Bab 14:Hai kawan lama!

434 8 7
                                    

Part ni harap korang fahamlah erkk..saya rasa macam berputar-belit ayat dia...(sebab tengah tak cukup tangan nak potong sayur(tau-taulah kalau ada majlis tuu)...saya pulak dijemput tolong buat kerja..)🤣sambil buat kerja tu menaiplah saya😌cian kan🥺🥺🤧tiberrrrr...

( ╹▽╹ )( ╹▽╹ )( ╹▽╹ )( ╹▽╹ )( ╹▽╹ )( ╹▽╹ )

Rubin melangkah perlahan sambil memandang pintu bilik Arion.

Dia tidak mahu Arion sedar tentang keberadaannya disana.
Beg sandang yang dipegangnya, diletakkan pada bahu perlahan.

Dia melangkah dengan berhati-hati.

Lagaknya seperti seorang pencuri.

Apabila dia sudah hampir pada pintu utama apartment Arion,dia melajukan langkahnya dan membuka pintu perlahan.

Seperlahan yang boleh.

Dia terus pecut sebaik sahaja berjaya keluar dari apartment Arion.

Rubin melarikan diri!

"Sesuka hati kau buat saya macam tu.Ingat saya ni apa?Yes!... saya boleh dikatakan BENCONG sudah tapi saya juga ada hati dan perasaan!Ingat tubuh bitch ka ni?"bebelnya dalam hati sambil berlari anak mendekati lif.

Lif terbuka.

Rubin menekan butang nombor 1.

2 minit macam tu dia sudah berada di lantai paling bawah apartment Arion.

Rupa-rupanya apartment Arion berada ditingkat 15.

Dia memakai hood dan berlalu pergi memalam buta itu.

Kemana?

Dia sendiri pun tidak tahu.

Yang penting sekarang dia jauh daripada Arion dan Tuan Drex.

(✷‿✷)(✷‿✷)(✷‿✷)(✷‿✷)(✷‿✷)(✷‿✷)(✷‿✷)

Selepas 1 jam Rubin larikan diri...

"Cute,buka pintu sayang,"pintu bilik Rubin diketuk perlahan.

Tidak bersahut.

Tembol pintu dipulas.

Tidak berkunci.

"Cute saya masuk erkk.."

Kelihatan ruangan tersebut gelap tidak bercahaya.

Suis lampu dihidupkan dan kelihatan ruangan yang kosong dan tersusun kemas.

"Cute?" Arion mencari Rubin dalam bilik mandi.

Kosong.

"Cute?!"panggil Arion lagi.Kali ini nadanya sedikit meninggi.

Tidak berbalas.

Dia menghubungi nombor baru Rubin tapi malang sekali apabila panggilan daripadanya tidak dapat disambungkan kerana Rubin mematikan telefon pintarnya.

Dia menghubungi Roy.

"Wei..kau dekat mana sekarang?"

"Macam biasa bos,saya dekat kedai mamak,"balas Roy dihujung talian.

"Kau dan Sin bawak beberapa orang budak cari dia!"

"Dia siapa bos?"

"Anak si Qibal yang dia bagi sebagai pembayaran hutang tu,"

"Oh..budak bebeh tu,"

"Kalau dapat terus bawa kepada saya.Jangan apa-apakan dia kalau tak kepala korang tak berbadan!"

"Okey..bos.Sekarang juga saya bawak budak cari dia,"

Santapan Malam Mr.GayWhere stories live. Discover now