S E P U L U H

23.4K 223 32
                                    



Krekkkkkk......!

Pintu rumah ditolak. Melihat ruang di dalam rumah gelap. Hanya lampu di dapur sahaja dihidupkan. Waktu sudah menunjukkan jam 10:30pm, Zee baru sahaja sahaja sampai ke rumah.

Melangkah masuk menuju ke bilik. Melihat isterinya yang sudahpun tidur membuatkan Zee serba salah ingin mengejutkannya. Cahaya lampu tidur menerangi biliknya pada malam itu.
Terasa letih badan Zee masih tidak hilang. Di capai tuala mandi dan menuju ke bilik air. Berkali-kali Zee membasahi badannya dengan air tadahan di dalam tong menggunakan gayung. Rasa sungguh segar saat itu. Menyudahi mandiannya lalu melilitkan tuala ke pinggang. Baju yang kotor tadi di letakkan di dalam mesin untuk dibasuh. Dibuka paip air dan memasukkan sabun basuh lalu menekan butang start.

Sungguh sunyi apabila tiada yang belum tidur malam itu untuk menjadi teman berboraknya. Di hidupkan TV lalu duduk bersandar di atas tilam bujang di ruang tamunya. Rumah Zee tiada kerusi hanya lah diletakkan tilan bujang diruang tamu yang itupun jarang di gunakan. Masing2 sibuk bekerja dan tiada masa untuk menonton TV.
Zee menukar siaran dan meletakkan bantal dikepala untuk dia baring. Tidak menunggu lama, matanya sudah dulu terlelap. Hanya siaran TV menemani Zee yang sedang tidur dihadapan TV itu.

Pimmmpppp........Pimppppp....
bunyi alarm kereta ditekan sebaik sahaja keluar dari kereta.

Satu demi satu anak tangga dinaiki sehingga lah ditingkat 3. Pintu pagar luar yang sentiasa bermangga dibuka dan masuk ke dalam. Buka sahaja pintu rumah terlihat sosok abang iparnya sedang tidur di ruang tamu dengan ditemani siaran TV yang tidak ditutupnya.
Harith atau lebih mesra di panggil rith sahaja adalah adik ipar Zee yang menumpang duduk dirumah sewanya. Biasalah bekerja di dalam dunia retails masa bekerja juga tidak menentu. Hari ini jam 12:30am baru dia pulang kerumah apabila selesai membuat stocktake di butik dia bekerja.
Dia hanya berlalu dari situ terus menuju ke biliknya. Membuka lampu dan kipas lalu duduk sebentar di lantai. Dibiliknya hanya ada tilam dan tiada katil. Jadi kebiasaan Harith akan duduk dilantai sahaja sambil mengambil sedikit masa untuk sejukkan badannya sebelum mandi.

Setelah membuka baju dan seluar lalu Harith ke tandas untuk mandi setelah seharian itu dia bertungkus lumus di dalam stor butik. Terasa lega apabila selesai mandi. Selalu Harith hanya memakai seluar pendek sahaja dirumah. Itu yang membuat nyaa selesa. Siap sahaja memakai short lalu dia bermain hp seketika dan lebih kurang setengah jam berlalu Harith keluar ke ruang tamu untuk menjengah jika TV tadi masih belum dimatikan. Ya memang TV yang dihadapan abg iparnya itu masih terbuka..Dengan hanya dililit tuala dipinggang Harith hanya menggeleng kepala melihat abg iparnya itu. Remote disamping Zee diambil lalu dimatikan sahaja.

__________________________________
POV Zee

Kali ini balik sahaja ke rumah, ditambah pula dengan badan yang sengal2 dek belakangan ini jadualnya agak padat membuat Zee tak cukup rehat.
Namun apabila melihat isteri yang sedang tidur pulas di dalam bilik, dia tidak sampai hti ingin mengejutkan isterinya saat dia pulang. Masing2 kepenatan namun Zee terkadang lebih selesa untuk tidur diruang tamu. Lebih sejuk menurutkan kerana mereka duduk rumah flat tingkat 3.

Sesudah sahaja mandi, Zee dengan hanya dililit tuala hanya duduk di hadapan TV sambil bermain hp. Entah kenapa dia ingin membuka apps yang dimana dia dan Faiz berkenalan disitu.
Saat membuka apps itu awalnya hanya sunyi, tetapi hanya beberapa minit ada masuk permintaan rakan dari seseorang lelaki. Zee membelek profile tersebut lalu hanya menerima sahaja.

Selang beberapa minit selepas itu, hpnya masuk chat dari lelaki tadi. Seakan mengenalkan diri..


Helloo abang, nama saya Qayyum, 20...
Abang pula..?

Siapa Ni...?

Bukan sesiapa...cumaa nak berkenalan sahaja..
Boleh ke aabang?

Abang Lori Where stories live. Discover now