Bab 9:Why him pa?

781 8 31
                                    

Hujan turun dengan lebat.

Kereta yang dipandu Ain perlahan-lahan memasuki perkarangan rumah.

Mereka pulang setelah bercuti lebih dari seminggu dekat rumah nenek dan datuk sebelah mamanya.

"Pa!Abang Bin?"panggil Allica sambil melihat keadaan rumah yang sunyi sepi.

Beg bagasi hitamnya ditarik masuk.

"Rasanya masih tidur kot,"kata Ain apabila dia melihat jam tangan digitalnya yang menunjukkan angka 2 pagi.

Mereka berdua balik awal hari Isnin itu kerana hendak ke sekolah memandangkan cuti sekolah telah tamat ditambah cuti yang mereka tambah sendiri selama seminggu.

"Beg akak mana?"

"Akak tak bawa masuk,malas angkat esok jaklah akak ambik,"balas Ain.

Dia hanya membawa masuk fail berwarna pink yang dipegang kemas olehnya.

"Dahlah akak,Li nak naik bilik dulu.Mengantuk lagi ni,"Allica terus sahaja berlalu dan meninggalkan Ain sendirian.

"Yelah,nanti Ai kejutkan,"kata Ain sambil memandang Allica yang melangkah perlahan sambil membawa bagasi hitamnya naik ke tingkat tiga.

Ain menuju kearah sofa sambil membawa fail pink ditangannya.

Kaca matanya dipakai bagi membantu melihat lebih jelas tulisan-tulisan yang tertaip kemas pada setiap kertas tersebut.

Dia meneliti setiap lembaran kertas itu dengan wajah yang serius.

"Emm.. Syarikat Permata ni memang cari nahas betullah,"katanya perlahan.

"Cubalah bayar sahaja hutang kau tu terus habis.Untung bukan main banyak..ehh..masa untuk diorang bayar dah tamat pulak..memang tak sayang nyawa,"sinis suara Ain seperti berkata dengan helaian kertas dihadapannya.

Dia meneruskan selakkannya hinggalah dia berhenti di halaman akhir.

"Ok,borang pindah hak milik dah disediakan,sekarang hanya perlu tanda tangan papa sahaja untuk lenyapkan CEO Syarikat Permata ni selepas pindahkan hak milik saham dan syarikat kepada nama papa,"

Ain menutup failnya dan memandang jam dinding.

Tanpa dia sedari ternyata jam sudah menunjukkan pukul 4:30 pagi.

"Jam macam ni papa dah bangun, mungkin pa sedang mandi kat atas,"monolog Ain sambil melihat anak tangga.

Dia bangun dan melangkah naik ke bilik papanya dengan fail yang masih setia ditangan.

"Pa?"panggilnya sedikit kuat.

"Pa?"panggilnya lagi.

Pintu diketuk bertalu-talu.

Tidak ada balasan daripada Tuan Drex

"Ahhh, mandi kalilah tu,"katanya dalam hati lalu memulas tembok pintu papanya.

Lampu automatik menyala.

Dia memandang tidak berkedip terhadap dua figura yang sedang tidur nyenyak sambil berpelukan.

Rubin yang terganggu dengan cahaya mentol terjaga dalam pelukan Tuan Drex.

Dia memandang kearah pintu kerana disangkakan Tuan Drex yang memasang lampu dan alangkah terkejutnya dia melihat Ain yang sudah berdiri tidak bergerak memandang dia dan Tuan Drex.

"A.. Ain!"katanya gugup.

"Mummy,kenapa jerit pagi-pagi buta ni?"soal Tuan Drex yang terjaga dengan jeritan Rubin.

Dia membuka matanya.

Fail ditangan Ain jatuh dan menarik perhatiannya.

Dia menoleh.

Santapan Malam Mr.GayWhere stories live. Discover now