-6

8 0 0
                                    

"Bintang juga bisa menyinar diwaktu malam, apatah lagi kamu."

__________

Yusuf berjalan perlahan ke arah Aliya yang sedang berada ditempat duduknya itu.

"Aliya!" Tegur Yusuf sambil meletakkan sebungkus roti coklat dan sekotak air milo di atas meja Aliya.

"Ye. Ada apa?" Tanya Aliya.

"Ni. Untuk kau." Kata Yusuf sambil menyuakan makanan dan minuman yang dibeli olehnya kepada Aliya.

"Lah kau ni. Susah-susah jelah. Bukannya aku tak boleh pergi beli sendiri." Kata Aliya serba salah.

"Kau memang selalu susahkan aku." Jawab Yusuf selamba.

Aliya terus menjengilkan matanya ke arah Yusuf.

"Aku main-main je. Alahai, mana ada susahnya. Bukan aku kena pergi panjat gunung pun untuk dapat makanan tu. Chill okay." Sambung Yusuf lagi.

"Ha yelah. Terima kasih." Kata Aliya sambil mencapai makanan dan minuman yang diberi Yusuf itu.

"Terima kasih je ke?" Tanya Yusuf sambil menjongketkan keningnya sebelah.

"Habistu? Kau nak apa?"

"Panjanglah sikit ucapannya. Ni terima kasih je."

"Yelah. Terima kasih Yusuf Ilham yang kacak, baik, pintar, bijaksana laksana hang tuah, hang jebat, segala jenis hang lah." Kata Aliya seolah menyindir.

"Ha kan sedap sikit dengar tu." Yusuf tersenyum senget.

"Apa-apa jelah Yusuf." Aliya malas mahu melayan kerenah Yusuf yang mengada-ngada itu.

"Eh Aliya, kau dah ada partner untuk kuiz spontan sejarah esok?" Tanya Yusuf.

"Belum." Jawab Aliya pula.

"Ha kalau macam tu, kau dengan aku jelah. Boleh?" Cadang Yusuf.

"Kau belum ada partner ke?"

"Ada. Kau lah." Kata Yusuf lagi sambil menayangkan barisan giginya yang putih bersih itu.

"Okaylah kalau macam tu. Pape roger balik. Nanti bincang lagi. Aku kena gerak pustaka ni. Cikgu Fatimah nak jumpa aku." Kata Aliya sambil bangun dari kerusinya.

"Eh bukan lepas rehat ke? Sekarang  waktu rehat lagikan? Chill lah." Kata Yusuf pula.

"Yelah. Tapi kan lagi 5 minit je nak habis waktu rehat. Lagipun, tak baik buat orang menunggu Yusuf." Kata Aliya lagi.

"Kalau macam tu, okaylah. Jalan elok-elok. Kalau ada yang usyar, bagitahulah kau aku punya." Gurau Yusuf.

"Merepeklah kau ni. Dah lah, bye." Aliya tersenyum kecil dan terus bergerak keluar dari kelas itu. 

___________

"Yusuf, kau partner aku untuk sejarah ek. Jangan lupa." Kata Sarah kepada Yusuf.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 21, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PluviophileWhere stories live. Discover now