𝗘𝗣𝟬𝟴 | 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗷𝗮𝗿 𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮

45 10 0
                                    

Pintu bilik kelab catur ditolak perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu bilik kelab catur ditolak perlahan. Bunyi riuh sekitar bilik itu membuatkan Daebi terkaku seketika. Tangannya senantiasa memintal hujung baju ketakutan.

"Eh, Daebi ! Masuklah cepat. Kitorang tengah makan ni" ucap Minseo orang pertama yang sedar akan kehadirannya.

Serentak itu semua orang berkalih.

"Daebi sunbae !! Sinilah !" pelawa Aeyoung.

Joonyoung yang berdiri di sebelahnya mengangguk. "Eung, sinilah duduk sebelah kami"

Lambat - lambat kakinya mengorak langkah. Perhatian yang dia dapat daripada sepuluh pasang mata yang berada di dalam bilik tersebut usah dihuraikan. Terasa seperti ada lampu spotlight yang sedang menyuluh ke arahnya membuatkan dia menjadi waktu utama saat ini.

Kalaulah bukan kerana Minseo yang mengajaknya datang ke sini, pasti dia sedang enak melayan diri sendiri di dalam kelas keseorangan.

Jake tersenyum menarik kerusi di sebelahnya untuk Daebi duduk. Tanpa banyak soal, tangan Daebi ditarik duduk.

"Oh~ nak duduk sebelah boyfriend dia"

Semua ikut bersorak menyakat menyambut komen dari Jungwon. Ada yang ketawa mengekek bertepuk tampar.

Daebi malu menundukkan wajah. Kain skirtnya dicengkam kuat.

Jake yang sedang menongkat dagu merenungnya tanpa henti itu berpaling. Dia tak mahu Daebi merasa tidak selesa di sisinya.

"Dia bukan girlfriend akulah. Aku kena reject semalam"

Ruangan itu serta - merta sepi. Semua orang membeku patung terkejut dengan penyataan dari mulut Jake sendiri. Langsung tidak bergerak.

"Uhuk- uhuk. Kau kena apa ?" soal Heeseung tersedak rotinya.

"Aku kena reject dengan Daebi" balas Jake selamba.

Keadaan senyap membisu lagi. Masing - masing seperti tak mampu membuka mulut apabila mendengar Jake pelajar kegilaan ramai telah di - reject oleh seseorang.

"Erm, biasalah tu. Aku pun kena reject ngan Aeyoung dulu. Bukan senang muka handsome ni" ucap Sunghoon kembali menyambung kunyahan rotinya.

Sebuah cubitan menyinggah di tangan membuatkan pelajar lelaki itu menjerit sakit. Aeyoung mengetap gigi. Boleh pula masuk dengan lawak bodohnya di saat janggal sebegini ?

"O-oh, ha biasalah tu. Lagipun, takkanlah Daebi nak dengan Jake bukan ? Awak mesti carik lelaki yang lebih baik"

Minseo cuba memujuk melihatkan Daebi semakin gementar.

"Eh, apa kurangnya member aku ni. Abs dah ada, handsome dah ada, pandai math pulak tu" celah Jay tak berpuas hati.

Mulutnya ditekup Joonyoung lalu diseret Jungwon dan Niki menjauh. Dasar budak main cakap lepas !

𝘁𝗵𝗲 𝗲𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 | 𝗌𝗂𝗆 𝗃𝖺𝗄𝖾 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now