Bab 9

957 74 4
                                    

SINDIKET YANG INGIN MEMULAKAN OPERASI DI PULAU PANGKOR, DISERBU. MAKLUMAT DITERIMA DARIPADA NOMBOR PAKAI BUANG YANG DISYAKI DARIPADA KUMPULAN 'VIGILANTE' SAMA.

WOW! Nasib baiklah ia berlaku selepas kami sudah pulang ke Kuala Lumpur semula!

Aku terus ke kaunter sebaik saja nombor giliranku tertera pada skrin di atas bersebelahan skrin televisyen yang memaparkan berita. Secawan kopi diambil lalu aku melangkah ke arah lif. Rotiboy dihidu. Wangi betul! Tiada satu pun yang dapat melawan keharuman roti yang satu ini.

Masuk ke dalam lif, tiba-tiba seorang lelaki berlari masuk ke dalam juga. Pengawal berenam sedang memerhati dari ruang legar di depan sana sudah mula berlari ke arahku.

Aku mengangkat tangan. Isyarat bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan.

Sebab aku mengenali lelaki ini.

"Hi, Arjuna." Aku menegurnya sambil tersenyum nipis.

Agaknya dia hairan bila aku menegurnya, terus lelaki itu mengerutkan dahi. Yalah, selama ini mana pernah aku menegurnya. Kami dua orang luar yang hanya mengerling saat berselisih bahu.

"Tak pernah-pernah kau tegur aku. Demam ke?" balasnya.

Aku tersengih. "Mestilah kena tegur. Sekarang awak dah jadi adik ipar saya."

Muahaha! Itulah motif sebenarnya. Mahu berlagak baik dan mesra.

"Jebat tak akan bagi kau kredit kalau kau buat baik pada aku, Adara. Aku rasa dia lagi suka kalau kau tak  tegur aku."

Dahi terus berkerut. Bukan hairan, tapi geram. Aku sudah sedia maklum seperti mana hubungan mereka ini. Jebat dan Arjuna memang tidak ngam. Aku pun tak tahu kenapa, tapi dengar cerita mereka suka mencari masalah antara satu sama lain. Bukan Arjuna saja cari masalah dengan Jebat, tapi Jebat pun. Kiranya mereka ini jahat di mata satu sama yang lain.

"Saya bukan tegur awak untuk dapatkan kredit daripada Jebat. Saya tegur sebab kita dah jadi satu keluarga."

Arjuna tersengih mengejek sebelum terus keluar sebaik saja pintu lif terbuka. Kerana kami memang mahu ke aras yang sama, aku juga ikut keluar bersamanya.

"Saya tak pernah tahu langsung yang dalam hospital pun boleh ada ofis macam ini," komen aku sambil mengejar langkah Arjuna.

"Apa yang kau tahu? Kau kan Rapunzel. Kena kurung dalam rumah. Lagipun kalau bukan ofis dekat sini, J.A.R tak akan ada ofis langsung."

"Kenapa?"

"Bajet tak cukup."

Aku terus tertawa mendengar balasan selamba Arjuna itu. Boleh pula dia berlawak sambil berjalan selaju itu. Termengah-mengah aku mahu mengejar langkahnya.

Kakiku terseret sekali gus berhenti mengekori Arjuna saat pintu di sebelah kanan terbuka, sebelum Jebat muncul di situ dan menarik aku masuk ke dalam biliknya.

Terkulat-kulat aku memandang Jebat yang cukup serius dan tajam memandang aku.

"Apasal mengekor dia?" soalnya.

"Dia? Arjuna?"

Jebat senyap.

Maksudnya betullah itu.

"Saya jumpa Arjuna dalam lif tadi. Jadi saya tegur dia suka-suka sebab kami kan dah jadi keluarga."

Kemudian barulah tanganku dilepaskan sebelum Jebat menutup pintu bilik. Dia bergerak ke arah meja kerjanya dan kembali memandang komputer meja.

Sementara itu, aku meletakkan beg tangan, kopi dan roti ke atas meja kopi di sudut bilik.

"Kau kahwin dengan aku, bukan dengan dia."

NOTORIOUS : JEBAT ARRAYANWhere stories live. Discover now