Bab 2:Situasi tak terduga

2.3K 17 8
                                    

"Thanks uncle,"kata Rubin lalu membongkok sedikit sebelum menutup pintu kereta Tuan Drex.

"Jangan lupa malam ni ya Binbin.Datang rumah uncle kita makan sama-sama,nanti pemandu uncle datang ambil,"ingat Tuan Drex kepada Rubin.

"Baiklah uncle,"

Maka dengan itu,berlalulah kereta Tuan Drex dari perkarangan rumah Rubin.

Apabila pintu rumahnya dibuka,kelihatan abang tirinya sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen.

Dia terkejut melihat kedatangan Rubin.

"Bin,"panggilnya dengan senyuman.

"Eh,abang!"Rubin mendapatkan abang tirinya itu lalu memeluk erat tubuhnya.

"Bila abang balik?"soal Rubin yang masih memeluk tubuh Qrfan.

"Pukul 8 pagi tadi,"jawabnya lembut.

"Emm,yang kau peluk lama-lama Qrfan tu dah kenapa?Cepat pergi masak,dah nak kebulur saya dalam rumah ni,"suara ayah tirinya menyebabkan Rubin meleraikan pelukannya.

"Baik ayah,"katanya lalu bergegas kearah dapur.

Qrfan turut menyertainya didalam dapur.

15 minit kemudian,mereka berdua mula menghidangkan makanan yang sudah siap dimasak.

Sup ayam lobak putih,bebola ikan goreng,sayur kangkung dan buah tembikai susu yang sudah dipotong kecil-kecil sesuai dengan saiz ukuran mulut.

"Ayah,jom makan!"panggil Qrfan lalu duduk berhadapan dengan Rubin.

Rubin mengisi nasi ke pinggan ayah tirinya diikuti pinggan abangnya serta terakhir dirinya.

Sedang enak mereka menjamah makanan yang terhidang,ayah tiri Rubin bersuara.

"Kau ikut siapa tadi pagi?"soalnya ingin tahu.

"Ayah kawan saya ayah,"jawab Rubin pendek.

"Emm,"

Lelaki dalam lingkungan umur 30-an itu dicuri pandang wajahnya oleh Rubin.

Rubin ingat lagi semasa dia berumur 12 tahun, arwah ibunya telah bercerai dengan ayah kandungnya dan berkahwin dengan ayah tirinya.Menurut cerita,ayah tirinya kahwin awal dahulu semasa berumur 19 tahun dengan seorang gadis kacukan cina dan India.Namun, isterinya itu lari bersama lelaki lain kerana tidak tahan dengan tabiat ayah tirinya yang suka memukul dirinya ketika dalam keadaan mabuk.Sejujurnya, Rubin sering juga melihat ibunya dipukul oleh ayah tirinya ketika dalam keadaan mabuk namun namanya budak belum matang,dia hanya mendiamkan diri dan menganggap bahawa itu perkara biasa.Akhirnya,ibu Rubin meninggal kerana mengalami keretakan tulang belakang dengan kepala yang amat serius.Dia tidak mendapatkan rawatan dengan kerana tidak ingin suaminya itu disoal-siasat oleh pihak polis.(Pepahamlah kan,boleh dikatakan kes dera..kang dipenjarakan suaminya tu tak ke dikatakan isteri durhaka😌)

"Kau termenung kenapa?"suara ayah tiri Rubin membawa dirinya kembali ke alam nyata.

"Ta..tak ada apa-apa ayah,"jawab Rubin.

"Malam ni ada orang datang rumah,kau duduk diam-diam dalam bilik.Apa-apa bunyi yang kau dengar buat bodoh sahaja.Faham?"soalnya inginkan kepastian.

"Ayah,malam ni boleh tak saya makan malam di rumah kawan saya?"Rubin memberanikan dirinya untuk bersuara mengenai jemputan Tuan Drex untuk makan malam dirumahnya.

"Pukul berapa?"

"Pukul 9 malam ayah,"

Ayah tiri Rubin yang bernama Qibal itu mendiamkan diri seketika.

Santapan Malam Mr.GayWhere stories live. Discover now