinga Mikasya Rose . Tudung yang di pakai oleh nya dibetulkan sedikit kerana terkena angin yang menyapa lembut wajah Mikasya Rose . Sejak semua perkara yang berlaku dia berhijrah . Dia mula menutup aurat nya . Mesti Mikael Danish gembira melihat perubahan nya .

Hanya Tuhan yang Maha mengetahui segala apa yang Mikasya Rose rasa ketika itu . Setiap kali dia mengingatkan raut wajah yang kacak milik Mikael Danish , hatinya sedih . 

Dua minggu sudah dia tidak mendengar khabar dari Mikael Danish selepas kejadian dimana Mikael Danish membuat keputusan untuk meninggalkan dirinya sendiri . 

Sihatkan jejaka itu ? Di manakah keberadaan jejaka itu pun Mikasya tidak tahu . Dia sudah mengikhlaskan segala-galanya . Jika benar antara mereka tiada jodoh , dia reda dengan ketentuan Tuhan . 

Flashback 

Azan subuh yang berkumandang menyedarkan Mikasya Rose . Tapi dia masih belum mahu membuka matanya . Senangnya dapat tidur . Masih terasa lagi kehangatan . Tangannya di raba di sebelah . Tapi kosong . 

Mikasya pantas membuka matanya . Dia bangun duduk . Kelibat Mikael di carinya . 

"Abang.." Panggil Mikasya perlahan . Namun tiada sahutan . Mikasya turun untuk menuju ke mini surau mereka . Selalu Mikael Danish akan bangun awal darinya dan berada di mini surau meraka untuk mengaji sementara menanti Mikasya untuk bangun . 

Mikasya membuka perlahan pintu surau mereka . Namun hampa , Mikael tidak berada di dalam bilik tersebut . Mikasya mengetuk perlahan dagu nya dan berfikir mana Mikael berada . 

Mikasya melangkah ke dapur . Kot kot Mikael berada di situ . Tetap sama , Mikael tidak berada di dapur . Hati Mikasya berdebar dengan kencang . 

"Abang !" jerit Mikasya lalu berlari naik ke bilik yang dihuni Mikael . 

"Abang , keluarlah kalau abang sembunyi . Jangan buat Rose macamni" jerit Mikasya sambil air matanya sudah mengalir . 

Dia takut , takut sekiranya Mikael Danish benar benar meninggalkannya . 

Mikasya terus meluru ke arah tempat Mikael Danish meletak baju nya . Separuh dari pakaian Mikael sudah tiada . 

"No , Abang...." Mikasya terduduk di dalam bilik walk in closet itu  . 

"ABANG" jerit Mikasya sekuat hati . Tangisan Mikasya mula berlagu kuat . 

"Baby !" jerit Azka . 

Mikasya menoleh ke arah jeritan tersebut . Dia terus berlari dan memeluk tubuh tegap Azka . 

C | Mikasya RoseWhere stories live. Discover now