MR | 41🥀

426 16 0
                                    

Rose For Mika 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rose For Mika 

Chapter 41 

Seharian Mikasya muntah dan pening kepala. Pagi tadi elok sahaja dia . Entah macam mana dia pandai pening kepala . Tabahnya apabila bergelar sebagai ibu mengandung ni. Tangannya mengusap lembut perut nya yang semakin membesar itu .

"Anak-anak mummy jangan nakal nakal tau kat dalam ni . Mummy dan Daddy tak sabar nak jumpa both of you" kata Mikasya lembut .

Dia di sah kan mengandung kembar dan apa yang lagi membuat semua ahli keluarga mereka teruja , Mikasya mengandungkan kembar berlainan jantina.

Bunyi ketukan pintu bilik membuat Mikasya memandang ke arah pintu tersebut. Dia tersenyum manis apabila suaminya Mikael membuka pintu bilik. Baru balik dari pejabat lah tu.

Sekarang ini , Mikael sibuk menguruskan syarikat nya TheKael dan dalam masa yang sama , dia turut sibuk memantau syarikat Mikasya walaupun Irene ada untuk menguruskan syarikat tersebut untuk sementara waktu.

Mata Mikael disapa oleh Mikasya yang tengah berbaring di atas katil . Mikael mendekati Mikasya. Dia duduk di sebelah Mikasya.

"Kesayangan Abang okay ke ?" soal Mikael lembut . Mikasya tersenyum nipis.

"Rose okay . Cuma pening sedikit kepala ini abang" adu Mikasya dengan manja .

Mikael tersenyum kecil melihat tingkah manja Mikasya itu.

"Aloo , kesian bidadari abang ni . Meh sini , abang tolong picit eh"

Jari jemari Mikael mula memicit perlahan kepala Mikasya . Mikasya hanya memandang wajah kacak Mikael . Matanya tiba tiba berkaca dan terus dia menangis .

"Eh sayang , kenapa nangis ni sayang" Mikael memeluk tubuh Mikasya . Mikasya terus menangis di dalam pelukkan Mikael .

"Sayang kenapa ni ? Abang risau lah . Sayang okay je kan ?" soal Mikael penuh risau .

"Rindu Abang. Sayang nak cium bau abang . Hilang pening sayang bila abang ada dekat sini" adu Mikasya sambil mencebik.

Mikael tersenyum melihat tingkah manja Mikasya . Sejak menjadi ibu mengandung ni , perangai Mikasya lain macam . Asyik nak berkepit je dengan Mikael . Tak boleh nak jauh sikit , mula lah nak nangis , nak tarik muka .

Mikael tetap sabar melayan karenah isterinya yang comel itu . Dia tahu semua itu sebab perubahan hormone . Dia layankan sahaja kerana dia tahu yang mengandung ini bukan perkara yang mudah untuk seseorang Wanita. Dia bersyukur kerana Mikasya sudi mengandungkan anak nya . Pewaris nya untuk masa depan.

"Abang..." meleret suara Mikasya memangil suaminya.

"Ya sayang"

Mikael mengelus lembut pipi Mikasya yang semakin tembam . Kuat makan ,mana tak tembam kesayangannya sorang ni .

C | Mikasya RoseWhere stories live. Discover now