Bab 12:Remuk

502 7 6
                                    

"Kamu semua ni makan gaji buta ke ha?!"Tuan Drex mengacukan pistolnya pada kepala salah satu orang suruhan lalu ditarik picunya.

Tubuh itu jatuh tidak bernyawa.

"Susah sangat ke kerja yang saya bagi ni?Cuma carikan mereka bertiga!Saya bukannya minta kau orang pergi cari lubuk syaitan!"

Bang!Bang!Bang!

Tiga das tembakan dikeluarkan dan satu persatu peluru yang keluar hinggap dikepala orang-orangnya.

"Arghhhh!!!!" Tuan Drex berteriak marah.

Ain, Allica dan Rubin masih belum dijumpai.

Logikkah jika Ain dan Allica hilang lama kerana mereka berdua pernah diajarkan oleh Tuan Drex untuk mencari tempat persembunyian yang sukar untuk dijumpai...tapi Rubin?

Hilangnya tak tahu dimana.

Macam-macam cara sudah dilakukan untuk menjejaki mereka bertiga.

Digodam telefon pintar,dicari menggunakan CCTV dunia namun tidak berjumpa.

Fail-fail dihadapannya ditolak kasar hingga jatuh diatas lantai.

"Bos,kami dah jumpa keberadaan Cik Ain," Furan yang mana merupakan orang kepercayaan Tuan Drex datang memaklumkan berita tersebut.

"Arahkan orang untuk bawak dia kat sini sekarang!"arah Tuan Drex yang masih panas.

"Baik bos,"Furan ingin mengundurkan diri namun ditahan oleh Tuan Drex.

"Emm..Furan hantarkan beberapa orang bawak mayat-mayat ni keluar daripada bilik saya,"

"Baiklah bos.Nanti saya arahkan beberapa budak angkat mayat-mayat tu..."maka Furan pun keluarlah untuk melaksanakan tugasan yang Tuan Drex beri.

Tidak lama kemudian,muncul Ain yang sudah diikat tangannya dibawa masuk kedalam ruangan Tuan Drex dalam markas mereka.

Ain meronta-ronta.

"Mana kau orang jumpa dia ni?"soal Tuan Drex ingin tahu.

"Kami dapat kesan telefon pintar Cik Ain bos.Dia ada hidupkan sekali dan kami jumpa Cik Ain dekat sebuah banglo dua tingkat disebuah kampung yang agak terpencil sebelah Kuantan,"jawab seorang lelaki yang sedang memegang bahu Ain.

"Dah..lepaskan tali pada tangan dia dan kau orang boleh keluar,"

"Baik bos,"

Tali dilepaskan dan lelaki tersebut keluar bersama beberapa orang sahabatnya.

Ain berdiri dihadapan Tuan Drex.

"Dah puas sembunyi?"soal Tuan Drex kepada Ain.

"Belum puas!"jawab Ain dengan nada kasar.

Hatinya terasa sakit.

"Kenapa kamu pergi Ain?Kamu buatkan papa risau dan tertekan..."

Kepala Ain dibelai lembut.

"Lepaskan tangan kau tu!Saya benci kau!"

Tuan Drex yang menarik rambut Ain kuat hingga kepalanya terdongak memandang siling.

"Ain tau tak sebab Ain,dia tinggalkan papa?!Abang Binbin tinggalkan papa!Dia dah pergi!"

"Padan dengan muka kau!Betul kata orang,jika merampas kebahagiaan orang lain,hidup tak akan pernah bahagia!"Sinis bicara Ain.

Rambutnya ditarik lagi kuat.

"Ahh!"jeritnya kesakitan.

"Papa sayang Ain walaupun Ain tidak sedarah dengan papa..tapi kenapa buat papa macam ni?"soal Drex.

Santapan Malam Mr.GayWhere stories live. Discover now