PART 11

168 26 0
                                    

💜

Tiga hari sudah berlalu. Kini acara seterusnya akan dimulakan. Fang bangun lebih awal daripada biasanya semata-mata untuk memanaskan badan. Dia perlu pastikan badannya telah bersedia menghadapi pertandingan itu nanti

"149...150...hah" Fang perlahankan-lahan bangun selepas selesai tekan tubi sebanyak 150 kali kemudian merenggangkan kaki

"Fey...kau pasti?" Tanya Kaizo

Fang melemparkan senyuman dan '👍'
"Aku kuatlah bang. Tengok otot aku" menunjukkan otot tangan...Fang kau tahu kan kau berada dalam badan Fey

Kaizo ketawa kecil melihat otot Fey yang tak timbul-timbul
"Macam-macam kau enn. Sekilas pandang sikap kau kadang serupa lelaki" menepuk-nepuk bahu Fang sambil ketawa

Fang meneguk air liur kemudian ketawa bersama

"Janji dengan abang adik tak cedera teruk" Kaizo menghulurkan jari kanan kelingking. Badannya menunduk sedikit supaya menyamai ketinggian Fang

"Abang pun kena janji yang abang tak masuk campur waktu perlawanan nanti" menghulurkan jari kiri kelingking. Fang sebenarnya tidak mahu Kaizo melihat perlawanan itu nanti takut Kaizo masuk campur. Tapi selepas diyakinkan oleh Boboiboy dan kawan-kawan barulah Fang memberitahu Kaizo. Hati dia masih takut memikirkan-

Jari kelingking Kaizo merangkul jari kelingking Fang

"Okey abang janji"

Matahari baru sahaja terbit. Cahaya pagi perlahan-lahan menyinari muka Kaizo. Fang berasa tenang apabila melihat abangnya memberikan senyuman manis untuk nya

Fang cuba memenangkan diri "okey. Aku ambil perjanjian kau dengan syarat"

...

"PERLAWANAN PUSINGAN KEDUA AKAN DIMULAKAN SEBENTAR LAGI. HARI INI KUMPULAN YANG AKAN BERTANDING ADALAH SERAMAI 20 DARIPADA 164 KUMPULAN. SEBELUM KITA MULA MARI KITA LIHAT STATUS TERKINI KUMPULAN YANG MASIH AKTIF"

Terpapar kumpulan yang berjaya melepasi pusingan pertama

"Fuh nasib baik sempat" Yahya berasa lega melihat gambar kumpulan mereka terpapar

Joyah pukul bahu Yin "memang terbaik kumpulan aku"

"BAIKLAH PARA PELAJAR SEKALIAN PERLAWANAN AKAN BERMULA LIMA MINIT LAGI. JADI UNTUK MENGISI MASA YANG SINGKAT INI SAYA AKAN TERANGKAN PERATURAN PERMAINAN. JENIS PERMAINAN KALI INI ADALAH MELAWAN KUMPULAN LAIN SECARA SOLO"

"Secara solo" Kata Yahya dan Fang serentak

"WALAUPUN SECARA SOLO TINDAKAN KAMU JUGA AKAN DIKIRA SEBAGAI KUMPULAN. JADI PANDAI-PANDAI KAMU LAH COVER MARKAH KUMPULAN KAMU"

Semua kumpulan yang terselamat telah diteleport di atas pentas

"Aha AHLI SETIAP KUMPULAN MEMPUNYAI LAMI ORANG KAN"

Para peserta mengangguk serentak

"SETIAP SEORANG DARIPADA KUMPULAN KAMU AKAN MELAWAN SALAH SEORANG KUMPULAN LAIN. SETIAP PEMENANG AKAN DIBERI SATU POIN BERMAKSUD SESIAPA KUMPULAN NYA MENDAPAT BANYAK POIN AKAN MASUK KEPERINGKAT KETIGA"

Fang and Fey swap dimensionsWhere stories live. Discover now