Seperti yang dia jangka, sekali lagi dirinya menjadi perhatian jelingan ramai.
Siapa saja yang tidak cemburu apabila melihat kehadiran Jake, putera penghuni hati sekolah datang dengan sendirinya ke pintu kelas mereka hanya untuk bertemu dengan seorang gadis biasa bernama Hwang Daebi ?
Lambat saja Daebi berjalan ke muka pintu. Jarinya memintal - mintal penghujung jaket gelisah.
"Dah makan ?" tekun Jake menilik wajahnya.
Daebi menggeleng.
"Kita makan jom ? Aku lapar. Yang lain pun tengah tunggu" bibir Jake tersenyum sambil dia mencapai tangan kecil Daebi.
Tangan itu ditarik mahu dibawa keluar dari kelas walaupun si tuan badan masih membisu tak mahu membuka kalam. Jake berpaling saat pegangan tangannya diputuskan. Kepala Daebi yang tertunduk dipandang dengan seribu satu persoalan.
Gadis itu menggigit bibir resah. Dia terus menggeleng sekali lagi sebelum sempat Jake bertanya.
"Tak nak. Saya nak makan seorang diri" dalihnya berpusing masuk ke dalam kelas.
Jake mengerutkan dahi buntu memandang perubahan drastik dari Daebi sendiri. Dimanakah salahnya ? Atau adakah dia ada membuat salah ?
"Jake, saya nak ikut keluar sekali boleh ? Saya pun belum makan" seorang pelajar perempuan mendekatinya.
Melihatkan ada yang sudah membuka langkah, lebih ramai lagi pelajar perempuan memberanikan diri untuk mendekati lelaki kcak tersebut. Masing - masing mengerumuninya seperti lebah menghurung madu.
Datanglah seramai mana pun, namun Jake masih belum memutuskan renungannya kepada Daebi yang sudah duduk termenung kosong di meja.
Dia sudah ditolak ? Tapi belum sempat dia beritahu apa - apa lagi.
+×+
"Daebi ! Hwang Daebi tunggu sekejap !" kejar Jake melihatkan gadis itu mempercepatkan langkah.
Nafasnya ditarik dalam sejenak selepas penat mengejar dari pintu kelas hinggalah turun membelok ke pintu pagar sekolah. Daebi masih tidak berkalih malah seakan mahu melarikan diri daripadanya.
Tak, Jake masih tidak berpuas hati.
Mengikut detik nalurinya, pelajar tersebut terus berlari pecut menghiraukan orang lain di pinggiran jalan. Latihan larian yang dikerahkan padanya untuk digunakan pada permainan ragbi telah dimanfaatkan untuk hal - hal seperti ini.
Semakin lama semakin mendekat, Jake mendepakan tangan kecil menarik tubuh Daebi ke dalam pelukan lalu membawa jasad mereka berdua berpusing bersandar ke dinding merah sekolah.
Mulutnya ternganga seraya dia cuba untuk menghirup udara buat menggantikan oksigen yang hilang sermerdang dia berlari tadi. Bahu halus Daebi dijadikan sebagai bantal empuknya seketika buat merehatkan kepala.
YOU ARE READING
𝘁𝗵𝗲 𝗲𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 | 𝗌𝗂𝗆 𝗃𝖺𝗄𝖾 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfic" Kau terima aku, aku terima kau. Mudah bukan ? " Tak pernah Daebi sangka Sim Jake lelaki pujaan hati orang ramai telah jatuh cinta kepadanya. Tapi, apa yang dia ada ? Hidupnya bagaikan seorang watak tambahan di dalam sebuah novel. Entah sebenarnya...