"Hm, lama ke majlis prom tahun ni ?" soal Jay bersandar ke dinding kelas. Wajah dua orang sahabatnya ditenung lama. Masing - masing diam cuba menganggarkan masa yang sesuai.
"Lama kot. Sebab kan majlis prom tahun ni sekali dengan majlis perpisahan pelajar tahun akhir" balas Sunghoon walaupun dia tak berapa pasti.
Tak pasti tak apa. Janji ada jawapan. Yakin tu penting.
Jake mengangguk. "Eh, aku lupa yang kita ada majlis next week. Korang pergi dengan siapa ?"
Sikhyung Highschool adalah sekolah berprestij. Boleh dikatakan ianya seperti sebuah sekolah elit. Pelajar - pelajarnya hampir semua datang dari keluarga yang berada. Jadi, setiap hujung tahun. Akan diadakan majlis prom atau parti kecil untuk semua pelajar sebagai salah satu aktiviti untuk mereka bersosial dengan umum.
Bagai sudah menjadi adat tradisi parti tersebut, setiap pelajar harus datang bersama pasangan masing - masing. Itu yang menjadi keriuhan semua saat ini.
"Aku dengan Aeyoung ! Aku dah ajak dia keluar date hujung minggu ni. Nak belikan dress untuk dia" semangat Sunghoon bercerita.
Pandangan mereka berdua terarah pada Jay yang sedang termenung pula. Lelaki tersebut mengangkat kening.
"Asal pandang aku macam tu ?"
"Kau pulak macam mana ? Pergi dengan Joonyoung ke ?" soal Jake malas.
Berbeza dengan apa yang mereka jangkakan, Jay tidak mengangguk tetapi dia menggeleng perlahan. Wajahnya sedikit suram berbanding dengan awal tadi. Terjelas bahawa hati dan jiwanya sedang kacau bilau.
Jake dan Sunghoon bertukar pandangan. Takkan dah putus cinta kot ?
"Aku tak tahulah nak tanya dekat dia macam mana. Aku takut dia tolak aku"
Sunghoon menggulingkan anak mata. Macam - macam bendalah Jay ni nak risaukan. Selalu begitu. Over - thinking. "Sekarang ni kau boyfriend dia ke tak ?"
Jay mengangguk.
"Lepastu ? Takkan dia nak reject kau kot ? Mestilah korang pergi sekali" marahnya.
"Tapi aku risaulah. Kau tahu kan apa yang dah jadi dengan dia. Sampai sekarang aku masih hati - hati kalau nak pegang tangan dia" Jay meluahkan perasaannya.
Kalaulah peristiwa tersebut tidak terjadi, semua ini takkan menjadi masalah buatnya kini. Sudah lama dia akan layan Joonyoung seperti seorang puteri.
"Jay, dia dah jadi teman wanita kau maksudnya dia terima kau seadanya. Kau pun tak tanya lagi takkan dah nak kata tak. Jangan risaulah. Tak ada apa - apa pun" tenang Jake memujuk. Sahabatnya itu diam berfikir. Kata - katanya sedikit sebanyak mempengaruhi fikiran Jay saat ini.
"Okay, aku pergi tanya dia sekarang !" Jay bagun berdiri dengan yakinnya.
Tersentak Sunghoon dan Jake seketika. Mana tidaknya. Senyap sejak tadi kemudian tiba - tiba bangun bersuara lantang. Dah macam nak pergi berperang sudah.
YOU ARE READING
𝘁𝗵𝗲 𝗲𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 | 𝗌𝗂𝗆 𝗃𝖺𝗄𝖾 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfic" Kau terima aku, aku terima kau. Mudah bukan ? " Tak pernah Daebi sangka Sim Jake lelaki pujaan hati orang ramai telah jatuh cinta kepadanya. Tapi, apa yang dia ada ? Hidupnya bagaikan seorang watak tambahan di dalam sebuah novel. Entah sebenarnya...