01 • CRUSH [preview]

195 50 8
                                    



CHAPTER 1 : CRUSH

JEON Jungkook melangkah masuk kedalam kawasan mewah Seoul Elite High School dengan keadaan tergesa-gesa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



JEON Jungkook melangkah masuk kedalam kawasan mewah Seoul Elite High School dengan keadaan tergesa-gesa. Dia yang sudah hampir lewat untuk waktu pertama kelasnya berlari sepantas mungkin. Menjadi Jeon Jungkook yang kelihatan tampan dan bertubuh cantik persis seorang atelit , Jungkook sampai seminit awal sebelum kelas berjalan.

Dia mencari tempat duduk dibahagian belakang dewan dimana jauh dari kumpulan manusia yang lain. Seoul Elite High School dimana anak anak dari orang berkuasa ditempatkan untuk belajar. Setiap seorang dari pelajar disana adalah bakal pewaris syarikat besar , anak menteri , anak jutawan dan ada juga beberapa orang anak raja.

Untuk Jeon Jungkook , dia bukan lah anak orang ada ada. Dia cuma disitu kerana di paksa appa nya , ketua bodyguard bagi Presiden South Korea. Kerana pekerjaan appa nya , Jungkook berpeluang bersekolah disitu. Bukan kehendak dia sendiri mengenangkan dia sudah sedia maklum tentang perangai jelek pelajar-pelajar disana.

Semua nya sama teruk kecuali..
" Moon Jihyo.. "
Nama penuh seorang gadis cantik yang juga sekelas dengan Jungkook itu disebut penuh minat namun amat perlahan. Matanya mengekor Jihyo yang baru sahaja mengambil tempat duduk di 2 barisan hadapan Jungkook. Lelaki kacak itu menahan senyum melihat gadis cantik bernama Jihyo itu mula mengeluarkan getah rambut untuk mengikat rambut panjang berkilat dia.
" yeppeo "
Jungkook menongkat dagu diatas meja sesambil dia memerhati crush dia tu.

Moon Jihyo , satu-satunya anak gadis Moon Jae In , lelaki yang sedang bertarung untuk Presidental Election dimana jika dia menang , dia bakal menjadi Presiden South Korea yang ke-12. Walaupun ayahnya yang lebih dari berkuasa untuk melakukan apa sahaja sentiasa menyokong Jihyo , dia tidak pernah cuba melakukan kejahatan dan lari dari salah sendiri.

Moon Jihyo , seorang gadis peramah yang baik hati. Tidak kira umur , pangkat dan darjat , dia sentiasa tersenyum dan menegur semua orang termasuklah Jeon Jungkook yang dibenci ramai. Pelajar-pelajar Seoul Elite semua membenci Jungkook yang dikira miskin dan tidak berkuasa berbanding mereka jadi sebab itu Jungkook tidak punya kawan di sekolah. Berbeda dengan Moon Jihyo yang telah menegur dan berbaik dengan Jungkook semenjak lelaki kacak itu bersekolah disana 5 bulan yang lalu.

Semenjak itu , Jungkook telah menanam rasa minat terhadap Jihyo. Namun suatu perkara yang tidak pernah Jungkook tahu sehingga kehari ini adalah sisi lain Moon Jihyo. Dimana dia membenci sesiapa sahaja yang berani menghalang dan mengacau ketenteraman dia. Jihyo mungkin terlihat seperti gadis manis yang pendiam namun sekali sahaja kau masuk kedalam black list dia , tiada ampun bagi kau.

" shit— "
Jungkook segera mengalihkan pandangan apabila Jihyo secara tiba-tiba menoleh kearah dia. Dengan jantung yang berdegup kencang , Jungkook sedaya upaya menahan mata dari kembali memandang Jihyo. Jika pelajar-pelajar disana memberi lebih perhatian terhadap Jungkook , pasti Jungkook dan his little crush telah berjaya semua orang bongkarkan. Terlalu jelas dengan perlakuan Jungkook yang dia sukakan Jihyo.

" hi "
Jungkook merasakan kehangatan yang tiba-tiba muncul disisi kanan nya. Pantas dia menoleh. Alangkah terkejut nya dia apabila Moon Jihyo , crush dia duduk disebelah dia. Kedua bola mata Jungkook nampak seperti hampir meninggalkan matanya. Jihyo kekal tersenyum ramah sebelum mengeluarkan buku teks dan buku nota lalu ditempatkan diatas meja bersebalahan Jungkook.

" boleh saya duduk sini harini ? "

" b-boleh.. "

Jungkook bersumpah dia benar-benar hampir menampar pipi sendiri kerana secara tiba-tiba dia gagap dihadapan Jihyo. Dapat Jungkook dengar dengan jelas Jihyo yang sedang tertawa perlahan. Sekali lagi Jungkook mencarut perlahan. Jihyo pasti sedang gelakkan dia yang tergagap tadi.

" tapi.. banyak lagi kerusi di depan sana ? kelas ni kan besar.. "

Jungkook berdehem perlahan setelah dia berjaya menghabiskan kata-katanya tanpa tergagap lagi. Jihyo mengangguk bersetuju sambil matanya merayap di sekitar kelas mereka. Nama saja kelas namun luasnya hampir separuh dewan. Gadis cantik itu kemudian kembali memandang Jungkook , masih dengan senyuman yang sama. Senyuman yang Jungkook jumpai sangat indah namun sedikit beku.

" awak asyik duduk seorang aje disini. jadi saya duduk lah sini juga nak tahu apa yang best sangat sampai kalau awak datang , awak akan duduk disini hehe "

Jeon Jungkook bungkam setelah mendengar jawapan bersahaja Jihyo sebelum gadis cantik itu mula fokus memandang cikgu mereka yang baru sahaja tiba. Merasakan dia sudah terlalu lama memandang Jihyo , Jungkook sekali lagi berdehem lalu melakukan perkara yang sama. Tangan kanan dia yang berada diatas meja mencapai sebuah pen lalu dimainkan pen itu di celahan jarinya.

Jungkook masih cuba memproses dan menenangkan diri dia setelah crush dia Moon Jihyo tiba-tiba berkeputusan untuk duduk betul-betul disebelah dia pada hari tersebut. Tanpa Jungkook sedar , Jihyo juga sedang memerhati dia dalam diam. Jihyo menahan senyum melihat wajah Jungkook yang berkerut sepertinya sedang berfikirkan sesuatu.

Sebelum sempat Jungkook menoleh kearahnya , Jihyo sepantas mungkin pandang semula kehadapan. Dia mengeluh lega apabila Jungkook tidak perasan yang tadinya dia sedang merenung wajah kacak Jungkook. Jihyo sekali lagi menahan senyum. Jungkook yang berbeza dari lelaki-lelaki penuh ego di Seoul Elite telah menarik perhatian Jihyo.

Kalau citarasa gadis lain inginkan lelaki yang berkuasa dan kaya raya , tidak bagi Jihyo. Dia sendiri sudah memiliki kuasa dan wang. Yang dia cari dalam seorang lelaki adalah hati yang ikhlas dan bukan seperti lelaki-lelaki Seoul Elite yang meminati dia dimana mereka semua cocky , berlagak dan berego tinggi.

Jihyo mencuri pandang kearah Jungkook apabila dia teringatkan hal itu.
" jauh panggang dari api "
Keluh Jihyo perlahan melihatkan Jungkook yang sedang menyalin nota yang diberi oleh guru mereka.
" Jeon-ssi " Panggil Jihyo perlahan namun cukup kuat untuk menarik perhatian Jungkook.

" nak makan tengahari bersama ? "
Mendengarkan soalan spontan Jihyo itu , mata Jungkook terbuka luas untuk kali kedua pada hari itu. Dunia betul-betul terasa indah bagi Jeon Jungkook.



TO BE CONTINUED
the end of preview chapter 1

•• preview for chapter 2 is right under , scroll more lovelies ❤️

[EBOOK] BODYGUARDWhere stories live. Discover now