Bab 11:Sahabat

518 6 8
                                    

Mata Rubin terbuka perlahan.

Terasa seluruh tubuhnya berat dan sakit.

"Cute,awak dah bangun?"suara seseorang bertanya lembut.

Rubin menggerakkan bebola matanya mencari arah suara tersebut.

"Cute?"panggilnya.

Muncul wajah Arion tersenyum manis melihatnya.

Rubin kaget.

Dia hendak bangun tapi dihalang oleh Arion.

"Jangan!Cute jangan bangun,tubuh Cute lemah lagi ni.Please..saya tak akan apa-apa kan Cute.Saya janji,"

Apabila mendengar Arion berkata demikian,Rubin berbaring semula.

"Saya kat mana?"soal Rubin namun suaranya tidak kedengaran.Dia seperti berbisik.

"Cute kat apartment saya,"jawab Arion lembut.

Tuala basah yang dia sudah perah diletakkan pada dahi Rubin.

Rubin memandang wajah Arion.

Wajah itu kelihatan tenang, ketenangan pada wajah itu mengingatkan dia pada Tuan Drex.

Dia menangis.

"Cute,kenapa menangis ni sayang?Saya ada buat salah?"soal Arion risau.

"Tak..awak tak buat salah cuma awak ingatkan saya pada seseorang,"jawab jujur Rubin.

"Drex Dragon?"

Membesar mata Rubin apabila Arion menyebut nama tersebut.

"Mesti Cute tertanya-tanyakan macam mana saya tahu?Saya sendiri siasat apa yang terjadi dekat Cute,sorrylah kalau Cute rasa saya macam menyibuk urusan peribadi Cute.Saya tak ada niat.."Arion bersuara bersalah.

Rubin tersenyum.

"Tak apa,saya tak salahkan awak.."masih dengan nada berbisik Rubin tidak mengambil hati dengan perbuatan Arion.

"Cute nak makan apa-apa tak?Saya masakkan,"tawar Arion.

"Saya tak lapar..."

"Tipu,Cute tau tak yang Cute tidur lima hari tanpa makan?Perut tu mesti lapar.Cakap sahaja,saya masakkan,"

Arion memujuk Rubin.

"Lima hari?"

"Ya,Cute dah tidur selama lima hari dan saya yang jaga awak..."

"Abang dan ayah saya dekat mana?"

"Oh..dua orang tu?Tak payahlah kau nak ambil tahu lagi pasal mereka sebabnya mereka dah bagi Cute dekat saya,"

"Huh?!"Rubin terkejut mendengar kata-kata Arion.

"Yupss..mereka dah bagi Cute pada saya untuk langsaikan hutang yang tertunggak,"

"Mesti Cute tak percaya kan?Jap..saya call mereka berdua,"

Telefon pintarnya yang dia letakkan pada pahanya diambil dan nombor Qibal didail.

*Tut..tut..tut..tut..*

"Hello,Arion?Apa kau nak lagi?Kan sudah janji kita tak ada apa-apa lagi selepas saya berikan budak tu pada kau,"kasar sahaja bicara Qibal dihujung talian.

"Tak adalah,anak kau tak percaya yang kau beri dia dekat saya.."jawab Arion dengan nada yang bersahaja.

"Mana dia?Bagi phone ni dekat dia,"

Arion mendekatkan telefon pada telinga Rubin.

"Hello,Rubin..engko tak payah lagi sesusah balik erkk.Saya dah bagi kau dekat Arion, pepandilah kau hidup lepas ni,"Qibal berkata seperti tidak bersalah terhadap perbuatannya.

Santapan Malam Mr.GayWhere stories live. Discover now