"Semoga semesta juga bisa merawat dirimu diwaktu kamu sedang sakit sendirian kerna aku tak mungkin akan selalu ada disini"
____________
Aliya mengeluarkan buku teks matematik, kalkulator dan buku tulisnya. Dia tekun membuat latihan matematiknya. Sesekali , dia mengerutkan dahi apabila terasa soalan tersebut amat payah. Matematik merupakan subjek yang paling tidak disukainya.
"Apemende lah ni. Aish, stress betul aku." Aliya menekan-nekan kalkulator miliknya.
"Eii kenapalah wujudnya subjek matematik ni." Aliya masih lagi merungut-rungut tidak puas hati.
"Huarghhhh!!"
"Haaaa!! Masya-Allah , eh kau ni kan Mirul, terkejut aku. Kalau aku ada sakit jantung, dah lama aku innalillah tau." Aliya mengurut-ngurut dadanya sambil menjengilkan matanya ke arah Amirul.
"Lek ar Yaa. Kau ni, kecoh ar." Amirul ketawa sambil menepuk-nepuk meja Aliya.
"Hah ketawa, ketawa. Tak baiklah kau ni. Selalu terkejutkan aku macam tu. Lain kali masuk kelas, bagilah salam dulu."
"Aku dah bagilah. Kau tu khusyuk sangat, aku pun masuklah. Tak sangka kau terkejut sampai macam tu. Serius kelakar muka kau weh. Amirul terus melabuhkan duduk di atas kerusi.
"Haa yelah tu. Lepas ni kalau kau terkejutkan aku macam tu lagi, tu last kau kawan dengan aku." Kata Aliya sambil menjeling Amirul.
"Sorry lah weh. Okay-okay , lepas ni aku dah tak buat dah. Janji-janji." Amirul mengangkat tangan kanannya seolah-olah berjanji.
"Haa yelah." Aliya terus menyambung latihan matematiknya yang tergendala akibat Amirul sebentar tadi.
"Kau buat math ke?" Tanya Amirul.
"Haah. Belum siap." Jawab Aliya.
"Ouh. Rilek ar, laju-laju nak gi mana?" Kata Amirul selamba sambil membelek-belek buku Aliya.
"Alah kau. Asal math je tidur, ni aku confirm kau belum siap kan?" Kata Aliya. Dia sudah masak akan sikap Amirul yang sangat malas itu.
"Amirul kan, mana pernah buat homework. Paling tak pun, kejap lagi aku tiru je lah Imran. Habis cerita." Jawab Amirul selamba sambil mengangkat keningnya.
"Kau ni kan. Bilalah nak berubah." Aliya menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Chill lah weh. Dah ar , aku nak gi usyar-usyar crush aku kejap." Amirul terus bangun dari kerusinya dan keluar dari kelas.
"Yelah." Jawab Aliya. Memang rutin Amirul setiap pagi, akan berdiri di tepi koridor sambil mengusik orang yang lalu lalang. Siapa je tak kenal akan sikap Amirul yang sememangnya nakal itu.
"Yaa, kau dah siap ke weh math?" Aliya hanya memerhatikan kawannya, Aina yang kelam kabut mengeluarkan buku teks dan buku tulis matematik tersebut.
"Lagi 2 soalan ni hah." Jawab Aliya.
"Ajar aku yang ni weh, payah betul." Kata Aina.
"Kau ni, suruh aku ajar kau math, kau nak aku bawak kau hanyut sekali dengan aku ke? Aku pun hanyut kau nak ikut ke?" Tanya Aliya sambil ketawa.
"Alah kau hanyut sikit je. Aku ni dah karam terus dalam lautan china selatan tu. Tak timbul-timbul." Jawab Aina.
Aliya ketawa berdekah-dekah mendengar lawak kawannya itu.
Beberapa minit kemudian seorang demi seorang rakan sekelasnya tiba.
Sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 7:30 pagi, mereka terus menyimpan buku-buku dan peralatan tulis ke dalam meja dan bergerak ke arah dewan untuk perhimpunan pagi.
"Weh, korang pergilah dulu. Aku nak kemaskan meja aku jap." Kata Aliya kepada Aina, Wawa, dan Syirah.
"Okaylah kalau macam tu." Jawab Wawa.
Mereka terus bergerak ke arah dewan.
Aliya membersihkan mejanya yang penuh dengan buku itu. Tiba-tiba matanya menangkap kelibat seseorang yang berjalan sambil membetul-betulkan rambutnya itu.
"Kenapa tak pergi dewan lagi? Kau tak jadi mc ke harini? Biasanya kau selalu jadi mc kan?" Soal Yusuf kepada Aliya.
"Tak. Hari ni , orang lain. Aku kemas meja jap. Kenapa kau datang lewat hari ni? Biasa awal. Aku ingat kau dah tak datang hari ni." Kata Aliya.
"Aku tidur lewat malam tadi. Berjuang untuk negara , biasalah." Jawab Yusuf sambil tersengih-sengih.
"Kepala hotak kau berjuang untuk negara, macam aku tak kenal kau. Mesti main pubg lah ni."
"Chill lah weh. Biasa ar, aku main game je. Hati perempuan aku tak main." Gurau Yusuf.
"Yelah tu. Jangan kau mainkan hati aku sudah. Dah ar, jom gi dewan. Asyik mengarut dengan kau, tak sudah." Aliya terus berjalan ke arah pintu kelas.
"Weh tunggu ar. Alah, hati kau aku tak mainkan. Aku simpan kemas-kemas dalam hati aku je." Yusuf terus berjalan untuk menyaingi langkah Aliya yang sudah meninggalkannya itu.
"Apa-apa jelah Yusuf."
Mereka terus berjalan beriringan ke arah dewan terbuka.
__________
YOU ARE READING
Pluviophile
RomanceSemoga Tuhan sentiasa menulis nama kita sebagai satu takdir sampai mati .