PART 4

285 37 7
                                    

Kringg!!

Nobody pov

Bunyi jam lonceng berbunyi. Dia yang sedang enak tidur itu dikejutkan. Dia cuba mencapai jam tersebut untuk berhenti. Dia mengumpulkan segala tenaganya untuk bangun

"Huarggg...pelik benar mimpi aku tadi" dia menggaruk-garuk kepalanya

Dia berdiri mengambil tuala. Sebelum ke bilik mandi dia sedar akan sesuatu

"Kenapa aku rasa macam pendek sikit pulak ni..." Memandang sekeliling biliknya

"Hmmm....perasaan aku je kot" terus ke bilik mandi

Belum sempat membuka pakaian, dia terkejut melihat rupanya di cermin. Dia dengan pantas mendekati cermin tersebut. Menyentuh wajahnya

"Biar betul...aku...aku..."

"ARRGHHH!!!!!" jeritnya sampai terkeluar dari bilik mandi

"FEY KENAPA FEY!" seseorang berlari membuka biliknya

Bola matanya membesar setelah melihat orang itu

Lelaki itu terus menghampiri si gadis

💜

"Fey kau okey tak. Ada yang serang kau ke? Kau tak cederakan" dia menyentuh muka ku dan tanganku. Dia juga meletakkan tangannya di dahi ku"

Mulut aku terkunci melihat riak muka kapten Kaizo seperti risau dengan ku

"Fey, jawab Fey. Kau okey tak" suara kapten Kaizo sangat lembut sambil tersenyum kepada ku

Tanpa aku sedari air mata aku jatuh

Kapten Kaizo terus cuak tengok aku

Aku memeluknya erat dan mula menangis

"F..F..Fey kau kenapa menangis ti.. tiba-tiba. Aku ada buat salah ke?" Muka dia serius rasa bersalah

Aku hanya menggeleng. Dia membalas pelukan ku

"Kalau ada apa-apa yang tak kena bagi tahu aku terus. Aku taknak adik kesayangan aku ni sedih" dia mencubit pipiku

Aku pun apa lagi bertambah kuat lah aku menangis terharu. Dia dah mula gelabah teruk. Dia sedaya upaya tenangkan aku

"Ad...adik cuma nak pe..peluk abang. Adik macam rindu nak peluk abang" aku mendongak keatas memandang mukanya

Mata merahnya telah bersinar-sinar. Macam nak nangis pun ada

"Adik...be..betul ii panggil aku a...a.. abang" dia memegang bahu ku

"Huh tak boleh ke.." aku terkedu ditanyakan soalan macam tu

"Bukan tak boleh tapi...abang dah tunggu saat ni" dia memeluk ku dengan erat sekali

"Huhuhu...dah lama kau tak panggil aku abang. Yang paling last pun waktu umur kau enam tahun itupun kau panggil aku 'abang bodoh tak berakal'..huahh..macam nak buat majlis pulak sempena hari special ni"

"Jadi adik boleh panggil dengan gelaran abang" aku dengan penuh harapan

"Kyaa!"

"Mestilah adik tercinta intan payung permata hati ku oi, kalau boleh setiap hari abang nak kau panggil abang cam tu" dia mencium pipiku beberapa kali

"Terima kasih abang!"

Kami saling berpelukan. Tak pernah aku rasa kebahagiaan ini di dunia aku. Memang kau beruntung Fey sebab dapat abang yang sayang sangat-sangat dekat kau

Aku melepaskan pelukan abangku setelah puas. Aku mencium pipinya lalu berdiri untuk mandi. Sebelum masuk ke bilik mandi aku memandangnya sekilas

Abang aku jelas dah merah padam. Dia mengusap-mengusap pipinya yang diciumku. Senyuman abang ku terukir indah yang aku belum pernah nampak

Fang and Fey swap dimensionsWhere stories live. Discover now