Serentak fail laporan itu ditutup, semua orang menghembuskan nafas lega perlahan melepasi rongga hidung. Masing - masing mula memasangkan senyuman manis yang hilang sewaktu mesyuarat mereka dimulakan tadi.
Eui Joo mengangkat kepala memandang anak - anak buah kelabnya satu persatu. Semua mengalihkan wajah mengelak untuk bertentang mata dengannya. Mungkin kerana dia mempunyai jawatan paling tinggi di dalam kelab ini ?
"Okay, siapa ada soalan ?" soalnya seperti selalu sebelum menamatkan mesyuarat mereka.
Ruangan kelab buletin itu sepi tiada siapa yang menawarkan diri untuk bertanya. Penat menghadap pertemuan mereka yang bertahan selama dua jam setengah.
Pandangan Eui Joo jatuh kepada Daebi yang tenang mencatit nota di penjuru bilik. Langsung tidak bercampur sesama mereka gadis introvert itu. Senyap dari awal hingga akhir. Tanpa sedar, bibirnya menyenget suka.
"So, kalau tak ada apa - apa aku expect korang boleh komited dengan kerja masing - masing. Sila siapkan majalah kita ni sebelum hujung Februari ni okay ?" semua orang mengangguk taat.
"Jadi, mesyuarat bersurai"
Maka berebutlah pelajar - pelajar di dalam bilik tersebut mengangkat punggung berebut mahu keluar meninggalkan ruangan kelab mereka. Sudah muak berlama - lamaan di situ.
Eui Joo hanya menggangguk rendah membalas tundukan hormat daripada anak - anak buahnya sebelum mereka keluar.
Langkahnya dihayun ke arah Daebi yang masih ralik mencoret ayat di buku nota atas riba. Terlampau ralik hingga dia duduk berdekatan sampai lutut mereka bertemu pun gadis itu masih tidak sedar.
"Kisah apa pulak yang kau tulis tu ?" tegurnya menyentakkan Daebi terkejut.
Lelaki tersebut tertawa menampakkan barisan giginya rapi putih. Rambut Daebi diusap manja seperti selalu walaupun penulis itu kini sedang bermasam muka kegeraman.
"Captain !" rungutnya.
"Ya, sayang. Ada apa ?" dia mengangkat kening menyakat.
Sebuah cubitan menyinggah ke peha membuatkan Eui Joo mengeliat kesakitan. Daebi menghembus nafas deras melepaskan rasa geramnya yang tertanam.
"Sakitlah woi ! Kau keturunan ketam ke apa ?" Eui Joo masih ketawa berdekah.
"Itu baru cubitan cucu ketam. Sini biar saya buat cubitan moyang ketam pulak" acah Daebi mengangkat tangannya. Eui Joo mengelak kecil sambil gelak mengekek.
Lengannya diangkat menghadang tangan Daebi dari terus mendekat. Keberadaan mereka berdua saja di dalam kelab ini mmebuatkan Daebi berani membuka mulut. Kalau tidak, senyap siput sajalah jawabnya.
Sebab itu Eui Joo lebih gemar keluar lambat.
"Eh, Daebi. Birthday kau bulan ni kan ? Berapa hari bulan eh ? Kita sambut nak ?"
YOU ARE READING
𝘁𝗵𝗲 𝗲𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 | 𝗌𝗂𝗆 𝗃𝖺𝗄𝖾 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfiction" Kau terima aku, aku terima kau. Mudah bukan ? " Tak pernah Daebi sangka Sim Jake lelaki pujaan hati orang ramai telah jatuh cinta kepadanya. Tapi, apa yang dia ada ? Hidupnya bagaikan seorang watak tambahan di dalam sebuah novel. Entah sebenarnya...