Daebi menggulingkan anak mata. Dia menjeling lelaki yang tak habis - habis tersengih seperti orang gila disebelahnya. Kelopak matanya mengecil kerana tersenyum terlalu lebar.
Pelajar - pelajar di sekolah tersebut semua bundar mata melihat mereka berdua berjalan berpegangan tangan. Ada juga yang menghentak kaki benci kerana cemburu dengan tuahnya Hwang Daebi mempunyai jejaka kacak itu di sisi.
"Jake ! Sudah - sudahlah tu pandang saya" bisiknya mengetap gigi.
Renungan dari orang ramai mula membuatkan dia berasa tidak selesa. Malah, bisikan - bisikan yang bagaikan dituju ke arahnya membuatkan dia mulai merasa sedikit terasing.
"Ish, tak naklah. Suka hati akulah nak pandang siapa. Lagipun kau kan girlfriend aku" Jake ketawa pula.
"Kalau ya pun, tak payahlah pandang dekat macam ni" Daebi menegur jarak mereka yang terlalu dekat.
Kalau tersadung ni, mampu saja bertemu bibir antara bibir. Lagi teruk kalau ada guru yang nampak. Tak pasal - pasal masuk detention pula. Hidung Jake dikepit geram dengan dua jarinya membuatkan lelaki tersebut meronta panik.
"Cakap cepat nak jauh ke tak ?" gertak Daebi.
Jake menggeleng kemudian meronta - ronta lagi. Daebi gelak mengekek selepas melepaskan jarinya. Semput Jake seketika. Tarik hembus dia seorang diri di tepi dinding kepenatan.
Melihatkan Jake seperti tidak bergurau, Daebi mulai gelisah. Lelaki itu langsung menunduk tidak mendongak. Lebih teruk lagi dia terbatuk - batuk kosong.
"Jake ?" bahu kekar tersebut disentuh takut - takut.
"Jake, awak okay ke ?" Daebi mula ikut panik. Pantas dia mendekat memegang kedua belah bahu Jake kerisauan. Wajahnya ditolak dongak melihat keadaan sebenar teman lelakinya itu.
"Jake, breath. Oh no, I'm so sorry, sayang. Sakit ke ?" Dada Jake diurut perlahan berkali - kali. Rasa sesal menyusup di dalam hati.
Beg galasnya terus diseluk mencari botol air. Pantas penutup botol dibuka lalu disuakan ke bibir lelaki tersebut. Dengan berhati - hati dia menyuap air masuk. Hampir saja mahu menjerit tatkala Jake merentap tangannya jatuh terduduk.
"Hm, penatlah berlakon sakit ni"
Jake menyandarkan kepala ke bahunya. Daebi tergamam memproses apa yang terjadi. Beberapa ketika kemudian, barulah dia tersedar bahawa dirinya ditipu.
"Ey, awak ! Janganlah buat macam tu ! Saya takutlah !" marahnya mencubit - cubit lengan dan paha Jake kegeraman. Bibirnya diketap geram. Rasa nak gigit saja pipi milik lelaki itu.
Jake menjelirkan lidah. Siapa suruh kepit hidung dia macam orang gila tadi ? Mujur boleh kejar nafas balik. Kalau tak dah pengsan dah.
Penat hendak sambung marah, Daebi diamkan saja tak mahu membalas perbuatan Jake itu. Makin dimarah makin dijawab. Jadi ikutkan sajalah.
"Daebi ?"
"Hm ?" terasa jari - jemarinya dibelek penuh teliti. Dia tersenyum senang.
"Daebi, kau nak tak jadi pasangan aku untuk majlis prom nanti ?"
Jeda.
+×+
Gugup juga boleh dikatakan dirinya berdiri lama di situ. Jam tangan dibelek buat keberapa kalinya. Sudah pun melepasi nombor lapan menunjukkan majlis bakal bermula tidak lama lagi.
Jake tak senang menunggu. Mundar - mandir dia di pintu dewan sekolah menanti kedatangan teman wanitanya. Kolar Jake dikemaskan seraya dia cuba menarik nafas untuk menenangkan diri.
Bukan tidak dipelawa mahu jemput gadis tersebut di rumah. Sudah, namun Daebi yang tak nak. Berkeras mahu datang dengan sendirinya dan berjanji untuk bertemu di depan pintu dewan. Ini sudah jam berapa batang hidung masih belum muncul.
Jake bukan apa, dia cuma risaukan sesuatu yang tidak senang terjadi.
"Jake !"
Lelaki itu berkalih.
Waktu, seperti terhenti. Matanya bagai tak mahu berkelip kerana tamak mahukan pemandangan indah itu menghiasi kepala lebih lama. Wajah ayu milik Daebi menguasai diri. Rambutnya yang ikal mayang terhayun - hayun kerana tuan badan berlari anak mengejar masa.
Benarkah ini gadis yang seringkali menunduk malu tiap kali mereka bersua ? Ah, dia sangat beruntung.
"Maaf, lama ke awak tunggu ? Jalan betul - betul sesak tadi. Saya berlari dari pagar sekolah ke sini. Majlis dah mula ke ?" kelam kabut soalan bertalu - talu ditembak tetapi Jake senyap terkedu.
Daebi mengangkat kening. "Awak ?" dia melambai - lambai di depan mata.
"Yes ?" soal Jake tersentak.
Figura bersarungkan sepasang dress biru gelap sangat menarik perhatiannya malam ini. Tak dia sangka menantikan seorang gadis namun yang hadir bidadari pula.
"Cantiknya kau malam ni" ucapnya tersenyum mengeselkan hidung mereka berdua.
"Jangan nak mengada eh" Daebi menggetap bibir.
Tahu sangat taktik lelaki itu. Sampaikan lali sudah dengan ayat - ayat manisnya.
Mula - mula memuji. Kemudian, menggeselkan hidung. Selepas itu, adalah di mana - mana bibirnya yang merayap. Putera Mengada. Itu yang Daebi panggil.
Jake tertawa kecil. Tangannya memanjang naik ke lengan Daebi manja. Jari - jemari gadis tersebut disulamkan dengan jari - jarinya. Rambut ikal Daebi ditolak ke belakang lalu diselitkan di cuping telinga. Sungguh benar, teman wanitanya sangat cantik malam ini.
"Terima kasih, tau" bisiknya penuh sayang.
Daebi menoleh buntu. "Hm ?"
"Terima kasih sebab terima saya dalam hidup awak dan terima kasih sebab awak hargai diri awak sendiri seperti apa yang sepatutnya"
Mata mereka bertukar pandangan lama. Bercahaya berbalas renungan. Senyuman Daebi mekar membuatkan Jake semakin lebar tersengih. Kedua - dua mereka berbunga sangat di dalam hati.
Sebuah kucupan lama dihadiahkan ke dahi. Daebi memejamkan mata.
Menikmati momen indah tersebut bagaikan tiada lagi hari seterusnya untuk mereka berdua. Moga hubungan ini berkekalan sebagaimana seikhlasnya cinta mereka.
THE END
YOU ARE READING
𝘁𝗵𝗲 𝗲𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 | 𝗌𝗂𝗆 𝗃𝖺𝗄𝖾 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfic" Kau terima aku, aku terima kau. Mudah bukan ? " Tak pernah Daebi sangka Sim Jake lelaki pujaan hati orang ramai telah jatuh cinta kepadanya. Tapi, apa yang dia ada ? Hidupnya bagaikan seorang watak tambahan di dalam sebuah novel. Entah sebenarnya...