06 • BODYGUARD [preview]

166 31 4
                                    



CHAPTER 6 : BODYGUARD

TANGGA dengan ukiran bunga-bunga lily itu Jihyo turuni setelah hampir sejam dia meletakkan barang-barang yang dia bawa dari Canada kedalam bilik tidur mewahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



TANGGA dengan ukiran bunga-bunga lily itu Jihyo turuni setelah hampir sejam dia meletakkan barang-barang yang dia bawa dari Canada kedalam bilik tidur mewahnya. Jihyo akan tinggal bersama ibubapanya untuk beberapa hari sebelum rumahnya sendiri siap dikemas. Sambil dia menuruni tangga , rambut panjang ikal mayangnya diikat ekor kuda satu. Pakaian juga sudah dia tukar kepada seluar jeans pendek bewarna hitam dan tshirt kosong warna putih berlengan pendek.

" pa , ma ? "
Jihyo memanggil sesambil mata dia meliar disekitar ruangtamu mewah itu namun tiada siapa kelihatan. Jihyo kemudian melangkah pula kedapur untuk mencari kedua orangtuanya. Sangkaan Jihyo betul apabila dia terlihat ibubapa dia sedang duduk berdua dimeja makan yang boleh memuatkan 10 orang lagi sedang duduk menunggunya.

" mama papa tunggu Ji ke ? maaf , Ji baru selesai kemas barang dan mandi tadi "
Jihyo menarik kerusi yang letaknya bersebelahan ibunya Moon Ji A. Wanita tua itu tersenyum sebelum pipi kanan anak gadisnya dia tekup lembut. Rindu. Jihyo tersenyum senang , membiarkan pipinya dibelai tangan lembut Ji A.
" dah besar dah anak mama ni.. tapi membesar jadi sebijik macam papa dia ! "

Moon Ji A berpura-pura marah mendatangkan ketawa dari Jihyo dan Jae In. Lapang rasanya dada Moon Jae In melihat kedua-dua wanita kesayangan nya kini bersatu semula dihadapan dia.
" Ji , apa kata Ji makan dulu ? sambil tu papa nak beritahu beberapa perkara pada Ji "
Akhirnya Jae In bersuara menarik perhatian Jihyo yang tadinya berbual bersama Ji A.

Jihyo mengangguk faham kemudian menanti Yerim mengambil makanan untuknya.
" wah ! mamaaa.. Ji baru sampai mama dah masak sedap-sedap. kalau Ji makin gemuk macam mana nanti ma ? semua salah mama ! " Usik Jihyo sebelum dia menjamah makanan.
" ada-ada aje Ji ni ! makan lah , sayang. Ji kurus sangat mama tengok ni " Moon Ji A menepuk perlahan bahu Jihyo menyebabkan gadis cantik itu tersengih manja.

" papa nak cakap apa ? " Jihyo menyoal setelah suapan kedua. Jae In tersenyum penuh makna. Namun belum sempat dia ingin menyatakan hajatnya , Namjoon berderu masuk dengan pantas kedalam kawasan dapur. Sempat lelaki kacak itu menundukkan sedikit kepala kearah Jihyo dan Ji A tanda hormat. Dia kemudian terus berjalan kearah Moon Jae In dengan wajah serius.

" Mr. President , you're needed at the Blue House "
Bisik Namjoon yang mana Jihyo terdengar. Gadis cantik itu menggigit bibir. Sekali lagi dia hampir terlupa bahawa ayahnya adalah seorang yang sibuk.
" arasseo. siapkan kereta , RM. kita bergerak sekarang juga " Namjoon mengangguk perlahan lalu segera melaksanakan tugasnya. Jae In bangkit dari duduk lalu mengucup dahi Ji A kemudian menggosok perlahan kepala Jihyo.

" nanti papa balik kita sambung bincang ya ? "
Tidak menunggu balasan dari Jihyo , Moon Jae In melangkah pergi.


" Miss Moon ! Young Miss tak boleh masuk kedalam tu sesuka hati ! " Kim Yerim mencapai tangan Jihyo , memberhentikan gadis cantik itu dari melulu masuk ke pejabat ayahnya , The Blue House. Jihyo mengeluh perlahan sebelum pegangan Yerim dia lepaskan perlahan-lahan. Jihyo tersenyum kearah Yerim , cuba meyakinkan wanita yang lebih tua darinya itu.

" jangan risau , Yerim-ah. saya akan beritahu saya anak papa pada mereka. mesti mereka benarkan saya masuk " Setelah selesai berkata-kata , Jihyo kembali melangkah menaiki tangga untuk ke pintu masuk utama Blue House. Yerim mengeluh perlahan sebelum dia juga turut mengikut langkah Jihyo.

Jihyo yang sedang berbual dengan beberapa pengawal keselamatan yang menjaga pintu masuk utama itu tersenyum melihat ayahnya sedang berjalan kearah mereka.
" papa ! " Panggil Jihyo sedikit kuat menarik perhatian Moon Jae In.
" what is my baby daughter doing here ? "

Mendengarkan kata-kata Jae In , terus pengawal keselamatan tadi memberi laluan untuk Jihyo masuk. Segera gadis cantik itu berlari kearah Jae In namun berhenti dipertengahan jalan apabila dia terlihat seseorang yang tidak patut berada disitu sedang berjalan kearah dia bersama ayahnya dan 6 orang lelaki lain dibelakang Moon Jae In.

Jihyo terpaku dan terdiam seribu bahasa.
" ap-apa dia buat di s-sini..? " Sedikit gagap , Jihyo menyoal diri sendiri. Degupan jantung Jihyo malah semakin rancak sebaik mata dia dan mata tajam lelaki itu berlaga pandang dan kekal begitu untuk beberapa saat sebelum Moon Jae In sampai betul-betul dihadapan Jihyo sekaligus menghalang pandangannya.

" Jihyo-ah , kan papa suruh tunggu dirumah ? kenapa datang kesini ? " Bukannya marah malah Moon Jae In kedengaran teruja dengan kehadiran Jihyo disana. Jihyo menelan liurnya payah. Dia berdehem perlahan sebelum akhirnya bersuara.
" p-paa.. siapa mereka ni ? " Jihyo sedikit menjuihkan bibir kearah 7 orang lelaki yang berdiri tegap dibelakang ayahnya. Suaranya tertahan agar kedengaran tidak ramah dan cuba menyembunyikan rasa gusar dihati.

Moon Jae In tersenyum sebelum menarik Jihyo mendekati 7 orang lelaki tadi. Sedikit teragak-agak namun Jihyo tegap mengikut langkah ayahnya. Dia tidak mahu kelihatan seperti seorang gadis remaja yang mudah gementar. Jihyo kemudian cuba memandang setiap 7 lelaki kacak yang sedang berdiri dihadapan dia pada saat itu. Cuma dua orang sahaja yang Jihyo kenal antara 7 orang itu dan ianya Namjoon.. dan.. Jeon Jungkook.

" pa.. jawab lah.. siapa diorang ? " Jihyo menari perlahan hujung kemeja ayahnya.
" your bodyguards , Ji " Moon Jae In kemudian memandang 7 orang lelaki bertubuh tegap yang sedang berdiri berhadapan dia pada waktu itu. Mereka masing-masing berpakaian sut hitam , berkaca mata gelap dan rambut disisir rapi.

" this is my daughter " Moon Jae In berjeda seketika sebelum tangan Jihyo dia genggam lembut. Jae In kemudian memandang serius kearah si dia.
" she will be our future so take a good care of her , Mr. Jeon " Dunia Jihyo seolah olah berhenti berputar apabila nama Jungkook disebut ayahnya. Benarlah , dia tidak salah. Itu benar-benar Jeon Jungkook yang pernah dia kenal suatu ketika dahulu.

Jungkook menyambut huluran tangan Jae In. Dia melirik sekilas kearah Jihyo yang sedari tadi memerhatinya. Jungkook tersenyum sinis sebelum dia kembali memandang Moon Jae In dengan senyuman samar.
" it's my pleasure , President Moon. saya akan jaga dia sebaik yang mungkin " Jihyo berasa seriau saat mendengar bait-bait ayat Jungkook itu.

Presiden Moon tersenyum senang.
" saya buat pilihan yang tepat nampaknya ! " Lelaki tua itu tertawa besar. Jihyo sudah hampir mahu menangis namun ayahnya boleh pula tertawa sebegitu ? Oh dunia Jihyo terasa betul-betul gelap.
" papa.. Ji tak perlukan bodyguards.. " Jihyo memeluk lengan Jae In erat kemudian cuba menyembunyikan tubuh genitnya dibelakang Jae In. Tidak tahan Jihyo apabila dia terus-terusan ditikam oleh pandangan mata tajam bekas kekasihnya.

" Ji.. percaya cakap papa. Ji perlukan mereka. Keselamatan Ji sangat penting pada papa "
Jihyo mengeluh kesal. Seperti biasa , dia akhirnya mengalah kerana Moon Jae In. Sekali lagi dia melirik kearah 7 orang lelaki kacak itu.
" please take care of me. " Langsung tiada bunyi ramah dalam intonasi dia saat Jihyo mengungkap sebaris ayat itu. Ekspresi mukanya sekali lagi cuba dikawal. Dia , Moon Jihyo dan Moon Jihyo tidak akan sesekali menunjukkan kelemahannya kepada sesiapa. She is meant to be perfect.



TO BE CONTINUED
the end of preview chapter 6

[EBOOK] BODYGUARDWhere stories live. Discover now