-3

53 6 2
                                    

"Kamu adalah bukti bahawa Tuhan itu Maha Baik."


____________


"Weh Yaa, kau kenapa tak datang sekolah tadi ar? Aku risau gila tau. Biasa kalau kau tak datang sekolah kau whatsapp aku dulu. Hari ni kau tak cakap apa-apa pun. Aku pergi rumah kau tadi, kau tak ada kat rumah pun. Kau kenapa?" Aliya menjauhkan telefon daripada telinganya. Suara Yusuf bagaikan dia berada 80 kilometer daripada Yusuf.

"Kau nak suruh aku pekak ke? Kuat gila suara kau." Kata Aliya.

"Kau tak jawab lagi soalan aku Yaa."

"Ye ye. Aku tak sihatlah..."

"Kau tak sihat? Sakit apa? Dah pergi klinik? Kau okay tak?" Tidak sempat Aliya menghabiskan ayatnya, Yusuf terus bertanya dengan bertalu-talu.

"Aku okaylah. Cuma demam sikit je. Dah pergi tadi. Doktor cakap demam sikit je." Jawab Aliya.

"Nanti aku datang rumah kau. Aku solat asar jap." Kata Yusuf.

"Eh tak payah. Aku okaylah."

"Ikut suka hati akulah. Kejap lagi aku sampai. Okay bye. Assalamualaikum."

Tidak sempat Aliya ingin membalas kata-kata Yusuf, lelaki itu terus mematikan talian.

"Letak macam tu je?" Aliya terus meletakkan telefon bimbitnya ke tepi dan mencapai tudung sarung berwarna hitam serta sehelai cardigan berwarna putih.

"Kakak kenapa turun bawah? Kan umi dah pesan tunggu umi hantar makanan dalam bilik." Aliya melemparkan sebuah senyuman kepada uminya seraya melabuhkan duduk di atas sofa ruang tamu rumahnya.

"Kakak okay lah umi. Bukannya patah kaki ke apa ke. Demam sikit je. Lagipun kejap lagi Yusuf nak datang. Mengada-ngada cakap nak melawat kakak padahal bukannya kakak demam teruk pun." Beritahu Aliya kepada uminya.

"Lah Yusuf nak datang. Macam tahu-tahu je Yusuf tu. Kebetulan hari ni umi masak asam pedas ikan pari. Favourite Yusuf tu. Umi nak buat air kejap. Nanti dia datang suruh dia masuk." Puan Halina terus berlalu ke arah dapur rumahnya.

"Umi ni, layan sangat Yusuf tu. Alah bukannya dia tak pernah datang. Hampir setiap hari dia datang kan. Pandai-pandailah dia urus diri sendiri." Kata Aliya.

"Aipp mana boleh macam tu. Tetamu kan. Lagipun Yusuf tu kan anak lelaki umi. Kenalah layan." Sempat lagi Puan Halina membalas kata-kata anaknya itu.

Baru Aliya ingin membalas kata-kata uminya itu, kedengaran satu suara dari arah pintu rumahnya.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam. Masuklah." Jawab Aliya.

Tak perlu dilihat siapa yang datang, dia sudah dapat mengecam suara siapakah itu.

"Weh Yaa! Pucat gila muka kau. Kau ni kalau demam memang teruk ek. Dah makan ubat ke?" Yusuf terus duduk di atas sofa berhadapan dengan Aliya.

"Dah. Tunggu jap, umi tengah buat air." Kata Aliya.

"Nah. Ibu buatkan kek batik untuk orang demam." Yusuf terus menghulurkan sebuah tupperware berwarna ungu kepada Aliya.

"Wah! Terima kasih Yusuf." Aliya terus mencapai tupperware tersebut.

"Eh Yusuf dah sampai rupanya. Patutlah riuh semacam je. Jemput minum air ni Yusuf." Puan Halina terus melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan anaknya itu sambil meletakkan dulang ke atas meja.

"Mestilah umi. Mulut Yusuf ni mana pernah diam. Macam burung murai." Kata Aliya selamba.

"Eh eh mengata orang. Dia pun sama je. Kan umi kan? Lagi bising dari Yusuf." Balas Yusuf tidak mahu kalah.

PluviophileWhere stories live. Discover now