Author pov...
Barang2 Jae Ra telahpun siap dikemas. Tinggal menunggu Seok Kyung datang ambil je.
"Eomma kenapa Eomma kemas barang Jae Ra?kenapa Jae Ra kena pakai baju macam ni?" Soal Jae Ra. Jae Ra tidak tahu kalau dia akan berangkat ke Japan. Tiada siapa yang ingin memberitahu Jae Ra kerana tidak sanggup.
Puan Yoon tidak menjawab soalan Jae Ra kerana dia tidak kuat menahan tangisan dia. Dia akan berpisah dengan anak dia dalam jangka masa yang lama(?) Dia tidak tahu bila lagi dia boleh berjumpa dengan anak dia.
Di rumah itu juga ada Hyunsuk,Asahi, Jeongwoo, Yedam, Doyoung,Junkyu, Jihoon dan Jisoo. Kenapa mereka tidak menghantar Jae ra ke lapangan terbang biar senang sikit? Alasannya cuma satu. Diorang tahu yang Jae Ra akan menangis dan payah lagi untuk memujuk Jae Ra supaya menuju ke Japan.
"Abeoji kenapa semua orang ada kat sini?kenapa Eomma kemas barang Jae Ra?"soal Jae Ra pada Tuan Yoon apabila tidak mendapat jawaban dari Puan Yoon.
"Eomma..."
Pin..
Pin..Ucapan Tuan Yoon terhenti apabila mendengar suara kereta di luar. Tuan Yoon membawa beg Jae Ra manakala Puan Yoon memegang tangan Jae Ra menuju ke kereta diikuti dengan semua orang yang datang ke rumah Yoon Family.
"Seok Kyung eonnie!!!" Jae Ra menjerit keriangan sebaik sahaja Seok Kyung membuka pintu kereta dan keluar dari kereta.
"Annyeong Jae Ra-ya" Jae Ra segera memeluk Seok Kyung dan dibalas oleh Seok Kyung. Seok Kyung mencondongkan badan dia agar sama tinggi dengan Jae Ra.
"Jae Ra pergi masuk kereta ya. Eonnie nak bawa Jae Ra pergi jalan2"
Jae Ra pun mengangguk dan masuk ke dalam kereta. Seok Kyung tersenyum. Dia pun mengambil beg Jae Ra yang berada di tangan Tuan Yoon dan meletakkannya di dalam bonet.
Suasana sendu mula terasa di rumah keluarga Yoon.
"Tolong jaga Jae Ra untuk kami ya"pohon Junkyu.
"Jangan risau okay. Dan ya saya minta sangat2 jangan call Jae Ra. Sebab saya takut itu menganggu proses rawatan Jae Ra. Nanti saya akan call korang untuk bagitahu pasal keadaan Jae Ra"
"Baiklah doktor. Terima kasih sebab sanggup jaga Jae Ra untuk kami" ucap Puan Yoon sambil tersenyum tipis.
"Sama2. Saya bergerak dulu ya"ucap Doktor Seok Kyung. Dia segera masuk ke dalam kereta dan duduk di bahagian pemandu sebaik sahaja mendapat anggukan dari semua orang.
Dia mengerakkan kereta dia. Sebaik sahaja kereta tersebut bergerak, air mata sorang2 mula keluar. Ada yang menahan tangisan seperti Jaehyuk,Doyoung,Junkyu,Jihoon dan juga Tuan Yoon. Puan Yoon,Yedam,Asahi, Jeongwoo,Hyunsuk dan Jisoo pula menangis. Betapa mereka tidak sanggup berpisah dengan Jae Ra. Kalau tahu bila Jae Ra akan balik okay lah juga. Masalah sekarang ni mereka tak tahu bila Jae Ra akan balik ke Korea semula.
YOU ARE READING
GOING CRAZY || Hyunsuk
Fanfic[COMPLETE] "I will always wait for you,even today you're not here" Start:8/10/2021 End:23/2/2022