Bab 22: Behind The Mask 2!

408 6 2
                                    

Tuan Drex memeriksa satu persatu bilik yang terdapat ditingkat 10 namun tidak juga menjumpai Rubin ataupun mangsa yang lain.

Ya..dia memeriksa kembali tingkat yang kumpulan Arion mulakan pencarian tadi.

Dia mulai berang.

Pintu bilik ditutup kuat.

"Mana kau sayang!"Jeritannya marah.

Kelihatan luka-luka pada tangan dan wajahnya.

Dia seorang sahaja yang selamat daripada perangkap Al yang berada ditingkat 2 dan 3.

Orang-orangnya sudah tumpas satu persatu.

Tuan Drex duduk bersandarkan dinding.

Dia menghembuskan nafas kasar.

Wajah Rubin terbayang diruang matanya.

"Mana awak?"soalnya pada diri sendiri.

Dia memandang keadaan sekeliling.

Aman.

Tapi tidak siapa tahu,sepanjang tingkat dan keadaan dalam setiap bilik disana terdapat banyak perangkap yang Al telah hidupkan dan tidak kelihatan.

Perangkap halimunan.

Jika hendak dijelaskan jenis-jenis dan nama-nama perangkap yang Al hidupkan memang tidak cukup sehari.

(Kesian author tidak dapat membuta.🤣🤧)

Telefon pintarnya bergetar.

Panggilan tersebut daripada Ain.

"Hello,sayang?"

"Pa.."

Suara Ain seperti menahan kesakitan diikuti esakkan kecil.

"Ai!Ain dekat mana ni?Papa datang jumpa Ain!'Wajah Tuan Drex sudah berubah pucat.

"Ti...tingkat 11..hiskk..hiskk..pa..sakit,"katanya dihujung talian.

Tuan Drex segera bangun dan menghampiri tangga kecemasan yang kebetulan berada berhampiran dengannya.

Pintu cuba dibuka namun berkunci.

Pintu ditendang kuat hingga terbuka.

Dia segera berlari menaiki anak tangga untuk sampai ke tingkat 11.

Tidak dapat dia bayangkan keadaan Ain ketika itu.

Jantungnya berdegup kencang.

Takut jika Ain berada dalam keadaan yang serius.

Dia mempercepatkan lariannya.

Syukur sahaja tangga kecemasan itu tidak mempunyai perangkap didalamnya.Jika tidak,akan lebih menyusahkan dirinya untuk sampai kepada Ain.

Setibanya ditingkat 11,Tuan Drex mencari Ain dengan berhati-hati.Takut-takut jika ada perangkap.

"Ai!"Jerit Drex apabila melihat keadaan Ain yang tertiarap lemah didalam satu bilik.

Darah mengalir keluar daripada bahu kirinya.

Kaki kanan Ain pula luka koyak pada bahagian pahanya,dahi luka dan bahagian perut terikat tali yang sudah diputuskan olehnya.

Mujur sahaja Ain berjaya memutuskan tali yang berada pada perutnya,jika tidak dia akan tergantung dan bola besi automatik akan berhayun menuju kearah kepalanya dan dia mungkin akan menjadi arwah pada hari itu.

Orang-orangnya sudah tumpas kerana perangkap yang sama namun dalam serangan yang berbeza.

Ada yang hilang kaki dan kepala hancur,dada tertusuk besi tajam,badan putus,termasuk kedalam lantai yang berlubang dan mempunyai laser didalamnya.

Santapan Malam Mr.GayWhere stories live. Discover now