Bab 21: Behind The Mask!

387 7 3
                                    

Kreakkk...

Bunyi pintu dibuka perlahan.

Lampu menyala.

Ain melangkah masuk dengan orang-orang suruhan Arion dan Tuan Drex.

Mereka melangkah berhati-hati.

"Dah datang?"Al bersuara diatas tangga yang menghubungkan dua bilik kerja.

Suaranya pecah ton.

Ain mendongak.

Kelihatan Al mengenakan baju hoodie panjang lengan seperti yang dia kenakan di rumah banglo terbiar semalam.Namun kali ini berwarna biru tua gelap.Topi dan mask harus ada.

"Kenapa dengan suara kau?"soal Ain sengaja.

"Suara saya yang dah serak tambah teruk pulak hari ni sebab teriak-teriak marah seseorang dan bercakap dengan kau semalam,"jujur Al.

Kepalanya digerakkan kekiri dan kekanan serta dipusing-pusingkan perlahan.

Kali ini hati Ain kuat mengatakan bahawa Allica ada bersama Al.

"Mana adik saya?"soal Ain.

"Adik? Siapa adik kau?"

"Mana dia, saya tahu dia ada dengan kau Al, kembalikan Li,"

"Saya tak kenal dia,"

"Al,semalam kau yang teriak-teriak marahkan adik saya kan?Saya tahu Al,"

"No.."Al tersenyum melihat wajah Ain yang sudah merah menahan marah.

"Mana Li?"

"Saya tak tahu,"

"Sekali lagi saya soal Al,mana adik perempuan saya?"

Pistol ditangan digenggam erat.

Rasa hendak melepaskan sahaja tembakan pada Al.

Dia tahu bahawa Li ada dengan Al kerana pagi tadi Furan ada menelefon dirinya semasa mereka bertiga sedang sarapan pagi dengan mengatakan lokasi tempat persembunyian Al yang kedua ini.

Dalam kawasan bandar namun dalam sebuah bangunan lama yang pernah digunakan oleh para saintis untuk melakukan uji kaji terlarang namun ia sudah diberhentikan daripada diteruskan beroperasi dan Al menggunakan tempat tersebut untuk menahan Rubin dan yang lain.

Furan berkata lagi bahawa nombor yang Al guna itu dibeli oleh seseorang gadis dalam lingkungan umur 16-17 tahun daripada seorang mak cik yang kebetulan hendak membuang sim tersebut kerana selalu mendapat panggilan nombor yang tidak dikenali.Perwatakan yang diberikan sama persis dengan Al.

Pakai topi?

Yups...Al pakai topi

Mask?

Sudah tentu.

Baju hoodie?

Ya,Al pakai baju hoodie.

Tangan banyak luka yang belum sembuh dan ditampal plaster?

Tangan Al seperti itu.

Suara serak?

Sah.. budak itu ialah Al!

"Nak lepaskan tembakan? Hahahahaha!Apa tunggu lagi? Tembaklah saya,"cabar Al.

Tangan Ain menggeletar teruk.

Rasa amarahnya tidak tertahan.

Terasa bahunya disentuh seseorang.

Dia menoleh.

Lelaki berbaju hitam dan memakai topi.

"Ai, abaikan cabaran dia.Jangan bertindak ikut perasaan,"

Arion bersuara dengan dipersetujui anggukan kepala Tuan Drex.

Santapan Malam Mr.GayWhere stories live. Discover now