PART 10

180 29 3
                                    

"FEY!" teriak mereka berempat. Mereka lari kearah ku. Boboiboy dan Gopal a.k.a Joyah memeluk ku

"Aku ingat kau dah mati tadi" kata Joyah

"Heh setakat jatuh dari jurang apalah sangat. Aku Fan.. Fey lah!" Sikit lagi

"Bodoh" marah Yin yang sudah menatap ku tajam. Boboiboy dan Joyah segera melepaskan ku

"Kami semua risau kan kau tahu tak!" Jerit Yin

Aku diam. Yin pergi kearah ku. Aku ingat dia nak tumbuk aku macam Ying selalu buat rupanya

".....Baguslah kau selamat" dia memeluk ku

"EH!" Aku ingin melepaskan diri namun dia peluk aku lebih erat

"....Maafkan aku"  kata Yin

Kenapa?

"Aku pun nak minta maaf " kata Yahya

"Kalau aku sedar dari awal kita dah masuk zon hutan ilusi...kau takkan jatuh macam tadi" kata Yin

Yahya mengangguk "kami nak selamatkan kau tapi...kami semua tak sedar...telah terjerat dalam dahan berduri"

"Haih sudahlah tu. Benda lepas buat apa" kata ku

Akhirnya Yin lepaskan aku"tapi..."

Aku pegang lembut tangan Yin "korang dah risaukan aku cukup buatkan aku lega. Lagi satu" membuka tali ikatan

"Walaupun tak secerah seperti di kemuncak gunung... sekurang-kurangnya ada lah juga kan" memberikan bunga tersebut kepada Yin

"Ini..." Kata Boboiboy

"Bunga Lili ais!" kata mereka serentak

Joyah menepuk belakang ku "tak sia-sia kau jatuh tadi Fey" sengih nya

"Joyah" Boboiboy, Yahya dan Yin berkata serentak

"Apa?" Tanya Joyah bingung

Aku mematahkan sebatang bunga tersebut

"Nah ni buat kau" aku berikan bunga Lili ais kepada Haizqil

"Eh kau..SEJAK BILA KAU KAT SINI!" Herdik Yin

"Fey kenapa bagi dia!" Tanya Joyah. Marah

"Biarlah. Berkongsi tu kan bagus" kata ku tenang

"Kenapa... kenapa tolong aku..." Tanya Haizqil dalam kebingungan

Aku menggaruk kepala. "Entah. Aku pun tak faham. Ambiklah. Aku rasa tak sempat kau nak kemuncak gunung. Lagi satu tempat tu banyak jurang. Aku takut kau jatuh macam aku tadi"

Dia diam. Aku menarik tangannya lalu memberikan bunga tersebut

"Ambik kalau tak aku akan patahkan tulang kau" ugut ku

Muka Haizqil jadi pucat. Dia mengangguk laju. HAHAHA

"jumpa lagi" kata ku ringkas

Fang and Fey swap dimensionsWhere stories live. Discover now