PART 5

239 34 0
                                    

Ouh author lupa
💙= Cerita Fey
💜=Cerita Fang

Kalau love tu  bertindih maksudnya cerita diorang dah berubah

Contoh:

💙
💜
Yang ni love biru Fey yang cerita dulu lepas tu Fang. Dan sebaliknya

Macam tu lah harap korang faham kenapa author letak love tu dekat chapter author sebelum ni

Okey kita sambung chapter ni
.
.
.
.
.
.
.
💙
Pov Kapten Kaizo

Aku mengingati kembali kejadian semalam. Kenapa aku rasa macam bersalah pulak dengan si Pang lepas aku nampak dia menangis. Sepanjang aku latih dia tiada pulak si Pang nak menangis. Melawan jerit-jerit dekat aku tu memang normal lah. Aku pun balas balik jeritan dia

Tapi...

Kenapa..

Aku rasa macam ada yang tak kena..

Teringat sahaja perkataan yang keluar dari mulut aku, kenapa aku rasa sangat bersalah pulak? Kenapa badan aku terasa nak tolong dia

Macam aku ni nak sangat kejar kau tiada masa aku nak buat benda bodoh tu.....

JANGAN DEKAT DENGAN AKU MAKLUK TAK GUNA!...

FANG MEMANG PATUT KAU PERGI..

Aku menumbuk dinding. Aku tak faham langsung ayat terakhir dia.

Pov Kapten Kaizo tamat

"Tak guna kau Kaizo!" Aku menggenggam tanganku erat. Ucapan dia masih terngiang di dalam otak aku

Aku memeluk kaki lalu menangis lagi. Aku tak tahu berapa kali aku menangis

"Kalau macam ni lah kehidupan yang kau jalan Fang aku tak teragak-agak nak bawa kau dekat dimensi aku"

Satu panggilan masuk di jam tanganku

"Fang..." Aku mengelap air mata ku dan terus mengangkat

"Huh Fey kenapa mata kau merah sangat. Kau baru lepas nangis ke" kata Fang yang berada dalam tubuh aku

Aku mengangguk

"Siapa yang buat kau menangis Fey. Bagi tahu aku" kata Fang

"Tiada siapa Fang, cuma aku bangun je dari koma terus sakit otot-otot aku. Itu yang aku tak tahan nak nangis" tipu ku

Wajahnya bertukar sedih

"Maaf Fey. Sepatutnya aku kena sembuh dahulu baru tukar dengan kau. Disebabkan aku kau tanggung sakit aku"

"Tak mengapa Fang. Aku pun dah lama tak sakit macam ni...err amacam ok tak jadi diri aku" aku mula tukar topik

"Best Fey! Semua yang aku bayangkan, memang sesuai dengan keinginan aku. Abang kau layan aku macam adik dia sendiri tak macam abang aku. Untung kau Fey dapat abang sikap macam ni" Fang tersenyum bila menceritakan pengalaman hari pertama dekat sana

"Wah. Gembira nampak"

"Heh mestilah aku gembira. Kasih sayang seorang abang aku dah dapat disebabkan kau Fey. Tapi..." Fang berhenti berbicara

Aku mengangkat kening sebelah

"Abang aku ada buat masalah ke" rungut ku minta kepastian

Fang menggelengkan kepala

"Tak bukan itu maksud aku. Abang kau okey je tapi aku rasa bersalah pulak dekat kau" Fang berkata sayu

"Kenapa pulak nak bersalah" kata ku

"Yelah, abang aku di demensi aku mesti layan kau teruk sangat. Aku takut bila dia marah kau pulak tanggung sakit nya" Fang menundukkan kepala

"Ouh yang tu kau tak perlu risau. Memang hasrat aku nak abang macam ni. Disebabkan abang aku jaga aku ketat sangat sampai aku pun tak boleh buat apa mula lah aku ada keinginan nak abang yang tak peduli pasal aku. Aku nak bebas daripada abang aku" jawab ku

"Pulak, tapi abang aku ni memang tak anggap aku macam adik dia. So dia tak kesah sangat pasal aku" Fang mengembungkan pipi

Comel pulak aku nampak si Fang ni

"Ouh ye aku lupa nak bagi tahu yang aku ada sekolah besok" aku cuba menukar topik

Kali ini Fang pulak angkat kening sebelah

"Sekolah? Maksud kau dekat bumi?"

"Bumi? Sejak bila aku sekolah dekat bumi. Aku sekolah di TAPOPS lah" terang ku

"Kejap TAPOPS ada sekolah ke. Kenapa aku tak tahu" Fang menyoal

"Haih Fang kau lupa dimensi kita ni berbeza. Memang wujud sekolah TAPOPS ni dekat sana" aku menepuk dahi

"Ouh" Fang mengangguk

"Okey aku akan pergi besok. Kelas apa kau masuk"

" Kelas 5. Hati ii Fang bila dekat sekolah nanti" aku memberi amaran

"Hati ii untuk apa?"

"Hati ii dengan pembuli. Jangan sampai kau terjebak dengan mereka. Aku nak kau jaga diri elok-elok. Aku taknak kau terluka Fang" nada aku sayu

"Kau kena buli? Biar betul! Kau tak bagi tahu abang kau"  tanya Fang

Aku menggeleng

"Nanti aku menyusahkan abang aku pulak. Lagi satu aku pernah lapor dekat abang aku habis satu sekolah kecoh. Banyak murid ii hampir mati sebab dia. Disebabkan peristiwa itulah orang sekeliling aku benci aku sampailah aku pindah sekolah yang kau nak pergi besok tu. Diorang tak tahu pasal abang aku" aku memandang kebawah

"Jangan risau aku tak bagi tahu abang kau pasal benda ni. Aku akan jaga badan ni elok-elok" Fang tersenyum

"Terima kasih Fang" aku buat ii senyum

"Okeylah sampai sini saja. Kalau ada apa-apa call aku. Kalau nak luah kan perasaan kau call aku" Fang melambai kearah ku

"Baik Fang" aku balas lambaian

"Bye Fey" Fang menutup panggilan

Setalah itu aku merebahkan kembali badan ku atas katil

Kesedihan aku tadi terus lenyap

Fang and Fey swap dimensionsWhere stories live. Discover now