CHAPTER 2 : DATE
" WHAT would you like to order ? "
Jungkook memandang pelayan lelaki itu tidak berkelip sebelum dia kembali memandang menu yang sudah terbuka luas diatas meja dihadapan dia. Manakala berhadapan Jungkook , duduknya Jihyo yang juga sedang membaca menu tersebut.
" Jihyo-ssi .. " Panggil Jungkook setelah dia tersenyum kekok kearah pelayan tadi.Jihyo mengangkat muka , memandang Jungkook dengan pandangan menyoal. Jungkook menggaru lehernya yang tidak gatal.
" mahal sangat lah dekat sini , saya tak bawa banyak cash— "
" saya ? saya yang akan bayar , Jeon-ah "
Potong Jihyo sebelum dia tertawa suka. Dia spontan mencubit manja pipi kanan Jungkook membuatkan lelaki kacak itu terdiam tidak terkutik." awak bayar ? tapi kan saya yang lelaki.. " Suara Jungkook sedikit mengendur , menahan perasan malu yang kian terasa. Jihyo melepaskan pipi Jungkook lalu memegang pula tangan lelaki kacak itu yang berada diatas meja.
" saya yang ajak awak makan dengan saya , jadi mestilah saya yang akan bayar dan.. awak lelaki , jadi ? don't be sexist , Jeon " Jihyo tersenyum samar." ehem "
Jihyo dan Jungkook menoleh kearah pelayan lelaki yang masih menunggu untuk mereka berdua membuat pesanan. Laju Jihyo memesan untuk dia dan untuk Jungkook supaya pelayan itu boleh berambus. Sebaik pelayan itu tidak lagi terlihat dimata mereka berdua , Jungkook dan Jihyo menghembus tawa yang sedari tadi mereka tahan kerana wajah cemberut pelayan tadi." ehem. kenapa awak tiba-tiba ajak saya makan sekali..? ya lah , kita memang lah classmate dan sebelum ni awak selalu senyum pada saya dan pernah pinjamkan nota awak untuk saya tapi— "
Jungkook berjeda apabila Jihyo tertawa kecil. Wajah keliru dipasang pada wajah kacaknya. Jihyo menggeleng perlahan." you talk too fast , Jeon " Jihyo tersengih. Jungkook menyentuh lehernya , berasa salah tingkah.
" tapi saya tetap akan jawab soalan awak tu. saya ingat.. awak yang nak jadi kawan saya ? "
Balas Jihyo bersahaja sebelum mencapai jus tembikai yang telah dia pesan tadi. Wajah Jungkook kembali berkerut." saya nak jadi kawan awak ? " Jungkook mengulang ayat Jihyo.
" ya lah ? awak selalu pandang saya dan selalu jalan dibelakang saya setiap kali waktu rehat dan kalau kita perlu ke padang. awak make sure meja saya bersih kalau awak datang sebelum saya— "
" yah hajima ! jangan cakap dah Jihyo-ssi !! " Bidas Jungkook sambil menekup kedua telinga nya lalu kepala digelengkan berkali-kali. Wajah Jungkook juga sudah mula membahang. Jihyo sekali lagi berdekah apabila melihatkan wajah Jungkook yang kini sudah merah menahan malu.
" okay okay maafkan saya ! "
Jihyo mengangkat tangan ke uadara tanda menyerah kalah apabila Jungkook hampir bangun dari duduknya. Jihyo sekadar tersenyum lebar melihatkan Jungkook yang senang betul salah tingkah setiap kali bersama dia.Setelah memberi ruang untuk Jungkook bertenang , satu lagi idea nakal muncul di fikiran Jihyo. Dia tersengih nakal.
" Jeon " Panggil Jihyo manja menyebabkan Jungkook terus melihat kearah Jihyo. Tangan nya masih menekup pipi dia yang masih sedikit merah." awak suka saya eh ? "
" uhukkk.!! "
Makin galak Jihyo mentertawakan Jungkook apabila lelaki kacak itu tersedak liur sendiri. Segera Jihyo menghulurkan tisu sesambil dia ketawa. Jungkook mengambil masa beberapa minit untuk sekali lagi menenangkan diri sendiri.Jihyo kekal tersengih nakal , menongkat dagu memerhati setiap tingkah laku Jungkook dihadapan dia.
" yah don't joke like that Jihyo-ssi. nanti orang salah sangka pulaaa "
Jungkook merajuk seperti anak kecil menyebabkan Jihyo spontan menjentik perlahan dahi lelaki kacak itu." comel lah awak ni , Jeon " Katanya setelah dia berbuat sedemikian. Sekali lagi Jungkook terdiam tidak terkutik. Jantung yang dari tadi sudah berdegup kencang sepertinya tidak akan berhenti sebegitu selagi dia bersama Jihyo. Jungkook menghela nafas menahan diri dari flustered lagi sekali.
" yah Jihyo-ssi ! jangan lah bergurau macam ni. jantung saya ni dah nak tercabut , tahu ? saya tak pernah sangka awak ni nakal , Jihyo-ssi "
Bebel Jungkook , cuba untuk menutup malu sendiri. Sekali lagi Jihyo tertawa suka. Sepanjang hidup dia, itu kali pertama dia tidak henti-henti ketawa.Sama seperti Jungkook , Jihyo tidak mempunyai ramai kawan kecuali kawan baiknya Jisoo Kim dan Roseanne Park. Itupun mereka cuma bertemu setiap hujung minggu memandangkan Roseanne dan Jisoo bersekolah di kawasan Itaewon. Manakala di Seoul Elite , Moon Jihyo langsung tidak punya seorang kawan pun.
Ini kerana Jihyo yang tidak suka dengan sikap separuh dari mereka yang cuba berbaik dengan dia hanya kerana disuruh ibubapa mereka. Sudah tentu kerana ayahnya Jae In yang kini sedang bertanding dalam Presidental Election. Separuh lagi pula tidak menyukai Jihyo yang digilai ramai lelaki di Seoul Elite. Akhir sekali , sekelompok kecil yang Jihyo benar-benar tidak suka.
Mereka yang sering kali cuba mencari gaduh dengan dia tanpa sebab. Namun dikemudian hari , pelajar-pelajar yang menganggu dan cuba membuli Jihyo pasti akan dia ajar semula dengan cara dia. Jangan ingat Moon Jinyo itu seorang yang lemah dan tidak berani untuk melawan. She's rather intimidating.
Begitu lah kehidupan Moon Jihyo sebelum dia akhirnya memutuskan untuk menyapa Jeon Jungkook. Bukan hanya menyapa , mereka kini sedang duduk bertentangan satu sama lain , menunggu makanan bersama. Hanya mereka berdua , Jihyo terasa seperti dia kini sedang menjalani satu temujanji.
" Jihyo-ssi. awak termenung. makanan dah sampai tu. panas sangat ke ? nak saya tolong tiupkan ? "
Suara garau Jungkook menyedarkan Jihyo dari mimpi disiang harinya. Jihyo kembali memandang Jungkook menyebabkan mereka kini merenung kedalam anak mata masing-masing." tiupkan ? "
" iya. perlu ke saya buat macam tu ? "
" t-tak ? yah Jeon , berhenti panggil saya dengan formal. just call me Jihyo atau awak boleh panggil nama belakang saya macam saya panggil awak Jeon "
Jihyo mencapai sudu dan garfu lalu meniup sendiri spaghetti yang baru tiba diatas meja mereka berdua.Bagai anak anjing diberi arahan dari tuan nya , Jungkook mengangguk faham lalu tersenyum kearah Jihyo. Gadis cantik itu hampir mengeluarkan pujian terang-terangan melihatkan senyuman indah Jeon Jungkook yang terlalu jarang lelaki kacak itu tunjukkan.
" nae , Jihyo "
Dan Moon Jihyo tidak pernah tahu yang namanya boleh disebut sesedap itu. Hanya oleh Jeon Jungkook.✿ TO BE CONTINUED ✿
the end of preview chapter 2•• preview chapter 1&2 ✅ during the 5 earliest chapter , we will learn of how JK boleh jadi ex Jihyo before we proceed to the moment they'll meet again ! hope u enjoyed this 2 preview. tomorrow around this time , another 2 chapter will be published! see u soon lovelies ❤️
YOU ARE READING
[EBOOK] BODYGUARD
FanficA Jeon Jungkook Fanfiction. [ click link in bio to order now ! ] ❝ aku cuma tawarkan protection tapi.. if you want to be one of my possession- siapa aku untuk menolak , princess ? ❞ ❝ i am not a princess and far away from being yours. i am the futu...