PART 2

326 40 2
                                        

Dua bulan Fang terlantar di atas katil manakalah Boboiboy sudah hampir sembuh

"Kapten tak lawat aku ke?" Fang amat berharap dengan abangnya, Kaizo

Selama Fang berada di wad rakannya sahaja melawatnya manakalah kapten Kaizo tidak pernah menjejak kakinya untuk melawat

Fang juga terdengar yang abangnya kerap melawat Boboiboy. Fang sudah biasa dengan perkara itu tetapi tetap ada perasaan kecewa

PASH

Bunyi gelas kaca pecah. Fang terkejut lalu melihat kearah bunyi tersebut.

Dia terus mengeluarkan harimau bayang

Alangkah terkejutnya dia ada power sfera yang dia selamatkan dua bulan nya lepas berada di biliknya.

Belum sempat menghentikan harimaunya, harimau Fang sudah mencakar sfera itu

Sfera tersebut menjadi takut. Dia terus melarikan diri

Fang yang tak sempat bertanya terus mengejar sfera misteri

Dia mencabut tangan di jarum dan beberapa jarum di bahagian badan. Sakit tu memang sakit lebih-lebih lagi dibahagian perut

"Nanti tunggu dulu!" Fang mengejar sekuat yang boleh

Sfera itu jauh meninggalkan Fang

Fang yang tak larat jatuh tepat dihadapan pintu wad Boboiboy
  
                                 ☘️

"Kapten ada lawat Fang ke?" Tanya Boboiboy

"Hmm.." jawab Kapten Kaizo

"Err..kapten tahu kan Fang berharap yang kapten boleh lawat dia" Boboiboy cuba memujuk Kapten

"Tak perlu. Dia boleh jaga sendiri. Aku tiada masa nak jaga dia. Banyak misi yang aku perlu selesaikan selepas ni"

Boboiboy hanya terdiam

"Lagipun dia juga cari masalah, dia sendiri berlari pergi makluk buas tu. Lepas dia sihat nanti aku nak hukum dia cukup-cukup. Luka tu bagi aku belum puas"

Sebenarnya Boboiboy dan Kapten Kaizo tidak tahu ada power sfera di situ. Mereka hanya ternampak Fang seolah-olah menolak angin

"Kap..kapten luka Fang memang terlalu parah kapten lagi parah dari saya. Kapten tak perlu bagi dia hukuman. Kapten ja..janganlah tegas sangat dekat Fang. Fang kan adik Kapten" balas Boboiboy mahu membela Fang

"SEJAK BILA FANG TU ADIK AKU" bentak Kaizo

Boboiboy tergumam

"DIA TU LEMAH. SELALU SAHAJA BUAT MASALAH. PRESTASI DIA SEMAKIN TURUN MENDADAK. AKU TAK PERLUKAN ADIK YANG LEMAH MACAM DIA! TAK BUKAN LAGI PERLU MEMANG TAK PERLU LANGSUNG! MENYUSAHKAN HIDUP AKU JE. KALAU BOLEH WAKTU DIA LAHIR MAHU JE AKU CAMPAK DIA KE ANGKASA!" Marah Kapten Kaizo

Fang yang masih tercegat di luar pintu bilik wad menjatuhkan setitik air mata. Dia tak sangka abangnya berkata begitu. Selama ni usaha nya sia-sia. Walau macam mana pun dia berusaha abangnya tak pernah akui bahkan dari mula lagi membencinya

Fang cuba untuk bangun pergi ke bilik wadnya semula. Fang berjalan tak tentu arah. Luka Fang yang masih belum sembuh itu dipegangnya. Apa lagi teruk adalah lukanya kembali menjadi teruk malah lagi teruk akibat memaksakan diri tadi lari mengejar robot bulat itu. Fang separuh jalan sudah terjatuh.

"FANG!" Jerit Ying

Ying, Shelda dan Sai kebetulan berjalan di hadapan nya. Dengan cepat Sai mengangkat Fang yang sudah muntah darah itu. Sai dan Shelda segera membawa Fang ke wad semula. Ying pulak berlari memanggil dokter

Fang and Fey swap dimensionsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang