Nanon membuka matanya apabila bunyi vacuum melewati bilik. Dia bangun dan cuba mencari handphonenya. Dia memandang sekeliling. Itu bukan biliknya.
Seketika semua yang berlaku semalam melintas di kepalanya. Dia memandang ke sampingnya. Fuhh syukur dia dah bangun terlebih dahulu. Bagaimana dia boleh lupa semalam dia tidur nyenyak dalam dakapan lelaki itu. Kalau papa dan papih tahu boleh seabad itu dijadikan bahan mengusiknya.
Apabila menyedari ohm sedang berada di bilik mandi lantas dia meninggalkan bilik itu. Dia tidak mahu bertemu sapa dengan lelaki itu. Dia menangis dihadapan lelaki itu. Bibir bawahnya digigit perlahan. Dia malu. Kenapa ohm perlu melihatnya dalam keadaan begitu.
Tapi bukankah dia perlu berterima kasih? Ah biarlah. Jangan dipikirkan. Setelah membersihkan diri dia turun ke bawah dengan begnya. Hari ini ada class juga. Kakinya masih sedikit perih.
Usai menghabiskan sarapannya dia keluar bersama kunci keretanya. Namun langkahnya terhenti saat melihat ohm yang berpeluk tubuh memandangnya.
"tunggu apa? Cepatlah" tanpa menungguku menjawab ohm sudah menarikku masuk ke dalam kereta. Bagaikan disihir aku tidak melawan atau menolaknya.
Melihatku yang masih berdiam dia mendekatkan mukanya padaku. Menatap anak mataku kemudian tersenyum. Tangannya bergerak memasangkan seatbelt untukku dan kemudiannya memulakan pemanduan. Fuhh!
Aku memandangnya sekilas. Kenapa dia seperti ini? Sejak akhir2 ini dia selalu membuatku hilang arah kerana sikapnya. Membuatku resah serta berdebar bahkan menatap matanya aku mula takut. Tidak tidak...tidak boleh..aku menghindari hal itu..ini hanya perasaan bodohku saja.
Nanon memandang mike dengan tatapan tak percaya. Namun wajah yakin mike membuatnya membuka kad undangan itu.
"wowww..."
"minggu depan aku convo dah..so last year ni pilihan yang tepat kan" mike tersenyum manis.
"tahniahh wehhhh..tak sangka kahwin juga kau dengan p'toptap" Chimon memandang bangga kad undangan itu.
"congratsss naaa" nanon tersenyum lega. Akhirnya pasangan itu menikah. Tak perlu dah dia mendengar mike mengeluh kerana toptap marah atau merajuk.
"thank you..aku pun tak sangka ini akhirnya..walaupun toptap selalu marah dan merajuk tapi aku tahu dia sangat sayangkan aku..dia hanya cemburu apabila aku lebihkan perhatian pada yang lain..terutama nong krist..nong krist tu dah macam adik kandung..jadi mustahil aku suka padanya apalagi orang lain selain toptap" mike tersengih. Sengihannya makin menjadi apabila sang kekasih datang menghampirinya.
"okay la..aku pergi dulu..jangan lupa datang nanti tau" bahu toptap dirangkul mesra dan pergi meninggalkan nanon dan chimon yang sedang mengisi perut.
"btw non...petang ni tak ada latihan kau tak nak pergi mana2 ke?" Chimon melihat layar handphonenya. Stalk pujaan hati.
"kau tak nampak kaki aku ni?" kakinya yang berbalut diangkat ke muka Chimon. Sengaja untuk menganggu temannya itu.
"ohhh ...lupa yang kau lumpuh sekarang hmmmmm" kaki nanon ditolak perlahan dengan wajah mengejeknya.
"hellooo..boleh join meja ni ke?" suara yang baru datang itu membuat nanon dan chimon berpaling. Sang empunya tersenyum manis.
"boleh2...join la" Chimon dengan senyumannya semekar bunga di taman.
"thank you.." Pluem mengeluarkan makanannya dan mula menyantap makanannya.
" ohh yaa..aku nak pergi library so aku gerak dulu erkk" dengan langkah tak teraturnya dia meninggalkan meja itu. Berpaling sebentar untuk memberi signal kepada chimon kemudian tersenyum. Chimon apa lagi . Senyum penuh makna sambil melambai ke arah sahabatnya itu. Dia melangkah perlahan meninggalkan dua sejoli itu.
Nanon terduduk penat. Keadaan kakinya membuatnya kelelahan. Tinggal beberapa belas anak tangga lagi sebelum sampai di library.
"perlu bantuan hmmmm..??"
"ohm.." Nanon menggaru kepalanya perlahan seakan berpikir namun pada akhirnya dia sambut juga huluran tangan itu.
"I will take care of you..dont worry" tangan nanon digenggam kemas.
"err...ohmm?" wajah tampan itu dipandang namun ketika mata itu saling bertentangan dengannya lantas dia mengalihkan pandangannya.
"yeessss....???"
"Thank you"
"tu je??"
"yahh tu je"
" i want your smile"
"hahh?"
"smileee..like thisss" ohm memandangnya kembali dengan senyuman dibibirnya memperlihatkan gigi putihnya yang tersusun rapi. Nanon akhirnya tersenyum.
"menjijikann.." Nanon menggelengkan kepalanya.
"nopee...itu manis..very sweet..like your simle" hidung si manis dicuit. Seketika wajah putih nanon menjadi kemerahan. Dengan pantas dia masuk ke library sebaik saja mereka tiba di depan pintu library.
Apa ini? Apa yang berlaku? Kenapa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Dia cuba mengabaikannya. Jangan biarkan nanon. Jangan..big no!!
YOU ARE READING
100 Day Come To You (Complete✅)
FanfictionCinta yang datang terlambat. Disaat ingin digapai dia terbang jauh. Seakan lumpuh dikaki dia tidak dapat mengejarnya. Apa ini?? Belum berperang tapi sudah kalah. Cinta itu..Sial! disaat saat akhir dia malah menginginkannya. 100 hari sialan! *ini bah...