PART 15

195 17 4
                                    

"mestilah aku ni anak tunggal" ucap Kaizo dingin. Sai hanya memandang kehairanan

"..tapi rupa kau berdua sama.." Sai cuba menafikan perkataan Kaizo

Kaizo mengeluh kesal "kebetulan" dia menyilangkan kedua tangan lalu bersandar pada kerusi

"Iyee ke..?"

Kaizo memandang tajam kearah Sai sementara Sai menyaksikan perlawanan antara Fang dan Dahlion
"Aku ingatkan Fey tu adik kau.." Dia memandang papan sorakan(author dah lupa nama benda tu) "Habistu papan yang sebelah bawah kaki kau tu nak sokong siapa? Nama Fey ada pulak dalam tu" Kecurigaan Sai semakin menjadi-jadi

Kaizo sedikit tersentak namun masih kelihatan tenang "bukan milik aku". Di menyepak sedikit papan itu kebelakang. Cover cover sikit gayanya

Sai menyengetkan kepala
"...Habistu asal kau pegang tadi?"

Kaizo mengeluh kesal "Kau ni asyik tanya aku ni dah kenapa?! Papan ni bukan aku punya tapi-" dia berfikir sepantas kilat "kawan aku...Kassim. Dia suruh aku bagi sorakan untuk adik dia si Fey tu" keluh
"Sudah, aku taknak dengar soalan kau!"
Dia memandang ke arah arena dengan tatapan tajam

Sai hanya mendiamkan diri
*Sigh*
"Apa-apa kau lah Kapten"
Dia menyilang kedua tangan lalu bersandar pada kerusi

..

TANG TANG!

"NAMPAKNYA KEDUA-DUA PIHAK MASIH LAGI BERTAHAN! ADAKAH PUSING INI AKAN MENJADI SERI?! MARI KITA SAKSIKAN!"

Fang dan Dahlion berlaga dengan pedang mereka. Kelajuan mereka memang susah dijangka. Dahlion berhasil menumbuk muka Fang manakalah Fang berhasil menendang Dahlion ketepi

"Liat juga perempuan ni" kata Dahlion geram

Fang menghiraukan kata-kata dia. Dia terus maju kehadapan untuk menyerang lagi dan lagi. Bunyi hentakan dan seretan pedang masih lagi jelas didengari

Dahlion semakin lama semakin geram apabila serangannya berjaya ditepis begitu juga dengan Fang

"Menyerah sahaja, Fey!"

Mata Fang memandang tajam ke arah mata Dahlion. Tidak terjentik sedikit pun untuk mengalah

Mereka berlawan habis-habisan. Kaizo hanya memandang dari jauh memerhati pergerakan Fang

"Dengan siapa dia berguru main pedang..? Aku tak pernah ajar pun.." Bisik Kaizo dalam hati

"MASA TINGGAL SEPULUH MINIT SAHAJA LAGI!!"

Tumpuan Fang terganggu seketika
"Apa?!"

Dahlion mengambil kesempatan untuk menendang bahu Fang sehingga terjatuh

Fang jatuh ketanah namun dia sempat bangun kembali
"Aku tak boleh lengah. Pergerakan makin lambat!"

Dahlion melompat kebelakang
"Aku akan menang di pusingan ini, Fey" katanya sambil mengukir senyuman sinis

Fang berasa marah lalu dia membetulkan posisi
"Jangan yakin sangat. Aku yang akan menang pusingan in-" Dia tiba-tiba berasa kebas pada bahu kirinya. Sakitnya seperti disengat sesuatu. Dahlion tergelak kecil melihat reaksi Fang

"Hah sambunglah ayat kau ,Fey. Aku nak dengar" senyum sinis

Amarah Fang semakin menjadi-jadi sebaik sahaja melihat muka angkuh Dahlion. Dia juga mula berasa curiga. Macam ada sesuatu muslihat yang telah Dahlion permainkan kepadanya. Mungkin sesuatu yang telah dilarang dalam permainan...tapi apa? Racun! Fang menyentuh bahu yang sakit kerana racun tersebut mula merebak pada seluruh lengan bahagian kiri. Selang beberapa saat racun itu merebak pada mata pula

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Fang and Fey swap dimensionsWhere stories live. Discover now