Nanon memandang Ohm dengan kerutan didahinya. Ohm nampaknya lebih banyak berdiam setelah Mew dan Gulf pergi pagi tadi. Malah menatapnya pun Ohm seperti menghindar. Apa-apaan. Atau perasaanku saja?
"Nanon, Ohm...duduk sini.." Newwie menepuk sofa panjang disebelahnya.
" papih dengan papa ada bisnis trip ke phuket 3 hari jadi kamu berdua tak apa kan kalau tinggal disini tanpa papa?" Tay melepaskan kaca mata rabunnya kemudian memandang dua anak muda itu.
"Ohm okayy uncle.." Ohm mengangguk kecil.
"papa...." Nanon mula merengek.
"Nanon....Ohm kan ada..papa tahu dia boleh jaga Nanon" Newwie tersenyum. Anak manjanya.
"tak lama pun..lgpun lama kami tak pergi berdua..kamu asyik kacau je" Tay tersenyum bangga apabila newwie merangkul bahunya dan itu berjaya membuat muka Nanon masam.
"tak payah sedih2..nnti papih transfer banyak" Tay mengenyitkan matanya pada nanon.
"5 kali lipat" Nanon berpeluk tubuh. Wajah masamnya bertukar kepada riak bangga.
"anythinggggg" Tay ketawa kemenangan.
Petang itu keadaan rumah sepi. Bibi juga sudah pulang setelah menyiapkan malam dia dan Ohm. Dia bersendirian dirumah. Ohm sudah pergi ke Gym setelah menghantar papih dan papanya.
Nanon duduk malas di sofa ruang tamu. Dia kesepian. Mood sedihnya membangkit. Dia merindukan papa dan papihnya.
Popcorn dimasukkan ke mulutnya sementara matanya lekat pada skrin tv. Hampir beberapa jam juga dia menonton sekarang minatnya berkurang. Bosan dengan tv dia mematikannya dan melangkah ke dapur untuk menghantar mangkuk popcornnya.
Selesai mencuci dia berniat untuk naik ke bilik. Namun niatnya terhenti apabila pandangannya menjadi gelap. Itu bukan sebab dia pitam atau ingin pengsan. Itu blackout!!! Nanon panik. Kakinya mula berundur ke belakang. Ketakutan terbesarnya. Gelap.
Rasa takut mula menyerangnya. Handphonenya juga berada di bilik jadi dia benar2 kehilangan sumber cahaya. Beberapa bahagian cerita horor mula melintas dikepalanya membuat jantungnya berdetak laju. Matanya mula berkaca. Dia takut. Akibat terlalu berundur mangkuk yang tadi dia letakkan di atas meja jatuh berderai ke lantai.
"ouchh!!" niatnya menjauhi mangkuk jatuh malah membuatnya terpijak serpihan kaca itu. Rasa perih dikaki dan rasa takutnya bercampur. Matanya mula berkaca. Kini dia tak dapat membendungnya. Dia terduduk memeluk lututnya dan menangis. Dia kehilangan arah. Seperti tersesat tanpa ada sesiapa disisinya.
"papaaa..papihh hikksss" dia menangis teresak-esak. Ruangan gelap dan sepi itu hnya dipenuhi dengan esakannya.
"Nanon!!" suara yang dikenalinya kini mendekat.
"Ohmm..." Nanon mendongak dengan wajah basahnya. Tangisnya pecah. Ohm yang melihat itu lantas mengangkat tubuh itu dan membawanya ke bilik. Dia benar2 menyesal meninggalkan Nanon bersendirian.
Tubuh kecil itu diletakkan perlahan di atas katilnya. Menggunakan sinaran handphonenya dia mencari kotak kecemasan. Lilin dinyalakan dan diletakkan di atas meja.
Luka di kaki nanon dibersihkan dan dibalut. Setelah meletakkan kembali kotak kecemasan dia duduk disamping nanon yang masih menangis tersedu-sedu.
"shhh..im here.." tubuh itu ditarik ke dalam pelukannya. Belakang nanon diusap penuh kasih.
"im sorry non..im sorry" sedikit sebanyak dia mula berasa lega apabila tangis nanon berkurang hanya esakan kecil sahaja yang kedengaran.
Tubuh nanon yang lebih kecil darinya itu direbahkan dikatilnya. Selimut ditarik menyelimuti tubuh itu kemudian dia berbaring disebelah nanon kembali memeluk tubuh itu.
"lets sleep.." pelukannya dieratkan menyebabkan wajah nanon mendarat elok di dada sasanya. Nanon hanya menurut. Dia seperti baru diselamatkan dari kematian. Dan sekarang, berada di pelukan Ohm adalah tempat paling selamat.
"non..."
"hmmm.." suara serak selepas menangis nanon berhasil membuat Ohm tersenyum.
"im sorry.."
"hmmm..."
Sepertinya nanon tidak mahu bebicara. Mungkin kelelahan menangis. Selang beberapa minit dengkuran halus mula kedengaran. Kini hanya ohm yang setia menatap wajah itu. Pipi halus itu dielusnya perlahan. Seprti mimpi, dia boleh memeluk cinta hatinya seperti ini.
Kelopak mata yang tertutup itu dikecup lembut. Nanon sangat manis ketika tidur. Dia mengeratkan lagi pelukannya. Sepertinya dia tidak mahu melepaskan nanon dari pelukannya. Saat menatap wajah itu cintanya makin bertambah dan bertambah. Andai saja nanon punya rasa yang sama. Ohm mengeluh kecil.
"good night mr.dimple"
YOU ARE READING
100 Day Come To You (Complete✅)
FanfictionCinta yang datang terlambat. Disaat ingin digapai dia terbang jauh. Seakan lumpuh dikaki dia tidak dapat mengejarnya. Apa ini?? Belum berperang tapi sudah kalah. Cinta itu..Sial! disaat saat akhir dia malah menginginkannya. 100 hari sialan! *ini bah...