"jaemin..kamu pulanglah dulu.rehat.dah seharian kamu duduk sini.makan pun tak."ujar aunty.
"tak pe lah aunty.."
aunty menepuk lembut bahuku..
"terima kasih."
aku melihat anak mata aunty yang sayu.aku tau,disebalik senyumannya terselit satu kesedihan yang tidak dapat diungkapkan.tanpa berfikir panjang,aku melutut di hadapan aunty dan membuat mereka berdua terkejut dengan tindakan ku.
"maafkan saya.ni semua sebab keluarga saya.saya minta maaf sangat sangat sebab letak areum di situasi bahaya macam ni.aunty,saya salah.."aku tunduk mengakui kesalahan.
"na jaemin..kamu tau ke?"tanya aunty lagi.
"semua ni salah family saya..saya minta maaf sebab dah kacau bilaukan family aunty.uncle,saya minta maaf."
"na jaemin..kamu duduk dulu.jangan macam ni."uncle menarikku duduk di kerusi semula.
uncle dan aunty saling berpandangan sejenak sebelum uncle mengangguk seperti memberikan keizinan pada aunty.tidak lama kemudian,tangan ku ditarik dan dipegang aunty.
matanya memandangku penuh dengan kesedihan sehingga aku tidak dapat melihat sedikitpun pandangan bencinya padaku.
"areum dah tau pasal ni..tapi aunty tak berani nak bagitau dia perkara yang sebenarnya sebab takut dia terlibat dalam bahaya lagi."
"aunty..boleh bagitau jaemin?jaemin cuma tau yang uncle moon dan appa jaemin pernah bekerjasama untuk bangunkan syarikat artsy.kematian uncle ada kena mengena dengan appa jaemin kan?"
"sebenarnya,appa kamu dengan papa areum kawan baik dari zaman sekolah lagi.hubungan diorang dah macam adik beradik.susah senang sama sama.beberapa tahun lalu,mereka berdua dapat idea nak tubuhkan syarikat iaitu syarikat artsy.semuanya berjalan lancar sehinggalah satu masa dimana satu mesyuarat pemegang jawatan diadakan.masa tu,semua staff tunjuk papa areum sebagai CEO.aunty sendiri tak tau kenapa..hal tu buat appa kamu terus tak seotak dengan papa areum."aku mendengar dengan penuh teliti.
"satu hari,papa areum bagi cadangan nak tambah lagi satu rakan kongsi.mereka mula tidak bersependapat tentang itu.jadi..appa kamu.."aunty sudah tidak dapat meneruskan kata katanya lagi.
"aunty..kenapa dengan appa saya?"
"sayang.."uncle menenangkan aunty.
"appa kamu sabotaj kereta papa areum sampai kemalangan.."
"t..tapi katanya uncle Moon meninggal sebab sakit jantung."
"ya..dia ditahan beberapa bulan dihospital lepas kemalangan tu.dan,abang kamu..abang kamu upah jururawat kat situ untuk bunuh papa areum dalam diam."aku terdiam.
jadi..hyung pun terlibat skali?
aku terus mati kata kata..fikiran ku bercelaru.
"jaemin-"
YOU ARE READING
Perfect Enough [NaJaemin]
Fanfic"macam mana saya nak percaya dekat awak na jaemin?!family awak..family awak bunuh papa saya!family awak hancurkan hidup saya!"-moon areum "maafkan saya..maafkan saya sebab hancurkan hidup awak."-na jaemin ••••••••••• "lucu.even saya tutup matapun sa...