DIA duduk bersimpuh lagak seorang pesalah. Kedua-dua belah jemari tangan dimainkan di atas riba. Takut-takut dia nak pandang dua manusia yang sedang duduk di sofa dengan wajah keruh setelah mendengar permintaannya tadi. Erk, adakah permintaannya untuk berkahwin merupakan satu permintaan yang salah? Benda baik kut!
"Ibu tak izinkan!"
Serentak dengan itu, bahu Adra mengendur. Bibir dicebik memandang wajah Puan Fuzah berselang-seli dengan wajah Encik Hakim.
"Tapi, ibu..."
"Kamu tu masih belajar lagi, Adra! Umur masih terlalu muda! Tak kanlah dah nak menikah?!" memetir suara Puan Fuzah mempersoalkan permintaannya untuk bernikah ketika dia sedang menuntut di universiti. Ditambah lagi dengan usianya yang baru bulan lepas menginjak ke angka dua puluh satu tahun!
"Tapi Adra sayang dia, ibu..."
"Hesy! Geli pula telinga ibu dengar kamu bersayang-sayang. Tak padan dengan kecik!" Puan Fuzah angkat punggung meninggalkan ruang tamu. Rasa nak pitam aje bila anak daranya itu tiba-tiba cakap nak kahwin. Tidaklah dia melarang anaknya itu untuk mendirikan rumah tangga. Tapi masalahnya, anaknya itu belum habis belajar lagi. Umur pun masih mentah. Belum kenal lagi dunia sebenar.
Terlepas keluhan berat dari mulut Adra sambil mata menyoroti langkah Puan Fuzah yang menghilang ke dapur. Wajah bersahaja Encik Hakim dipandang. Tapi, Adra tahu. Lelaki itu pasti sekapal dengan ibunya. Lelaki itu pasti tak izinkan dia untuk berkahwin muda.
"Abah..."
"Kamu tu masih muda, Adra Hanina. Baru dua puluh satu tahun. Takkan awal sangat kamu nak nikah?" lembut suara Encik Hakim. Adra bangkit mengisi ruang kosong di sebelah Encik Hakim. Tangan kasar lelaki itu ditarik dan digenggam.
"Umur bukan penghalang untuk bernikah, abah..."
Ah, pandailah kau tu, Adra!
Kepala Encik Hakim tergeleng-geleng.
"Jangan nak mengarutlah, Adra. Kut iya pun kamu nak nikah, tunggu habis belajar. Tinggal berapa tahun aje lagi nak habiskan degree. Lepastu, kalau kamu nak nikah dengan siapa pun, kamu nikahlah. Abah takkan halang," Encik Hakim menarik tangannya dari pegangan Adra. Panjang muncung Adra. Tapi, tak semudah itu dia akan berputus asa. Dia harus buat supaya kedua orang tuanya itu mengizinkan dia untuk bernikah walau apa jua caranya!
Adra membelit tubuh Encik Hakim dengan tangannya.
"Abah, please... Izinkanlah Adra nikah, abah. Ya, Adra tahu Adra masih muda. Masih belajar. Tapi, Adra bukannya minta benda tak elok. Adra nak nikah. Nikah itu kan benda baik. Abah tahukan yang Adra berkawan dengan dia dah masuk tiga tahun? Abah pun dah kenal famili dia," muncung Adra tak hilang-hilang. Malah, makin panjang pula sampai boleh diikat reben.
Encik Hakim merengus perlahan. Apalah degil sangat anak dara dia yang seorang ini? Tak macam si kakak dan si adik! Yang tengah ini tak habis-habis buat dia pusing. Boleh botak kepalanya sebelum usia. Huh!
"Abah, please... abah..."
Rimas! Mencerun matanya memandang ke arah Adra yang asyik nak peluk-peluk dia dari tadi.
"Kalau betul dia serius, suruh dia datang jumpa abah. Dah la, sakit la kepala abah dibuatnya kamu ni, Adra!" Encik Hakim bangkit menuju ke arah bilik tidurnya. Adra dah tersengih panjang. Adakah ia merupakan jawapan Encik Hakim kepada 'ya'? Ahaks!
"MAMI..."
"No, Aidin! My answer is still no!" bagai bilah pedang yang tajam, Puan Shamina menjeling si anak teruna. Aidin berdecit bagai tikus. Tapi, dia tak beralah. Langkah si ibu diekori lagi sehingga ke laman belakang rumah.
"Mami, please. Aidin nak kahwin dengan Adra!" Aidin merayu-rayu. Puan Shamina labuhkan duduk atas bangku yang letaknya di bawah pondok kecil. Tempat istirehat keluarganya setiap petang. Aidin duduk di hadapan Puan Shamina. Memandang wajah awet muda si ibu dengan penuh pengharapan.
"Mami..."
"You ni dah gila ke, Aidin? Ingat kahwin tu benda yang boleh dibuat main ke? You tu masih lagi belajar. Umur masih muda. Ilmu rumah tangga, kosong! Nak kahwin dengan anak orang, you nak bagi dia makan apa nanti? Pasir? Sudah la, Aidin. Jangan nak bercakap benda mengarut lagi dengan mami. Mami tak akan izinkan you kahwin selagi you tak habis belajar. Kalau you nak juga kahwin, habiskan degree you tu dulu." kata-kata Puan Shamina penuh tekad. Tak akan sewenang-wenangnya dia lepaskan anak sulungnya ini untuk bernikah muda. Duit pun masih dihulur mak bapak. Ada hati mahu kahwin!
"But I love her so much, mami. I love Adra! Dia satu-satunya perempuan yang Aidin cinta,"
"Yes, I know, Aidin. Tapi sedarlah, you tu masih muda. Adra juga masih muda. Tolonglah fikir panjang sebelum you ambil keputusan untuk menikah. Kahwin itu tanggungjawabnya besar. Bukan sekadar nak berseronok aje. You kena fikir ke depan, Aidin. Uruskan studi you dulu sebelum you nak uruskan anak isteri you nanti. Kalau you betul-betul cintakan Adra, suruh dia tunggu you. Kalau dah jodoh, tak ke mana. Lagipun, lagi dua tahun you nak habiskan degree you tu. Sabarlah sikit," Puan Shamina memicit pelipisnya. Aduh, pusingnya kepala dia. Apahal pelik sangat gatal anak teruna dia yang seorang ini?
"Mami, I promise. Aidin akan buat yang terbaik. Aidin boleh manage studi Aidin dan dalam masa yang sama Aidin boleh jaga Adra. Aidin sedar umur kami masih muda tapi, itu bukan satu masalah untuk kami menghalalkan sesuatu hubungan, kan? Ramai aje orang kat luar sana yang nikah muda..."
"Jangan sesekali you samakan diri you dengan dia orang yang kat luar sana. Setiap perjalanan manusia itu tak sama!"
"Mami..." Aidin capai tangan Puan Shamina. Dicium tangan itu berkali-kali.
"Selama dua puluh dua tahun Aidin hidup, pernah tak Aidin merayu sampai macam ni sekali dekat mami? Tak, kan? Kali ini aje, mami. I want to marry her. Aidin tak mahu hilang Adra. Izinkanlah Aidin kahwin dengan dia, mami. Aidin tak minta benda bukan-bukan. Please..." Aidin merayu bagai anak kecil. Tersandar tubuh Puan Shamina pada kerusi. Tangannya dibiar lama digenggam si anak.
Aduh, pening kepala dia macam ni. Dia tahu kalau dia berkeras, Aidin lagi bertambah kerasnya. Anak sulung, kan? Kerasnya lain macam. Lagi-lagi yang lelaki. Kalau itu yang dia mahu, memang itulah yang dia kejarkan sampai dapat. Perangai sebijik bekas suami dia, Encik Basit. Jenis tak mahu kalah.
"Mami?"
"Hesy! Famili Adra macam mana? Mak ayah dia setuju ke?" Puan Shamina menyoal. Serentak dengan itu, Aidin menyeringai sengih. Mata itu bersinar-sinar seronok.
"Mami izinkan Aidin dan Adra nikah? Mami restu ke?!"
"Mami belum bagi kata putus. Bagi mami dengan papa jumpa famili Adra dulu. Kita ni orang melayu. Masih ada adat. Bukan main langgar macam itu aje," tajam Puan Shamina menjeling si Aidin. Aidin bangkit memeluk erat tubuh Puan Shamina. Pipi wanita itu dicium bertalu-talu.
"Alhamdulillah! Thank you, mami! I love you so much! Muach!"
Puan Shamina berdecit rimas sambil menolak wajah Aidin. Tapi Aidin tak makan saman. Makin seronok dia mengucup pipi Puan Shamina sambil mengetatkan lagi pelukan di tubuh itu. Ah, dia terlalu happy!
YOU ARE READING
Falling Again
Roman d'amourAidin Muzaffar & Adra Hanina. Sangka mereka, bila sudah berkahwin, itulah bahagia yang sebenar. Tapi, mereka salah. Berkahwin pada usia yang masih muda dan belum cukup segala benda membuatkan semuanya jadi serba tak kena. Akhirnya, selepas tujuh bul...