.
.
.
"Ini ke versi aku nak tukar tu?" Fang melihatnya dari bawa ke atas"Kenapa kau tak suka ke?" Versi nya mengangkat kening sebelah
"Tak cuma..kau ni..." Fang memegang rambut versi lagi satu
"Eh eh..apa ni" terkejut dengan si Fang
"Panjang giler rambut kau. Tak pernah potong?. Macam perempuan pun ada" masih menyentuh rambut itu
"Hmm.." versinya mengembungkan pipi
"Dan..." Sambung Fang lagi
Muka Fang beberapa inci lagi nak dekat dengan muka si dia. Versinya blush dengan tindakan Fang
"Macam gemuk" selambah Fang cakap
Terkeduh versi itu dibuatnya sakit tu tak payah cakaplah
Versi Fang marah. Dia menepis tangan Fang lalu menendang Fang jauh terpelanting
Fang jatuh tergolek. Versi Fang berjalan semakin dekat dengan aura bayang yang menakutkan
"Berani kau kata aku GEMUK!!" Dia menarik colar Fang
Fang sudah ketakutan
"Penat aku kurus kan badan dan kekal langsing ni kau kata GEMUK. KAU NI MEMANG NAK KENA HEMPUK DENGAN AKU"
"O..oi tenanglah. Takkan kau nak pukul diri kau pu..pulak. Yelah ii aku minta maaf panggil kau gemuk" Fang memejamkan mata
Niat nak tumbuk Fang dihentikan oleh Cerminbot
"Cukup. Jangan gaduh lagi. Kalau Fang ni mati disebabkan kau. Kau tak boleh balik ke dunia asal kau!"
Dia menatap Fang lama lalu melepaskan colar baju Fang. Fang mengambil nafas lega
"Ceh, tahu pun ini diri sendiri so maksudnya kau pun gemuklah kan sebab mengata dekat aku" dia ketawa kecil
Satu tembakan tertusuk di hati Fang. Sakit tak berdarah
"Ma..maaf pasal tadi" Fang menundukkan kepala
Versi Fang tersenyum. Dia menghulurkan tangan ke Fang. Fang dongak ke atas
"Dah berdiri sekarang"
Fang memegang tangannya. Versi Fang menarik Fang sehingga berdiri
"Dengan soalan kau tanya tadi. Kenapa aku tak potong rambut dan nampak macam perempuan,memang aku perempuan pun" dia tersengih
"Eh..EEEHHH!!!" Fang terkejut dengan penjelasannya
"Ish jangan jeritlah. Aku nampak kau pun taklah terjerit-jerit. Kau tak suka versi aku ke?" Marahnya tetapi tidak menjerit
"Tak aku bukan tak suka versi aku sendiri cuma.."
"Cuma" versi Fang menunggu jawapan
"Lawa siot aku kalau jadi perempuan. Lagi cantik dari Ying. Boleh tahan juga penampilan kau" puji Fang
Disangkakan tadi nak mengutuk rupanya dipuji. Muka nya habis merah padam
"Te..terima kasih...kau pun boleh tahan hensem juga. Tak sangka versi aku lagi hensem dan Yin" Kalau boleh nak je dia menjerit sebab dipuji begitu
"Kejap aku lupa nak tanya nama kau. Nama aku Fang. Dan kalau nak tahu aku lah paling popular" Fang mengembangkan hidung kerana bangga
"Aku pula Fey dan...aku taklah popular sangat"
"Eh!!? Muka kau yang lawa ni tak popular. Biar betul" kerut Fang
Fey mengangguk
"Aku dah dengar penerangan dari Cerminbot yang kau nak tukar dimensi dengan aku. Tapi kenapa kau minta macam tu" Fey dengan rasa ingin tahu
...
"Aku..aku sebenarnya..." Tanpa sedar air mata Fang jatuh
Fey yang melihat terkejut. Dia memberikan sapu tangan kepada Fang
Belum sempat Fang bercerita imej kehidupan Fang terpapar secara tiba-tiba
Peristiwa enam bulan yang lalu dimainkan. Mungkin Fang mengingat kembali peristiwa itu menyebabkan imej yang terpapar ada di ingatannya. Yelah diorang ada di dalam minda Fang sekarang ni
Fey yang melihat berasa amat marah dengan sikap Kaizo di dimensi Fang. Walaupun dia tidak hidup dalam alam tu, tetap dia boleh rasa perit dan kesakitan Fang tertusuk di hati Fey
Imbasan enam bulan itu telah berhenti. Fang mengingat kesemua kembali jatuh melutut tanah. Fey sempat menyambut nya. Fang mula menangis sekuat hatinya
"Kenapa abang aku tak kisah pasal aku... Aku ni adik dia tapi kenapa dia tak akui...aku nak juga merasai kasih sayang abang ku sendiri...aku nak rasai kasih sayang itu " sambil Fang menangis
Fey tidak dapat mengungkap nya dengan kata-kata. Dia juga sedih mengetahui kisah Fang
Fey segera memeluk Fang. Fang membalas pelukan itu
"Lemah sangat ke aku Fey. Aku dah cuba sedaya upaya jadi kuat tapi sia-sia. Abang aku sudah lama bencikan aku dari kecil...aku ni memang tak berguna ke Fey.....dengan orang lain dia okey pulak lagi ii si Boboiboy tu...Aku nampak je diorang berdua memang rapat macam adik beradik sebenar ..kenapa aku yang adik ni tak dapat langsung...."
Fang menangis lebih kuat. Fey hanya menepuk-nepuk belakang Fang dan mengusap kepala Fang lembut
"Aku jadi kau pun memang akan sama apa yang kau rasa. Pergilah ke dimensi aku. Abang kita kat sana baik dari si poyoh tak sedar diri tu. Kau puaskanlah diri kau kat sana. Aku akan gantikan tempat kau" Fey tersenyum sambil mengangkat muka Fang
Tangisan Fang mula redah. Kalau bukan disebabkan Fey memang dia akan pendam perasaan sakit hati ni sampai bila-bila
Fang mengelap air mata
"Terima kasih Fey..sebab tolong aku tapi kau jangan risau aku akan balik juga ke dimensi asal aku" Fang mula memasang wajah gembira
Fey tersenyum
"Korang berdua sudah bersedia tukar tempat?" Tanya Cerminbot yang asyik dari tadi mendiamkan diri. Bersalah juga dia nak potong perbicaraan diorang berdua
"Sudah. Aku dah sedia" kata Fang dan Fey serentak
"Baiklah. Sebelum tu aku nak bagi satu alat komunikasi lintas dimensi. Senang nanti nak call"
Cerminbot memancarkan cahaya kecil ke jam mereka
"Ingat. Korang tidak boleh lama di sana. Kena balik kalau tak habis kacau dimensi korang nanti. Sekurang-kurangnya tidak lebih dari lima tahun. Korang faham"
Dua-dua mengangguk
"Tapi macam mana dengan kau Cerminbot?"tanya Fang
"Jangan risau aku sentiasa berada di dalam jam korang. Baiklah sekarang masanya korang bertukar tempat"
Badan Fang dan Fey bercahaya. Badan Fang bercahaya berwarna ungu manakala Fey berwarna biru
"Jaga diri kau baik ii Fey" kata Fang
"Kau pun sama Fang" balas Fey
Fang sempat cium tangan kanan Fey sebelum lesap. Muka Fey bertambah merah
Kini Fey dan Fang telah berjaya bertukar badan
YOU ARE READING
Fang and Fey swap dimensions
Adventure"Aku nak pergi ke dimensi yang ada versi abang aku penyayang, selalu jaga aku dan yang boleh bahagiakan aku" jawab Fang dengan nada yang sayu Cerminbot mengangguk. Dia sudah agak Fang akan meminta seperti itu "Baiklah aku akan tunaikan permintaan ka...