Daebi menekup kedua belah pipi sambil termenung memandang lantai kelas walhal Puan Park sedang rancak membebel di hadapan menyemak markah keputusan pelajarnya yang rata - rata semakin merosot.
Terlihat sedikit pudar, lingkungan hitam di bawah mata gadis tersebut dek sepanjang malam memikirkan kisah hari jadinya petang semalam.
"Daebi ! Hwang Daebi !" terdengar suara berbisik memanggil.
Daebi tersentak pantas memandang ke hadapan kelas. Kosong.
Matanya meliar mencari keberadaan guru Bahasa Inggeris mereka hari ini. Dia berpaling ke kanan pula. Ke arah gadis yang berbisik memanggilnya tadi.
"Puan Park mana ?" soalnya buntu. Ingatkan dipanggil wanita itu tadi.
"Puan Park dah keluarlah. Sekarang waktu balik dah" ujar sahabat kelasnya mengemas beg bersedia untuk pulang.
Daebi mengangguk malas. Dia kembali duduk mahu menyambung lamunannya yang tersangkut di pertengahan jalan tadi. Masih tidak percaya apa yang telah berlaku pada dirinya.
"Eh, asal kau duduk balik ? Jake tunggu kau dekat luar tu" bisik sahabatnya sekali lagi.
Pantas gadis itu berpaling ke pintu belakang kelas. Kelihatan Jake sedang berdiri tenang sambil melambai tersenyum - senyum ke arahnya dari pintu belakang kelas. Pelajar - pelajar permpuan lain berbisik - bisik menjeling Daebi berulang kali. Cemburu.
Tapi Daebi tak endahkan. Dia menunduk menyorokkan wajahnya di balik tapak tangan kecil. Matanya dipejamkan ketat berharap Jake beredar dari kelas itu.
"Weyh, Daebi. Kenapa dia nak jumpa kau ? Kau ada apa - apa ke dengan dia ?" beria kawan sebelahnya menyoal curiga.
Bukan kerap untuk mereka melihat Jake berkawan dengan pelajar lain selain daripada ahli kelab catur saja. Itu yang menjadikan ramai yang berusaha keras untuk mendapatkan perhatian lelaki tersebut.
Daebi menggeleng sambil memalingkan kepala ke luar tingkap. Tak mahu Jake sedar akan kewujudannya di dalam kelas itu walhal mereka telah bertentang mata sebentar tadi.
"Daebi ?" panggil kawan sebelahnya lagi. Daebi menggeleng kuat.
"Daebi ?" bahunya disentuh oleh si tuan suara yang kini berubah garau.
Gadis itu berpusing terkejut. Dia berdiri kekok mengundur dari jaraknya yang begitu hampir dengan Jake. Raut kerutnya bertambah - tambah tatkala Jake mendekat.
"Eh, kau okay ke ?" tanya Jake risau.
"O-oh. Okay, kenapa ?" Daebi melarikan anak mata.
Jake menguntum senyuman kecil. Nafas leganya dihembus perlahan.
"Aku nak ganti balik muffin kau semalam. Jom ikut aku nak ?" ajaknya.
"Muffin ?"
"Haah, muffin coklat yang kau tinggalkan dekat taman sekolah petang semalam" angguk Jake.
YOU ARE READING
𝘁𝗵𝗲 𝗲𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 | 𝗌𝗂𝗆 𝗃𝖺𝗄𝖾 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfiction" Kau terima aku, aku terima kau. Mudah bukan ? " Tak pernah Daebi sangka Sim Jake lelaki pujaan hati orang ramai telah jatuh cinta kepadanya. Tapi, apa yang dia ada ? Hidupnya bagaikan seorang watak tambahan di dalam sebuah novel. Entah sebenarnya...