CHAPTER 5 : ARRIVAL
PESAWAT terakhir pada hari itu dari Canada ke Seoul kini sudah selamat mendarat. Jihyo yang ditemani personal assistant yang telah ayah dia gajikan untuk dia melangkah turun dari pesawat. Gadis berambut pendek yang sudah hampir memasuki umur 30an itu sudah hidup sebagai personal assistant atau manager untuk Jihyo selama dia berada di Canada." miss nak saya bawakan beg miss ? " Soalnya sebaik mereka selesai mengumpulkan beg-beg Jihyo. Jihyo yang memakai kaca mata hitam pada wajahnya ditanggal sebelum dia menggelengkan kepala.
" tak perlu , Yerim-ah. saya rasa papa dah sediakan semua jadi kita cuma tunggu aje disini sebelum papa sampai okay ? " Memahami jelas arahan Jihyo , Kim Yerim mengangguk faham." miss , saya rasa papa miss dah sampai tu. banyak reporter dan pegawai polis dah kerumun pintu masuk airport " Yerim menggunakan jari telunjuknya menunjuk kearah pintu masuk lapangan terbang yang kini dipenuhi ratusan manusia. Jihyo mengeluh perlahan. Dia hampir lupa yang ayahnya kini Presiden ke-12 South Korea. Kemana sahaja ayahnya pergi pasti diikuti security dan reporters.
" obviously, Yerim-ah " Hanya itu yang Jihyo balas. Setelah 7 tahun berada di Canada , dia sudah terbiasa hidup sendiri dan berseorangan. Jihyo benar-benar tidak suka perhatian yang bakal dia terima setelah dia kembali duduk di Seoul nanti. Pasti banyak acara dan majlis yang akan dia hadiri nanti kerana mengikut Moon Jae In. Dan pasti banyak juga media dan wartawan yang akan mengikut kemana sahaja dia pergi
" my baby daughter ! "
Jihyo yang tadinya hilang dalam mimpi disiang hari sendiri , dikejutkan dengan suara ayahnya yang kini sudah menghampiri. Perlahan , senyuman nipis terukir pada sepasang bibir indah milik Jihyo. Dia kemudian berjalan kearah ayahnya lalu tubuh tua itu didakap erat.Kali terakhir Moon Jae In melawat anak gadisnya adalah pada 3 tahun lepas kemudian dia tidak lagi boleh melawat Jihyo kerana kekangan masa yang kini perlu diberikan seratus peratus kepada hal-hal negara dan rakyat sebagai seorang Presiden yang bertanggungjawab.
" papa.. Ji rindu ! "
Moon Jae In tersenyum senang mendengar suara lunak anak gadisnya. Namun tidak lama sebelum Jihyo mula merungut.
" papa.. Ji tak suka lah camera camera ni semua hala dekat Ji. please do something about it "
Masih seorang yang manja terhadap ayahnya , Jihyo merengek tidak suka.Yang mana mendatangkan ketawa samar dari Moon Jae In. Lembut sahaja dia melepaskan tubuh anak gadisnya lalu mencapai tas tangan yang sedari tadi Jihyo pegang.
" jom balik ! eomma ada masakan makanan kegemaran Ji dirumah. about the camera , Ji kenalah biasakan diri Ji. Ji sekarang anak papa tau ? South Korea 12th President ! "Moon Jae In tersenyum bangga. Tidak sia sia dia bertanding selama hampir 4 tahun dan sekarang dia sudah mendapat hasilnya. Dia kini lelaki paling berkuasa di South Korea. Jihyo akhirnya mengalah dan tersenyum senang. Dia okay selama ayahnya bahagia , dia pun akan bahagia. Kerana itulah tanpa berfikir dua kali , dia meninggalkan Jeon Jungkook dengan kejam 7 tahun lalu.
Tipulah kalau Jihyo kata yang dia sudah betul-betul melupakan lelaki kacak itu. Walaupun cuma 5 bulan mereka hidup sebagai pasangan kekasih , memori mereka bersama masih meninggalkan kesan pada Jihyo. Kerana Jeon Jungkook adalah lelaki pertama yang pernah memiliki hati dia. Dalam tempoh 7 tahun ini , seringkali Jihyo kenangkan Jungkook dan sering kali juga dia merindui lelaki kacak itu.
Sewaktu disekolah menegah sudah kacak , apatah lagi sekarang ? Diusia mereka berdua sudah mencecah 27 tahun. Tersedar yang fikiran nya sudah menerawang memikirkan Jungkook , Jihyo cepat-cepat menggelengkan kepalanya seolah-olah mahu sedarkan diri.
" aku tak patut fikirkan dia.. mesti sekarang dia dah bahagia dengan pilihan baru dia.. "
Jihyo berbisik sendirian , dengan sekuntum senyuman sayu pada bibirnya. Tipulah kalau dia kata dia tidak kesal akan tindakan dia 7 tahun lepas. Namun lihat dia sekarang. Kerana akur dengan arahan Moon Jae In , Jihyo kini membesar menjadi seorang wanita yang dihormati ramai oleh kerana kepandaian dan tatasusilahnya.Puas Jihyo termenung , dia dikejutkan dengan sentuhan dibahunya. Pantas dia menoleh. Jihyo mengeluh lega melihat Yerim disebelahnya.
" kita dah sampai dirumah miss " Yerim tersenyum kearah Jihyo yang mana Jihyo balas dengan senyuman nipis. Jihyo sudah bersedia mahu membuka pintu kereta sebelum ada orang lain dari luar yang telah membuka pintu itu untuk dia." i'm glad to hear upon your arrival , Miss Moon "
Suatu tangan besar dihulurkan kearah Jihyo. Dengan teragak-agak Jihyo menyambut tangan yang sedia membantu dia untuk keluar dari kereta mewah itu. Sebaik kasut tumit tingginya mencecah tanah , Jihyo mendongak ingin memandang lelaki yang telah menolong dia tadi. Wajah Jihyo sedikit berkerut melihat wajah yang sangat asing baginya pada tika itu.Jihyo kemudian sedikit terkesima apabila lelaki tadi tersenyum lebar kearahnya menampakkan jelas kedua lesung pipit lelaki itu.
" saya Namjoon , or you can call me RM. itu kod nama saya , Young Miss "
Akhirnya lelaki kacak berlesung pipit itu memperkenalkan dirinya.Jihyo kemudian memerhati Namjoon dari atas sehingga kebawah. Dia berpakaian sut hitam dan putih. Kemas. Jihyo melirik pula kearah pinggang Namjoon. Disitu dia lihat sepucuk pistol didalam bekasnya.
" ah... mesti bodyguard papa ni.. " Jihyo berbisik sendiri sebelum akhirnya dia melihat semula kedalam mata Namjoon." Namjoon-ssi , saya Moon Jihyo "
Ungkap Jihyo sedikit beku dan langsung tidak ramah sebelum dia melepaskan tangan Namjoon lalu melangkah masuk kedalam kediaman mewah Moon. Namjoon kemudian tertawa perlahan.
" sejuk betul young miss tu ya ? "
Dia bergumam sendirian sebelum turut masuk kedalam rumah agam itu.✿ TO BE CONTINUED ✿
the end of preview chapter 5•• scroll more for preview chapter 6
YOU ARE READING
[EBOOK] BODYGUARD
FanficA Jeon Jungkook Fanfiction. [ click link in bio to order now ! ] ❝ aku cuma tawarkan protection tapi.. if you want to be one of my possession- siapa aku untuk menolak , princess ? ❞ ❝ i am not a princess and far away from being yours. i am the futu...