| 𝓗𝓲𝓼 𝓟𝓻𝓮𝓬𝓲𝓸𝓾𝓼 𝓡𝓸𝓼𝓮 |
"Mummy Daddy , Baby tak nak kahwin dengan laki tu , he's stranger and you know that Daniel is the one that I truly love"
5 tahun menjalinkan hubungan akhirnya terputus di tengah jalan apabila si gadis terpaksa...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Rose For Mika"
Chapter 26
"Assalammualaikum wahai ahli syurga di rumah ini sekalian" jerit Mikasya dari luar rumah keluarganya . Dia dan Mikael sekarang berada di rumah milik keluarga Mikasya kerana Mikasya merindui keluarganya .
Mikael Danish hanya mampu mengelengkan kepala nya melihat isterinya terjerit-jerit bagai orang meroyan . Mikael menghampiri Mikasya yang sudah terpacak depan pintu itu . Tidak sabar mena dia ini ya .
Pintu utama itu di buka oleh pembantu rumah dan kedatangan mereka berdua disambut baik oleh pembantu tersebut . "Selamat datang Puan Mikasya dan Tuan Mikael"kata pembantu rumah itu lalu menunduk hormat .
"Eh , kenapa nak puan puan bagai . Just Mikasya okay ?" kata Mikasya lalu memasuki rumah itu . Mikael hanya tersenyum dan mengikuti langkah Mikasya yang laju masok ke dalam rumah.
Mikasya mencari kelibat sesorang yang dirinduinya . Matanya memandang tepat ke arah individu yang sedang santai duduk di ruang tamu itu .
"Mummy !" jerit Mikasya lalu menuju ke arah Puan Malaika dan memeluk nya erat .
"YaAllah budak bertuah ini , tak bagitahu pun nak balik sini" kata Puan Malaika lalu membalas pelukan erat anak bongsunya itu . Jujur dia katakan , dia sangat rindu dengan anak bongsunya itu .
"Hehe , saja nak bagi surprise . I miss you so much mummy " kata Mikasya lalu tersengih suka .
"I miss you too dear"kata Puan Malaika dengan senyuman manis
"Ini datang dengan siapa ? Mikael mane?" tanya Puan Malaika apabila melihat Mikasya keseorangan .
Belum sempat Mikasya menjawab , ada suatu suara menyampuk .
"Ada ini mummy . ada orang tu tinggal Mika dekat belakang , seronok sangat nak jumpa mummy dan daddy lah katakan" kata Mikael lalu mendekati Puan Malaika dan menyalam tangan tua Puan Malaika .
"Bertuah nya budak ini . Suami dia ditinggalkan sahaja ya" kata Puan Malaika lalu menoleh ke arah Mikasya yang tersengih-sengih . Tahu lah mummy akan membebel lepas ini .
"Alaaa mummy , baby excited nak jumpa mummy ini . Rinduuuuuu lah" kata Mikasya dengan manja lalu melentokkan kepala nya di bahu Puan Malaika .
"ish dia ini . Memang nak kena lah" kata Puan Malaika .
"Eh , Mikael ? Baby? Bila sampai?" kata Tuan Aisy yang baru sahaja melangkah ke ruang tamu itu . Dia yang baru selesai menjawab panggilan penting di atas terkejut melihat anak kesayangannya dan menantunya berada di ruang tamu itu . Patut lah bunyi riuh semacam .
"DADDY ! I MISS YOU SO MUCH" Mikasya jerit lalu berlari memeluk Tuan Aisy .
"YaAllah , Baby . Nasib baik daddy tak sakit jantung kan ? Jerit sana sini" tegur Tuan Aisy tapi masih memeluk anak bongsunya itu . Mikasya mencebik dan terus lepaskan pelukkan itu . Dia menuju ke arah mummynya dan menyembamkan mukanya di paha Puan Malaika .