"Mana mungkin Tuhan menyusun takdir kita dengan jalan yang salah"
______
"Yusuf kalau kau jumpa kawan perempuan yang lagi lawa dari aku, mesti kau akan lupakan aku kan?" Tanya Aliya kepada Yusuf ketika mereka berdua sedang berjalan menuju ke kelas mereka."Bukan ke selama ni aku dah selalu jumpa ramai perempuan yang lagi cun dari kau. Aku stay je dengan kau kan?"
"Ish kau ni. Nak cakap aku hodohlah tu." Kata Aliya sambil mencebikkan bibirnya.
"Haah." Balas Yusuf selamba.
"Tak nak ar kawan ngan kau." Aliya terus membuat muka cemberut.
"Alah kau ni, aku gurau je lah. Tak payah risau, aku dah biasa sangat tengok muka hodoh kau ni, sampai dah malas nak hadap muka-muka cantik perempuan kat luar sana." Kata Yusuf sambil menyedut air kotak yang dibelii di koperasi sekolahnya sebentar tadi.
"Yang hodoh ni lah kawan dengan kau dari kau belum lahir, sampai tadika, sekolah rendah, sampailah sekolah menengah dan sekarang ni tau." Balas Aliya.
"Ye lah. Sebab tu aku stay dengan kau even kau hodoh."
"Alah aku tak kisah, aku hodoh ke, cantik ke. Macam tak biasa kau kutuk aku."
"Haa sebab tu aku suka kawan dengan kau Yaa. Tak cepat sentap macam perempuan-perempuan lain."
"Eleh kau. Entah-entah nanti dah masuk universiti, dah berjaya, dah ada kereta, rumah, girlfriend lawa, terus lupa aku. Kan?" Balas Aliya.
"Mana ada. Tak akanlah nak lupakan kau. Aku janji aku takkan lupakan persahabatan kita." Yusuf mengangkat sebelah tangan kanannya bagaikan orang berikrar.
"Okay. Aku pegang janji kau Yusuf."
"Dah ar. Jom masuk kelas. Dah nak habis rehat dah ni." Mereka terus berjalan beriringan ke arah kelas mereka.
_____________________
"Kau dah study ke addmath weh?" Tanya Aliya kepada Yusuf.
"Tak. Banyak lagi masa. Rilek."
"Kau pandai lain ceritalah Yusuf''
"Alah, kau ni gelabah lah. Takpe. Boleh buat ni."
"Malas layan kau. Daripada layan kau better aku study." Aliya terus menyambung tugasan addmath yang belum selesai sebentar tadi.
"Yaa, aku ada benda ar nak bincang dengan kau." Kata Yusuf sambil memandang tepat ke wajah Aliya.
"Mende? Bagitahulah."
"Tapi ni penting. Tak boleh cakap macam tu je. Aku kena fikir masak-masak dulu."
"Nak bagitahu ke nak masak ni?"
"Serius la sikit Aliya Humayra." Kata Yusuf dengan wajah yang serius.
"Okay serius. Apa?" Kata Aliya sambil memandang Yusuf.
"Hmm..."
"Apa Yusuf Ilham? Bagitahulah cepat. Jangan buang masa aku."
"Kita kawan kan?"
"Dahtu? Kawanlah. Ke kau ada cita-cita nak jadi musuh aku?" Kata Aliya dengan wajah yang pelik.
"Bukanlah. Kau ni sampai kiamat pun tak pernah serius."
"Dahtu? Kau tahu kan aku ni lembap. Bagitahu je lah cepat-cepat." Sungguh Aliya geram dengan Yusuf sekarang ini.
"Kalau aku cakap aku suka kau lebih dari seorang kawan macam mana? Takpe kau tak payah jawab. Tu je aku nak bagitahu. Bye." Kata Yusuf dengan senafas lalu pergi meninggalkan Aliya begitu saja.
Sungguh Aliya terkejut dengan pengakuan berani Yusuf itu. Dia masih terpana.
'Jap, dia confess ke tadi? Biar betul? Yusuf suka aku? Mengarut'
_________________________
Yusuf Ilham💫
-online-You
-Yusuf. Kau buat apa tu?Yusuf
-tengah berfikirYou
-fikir apa?Yusuf
-fikir kau.You
-main-main la Yusuf.
-serius lah sikit.Yusuf
-serius lah ni.You
-kau serius ke apa yang kau
cakap kat sekolah tadi?Yusuf
-aku tak banyak masa
nak bergurau Aliya Humayra.You
-tapi kita kawan kan?Yusuf
-kawan tak boleh suka
kawan ke?You
-bukan tak boleh. Cuma...Yusuf
-cuma?You
-nanti awkwardYusuf
-kau tak suka aku ke?You
-sukalah. Kau kan kawan akuYusuf
-kYusuf Ilham💫
-last seen today at 9:45 pm-'Lah dah off. Dahlah reply k je. Apa masalah dia ni?'
Sungguh Aliya keliru dengan perasaannya sendiri. Benar, dia juga menyukai Yusuf. Namun, dia juga sayangkan persahabatan mereka. Dia tidak mahu hubungan persahabatan mereka yang sudah lama terjalin itu putus begitu sahaja.
________________________
'Ya Allah Ya Tuhanku. Sesungguhnya aku hamba-MU yang lemah. Sungguh tanpa petunjuk dari-MU, aku tidak mampu. Bantulah hamba-MU ini dalam membuat keputusan. Bantulah aku untuk membuat keputusan dengan baik. Tunjukkanlah aku jalan yang engkau redhai Ya Allah. Aku sendiri keliru dengan perasaan ku sendiri. Bantulah hamba-MU ini ya Allah. Aamiin aamiin ya robbal alamin'
Aliya mengaminkan doanya di sepertiga malam itu. Sungguh, sejak Yusuf meluahkan perasaan suka terhadapnya, hatinya berasa gelisah. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Sepatutnya dia berasa gembira kerana Yusuf juga menyukainya. Namun entah mengapa, hatinya berasa resah.
Setelah bangun tahajud pada malam itu, hatinya kini tenang. Sungguh, hanya Tuhan yang mampu menenangkan setiap hati hamba-NYA.
______________
3:00 petang______________
YOU ARE READING
Pluviophile
RomanceSemoga Tuhan sentiasa menulis nama kita sebagai satu takdir sampai mati .