-2

53 10 0
                                    

"Terkadang aku ingin berterima kasih pada Tuhan kerna telah mencoret nama kita sebagai satu takdir"

____________



"Nah." Aliya yang sedang asyik bermain telefon bimbitnya itu terkejut apabila seseorang meletakkan semangkuk besar cendol di hadapan matanya.

"Wah, untuk aku ke? Bapak besar. Kenapa tak order yang kecil je?" Tanya Aliya kepada Yusuf sambil menyuapkan sesudu cendol ke dalam mulutnya. 'Em sedapnya.' Aliya menikmati cendol tersebut sambil tersenyum.

"Eh takde ar. Mana ada aku orderkan untuk kau. Saja je order, nak buat hiasan atas meja ni." Jawab Yusuf.

"Eleh, tanya je pun. Aku tahu, kau kan baik hati. Kau belanja kan?"

"Aku belanja , kau bayar." Yusuf ketawa kecil.

"Ish tak baik ar kau ni. Tak nak kawan." Aliya mencebikkan bibirnya.

"Okay fine. Tak kisah." Yusuf masih lagi mahu mengusik Aliya.

"MUHAMMAD YUSUF ILHAM!" Aliya menjerit perlahan akibat terlalu geram dengan perangai Yusuf.

"Kau ni kan Yaa, kelakar lah. Rilek ar, memang aku belanja kau pun. Tapi, aku order yang besar punya sebab nak share ngan kau. Kan ada 2 sudu tu. Lagipun dah lama kan kita tak makan cendol kat sini." Kata Yusuf sambil turut menyuapkan sesudu cendol ke dalam mulutnya.

"Kau tu yang busy sangat. Padahal kedai cendol Mak Mah ni sejengkal je dari rumah kita. Kau je tak nak ajak aku datang." Kata Aliya.

Sememangnya rumahnya dan rumah Yusuf bersebelahan sahaja. Dia dan Yusuf sudah berkawan sejak kecil lagi. Daripada tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah dia menghadap muka Yusuf. Perangai Yusuf semua dia tahu. Dia cukup selesa apabila bersama Yusuf.

Mereka selalu datang makan cendol di kedai Mak Mah dan Pak Ali ini. Cuma, sejak dua tiga menjak ini mereka jarang ke sini kerana selalu tidak sempat.

"Bukan tak nak ajak. Kan kita selalu balik lewat , tak sempat. Eleh, lagipun kalau aku tak ajak macamlah kau tak reti datang sendiri." Kata Yusuf sambil memandang wajah Aliya.

"Alah, takde kau tak feel" Aliya tersengih.

"Feel amendenya. Macamlah aku tak tahu, kau nak suruh aku belanja kan?"

"Alah Yusuf. Kau ni kan tahu-tahu je."

"Aku kawan dengan kau dari kita duk dalam perut lagi tau. Umi dengan abah kau dah macam umi dan abah aku. Ibu dan ayah aku pun dah macam ibu dan ayah kau. Duk main ngan kau je selalu. Tadika dengan kau, sekolah rendah dengan kau, sekolah menengah pun dengan kau. Macamlah aku tak kenal perangai kau." Yusuf mencebikkan bibirnya.

"Selama ni , kalau datang sini kan aku tak pernah bayar, kau je selalu belanja aku." Kata Aliya.

"Tahu takpe."

"Eh Yusuf, aku ingat lagi masa kau kena denda dengan teacher sekolah rendah kita yang garang tu. Apa nama dia? Haa, Teacher Ilma. budak-budak kelas kita panggil dia, Teacher Ilma Singa. Masa tu darjah 5 kan. Muka kau waktu kena denda tu mak aii merah habis macam tengah kena bakar. Dahlah kena berdiri atas kerusi, kat luar kelas pulak tu. Aduh, sakit perut aku." Aliya ketawa mengekek apabila teringat kenangan waktu Yusuf didenda.

"Eleh, ketawakan kita. Kau pun sama je. Masa naik tingkatan 1 tu. Kau acah-acah innocent, datang kat aku. Aku ingat lagi ayat kau. 'Yusuf, tolong aku. Ada senior ajak aku couple weh. Aku tak suka dia. Macam mana ni?' Pastu, aku juga yang kena bagitahu senior tu yang kau tak suka dia. Tak pasal-pasal lepastu aku yang kena tuduh rampas girlfriend senior form 5 tu. Famous aku kat sekolah waktu tu." Kata Yusuf pula.

"Weh malulah. Jangan ingat kisah tu dah. Sorry pasal tu Yusuf. Serius aku tak tahu nak bagitahu siapa waktu tu. Kau je penyelamat aku."

"Thanks Yusuf. Kau jelah setia kawan ngan aku. Terima perangai hantu aku ni."

"Sedar pun perangai macam hantu. Hantu tengok kau pun tak mengaku yang kau ni member dia tau. Yelah, aku ingat lagi haritu. Aku datang rumah kau, kau tengah baring atas sofa kat ruang tamu dengan pakai telekungnya. Orang bagi salam ada ke patut kau suruh masuk sendiri, buat air sendiri. Hantu betul." Kutuk Yusuf selamba.

"Alah, kau je pun. Bukan anak sultan mana yang aku kena jemput, hampar karpet merah, persilakan duduk. Buat air limau kasturi blender." Jawab Aliya.

"Mati anak sultan tu kau bagi dia minum air limau kasturi blender woi. Pahit gila, takleh bayang aku."

"Sebelum aku bagi dia, aku bagi kau try dulu. Kalau kau inalillah, aku tak bagi ar dia minum." Kata Aliya selamba.

"Woi sampai hati kau. Nanti siapa nak jadi hero kau kalau aku mati?"

"Kau akan jadi hero aku selamanya ke? Entah-entah nanti masuk universiti, kau lupa aku. Ye lah, dah ada kawan baru lain."

"Takkan. NUR ALIYA HUMAYRA akan tetap jadi kawan aku sampai bila-bila."

Aliya hanya tersenyum mendengar kata-kata Yusuf itu.

'Ye Yusuf. Kita akan tetap jadi 'kawan' sampai bila-bila walaupun aku dah lama suka kau.'

Aliya hanya menyimpan perasaannya terhadap Yusuf kerana dia bimbang persahabatan yang sudah lama terjalin itu akan musnah sekelip mata. Biarlah dia menyimpan perasaannya sendiri.

"Eh kau ni, berangan lak. Jom ar balik. Aku dah siap bayar pun." Suara Yusuf menyedarkan Aliya.

"Haa jom ar." Mereka berjalan beriringan ke arah rumah masing-masing.

"Bye Yaa. Jumpa esok kat sekolah." Kata Yusuf.

"Bye Yusuf. Insya-Allah."

"Tidur mimpi aku Yaa. Mimpi indah-indah tau." Kata Yusuf sambil tersenyum.

"Tak nak ar. Mimpi kau confirm nightmare." Jawab Aliya selamba.

"Kalau aku nightmare, akulah nightmare yang paling kau suka kan?" Kata Yusuf lagi.

"Dah ar, aku nak masuk. Layan kau tak habis." Aliya terus melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Sungguh, hati dia tak kuat berhadapan dengan Yusuf versi begitu.

Benarlah kata orang, perempuan dan lelaki tak akan pernah boleh jadi kawan baik tanpa perasaan.

__________

__________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PluviophileWhere stories live. Discover now