BAB 2 ( prince )

142 34 7
                                    

"Aku cakap turun"

"Tak nak"

"Kau nak biar kereta kau dekat sini sampai kiamat ke apa" singa bertanya

" memang tak ah !!!! "

"Jadi sila lah turun cik adik oiii"

"Awak baik cakap betul-betul, awak nak curi kereta saya kan"

dia tertawa kecil " cik adik pandai, tak ingin aku nak kereta kau. kau tengok kereta aku dengan kau jauh bezanya"

" ishh kalau nak perli bagai, baik awak bla ah"

" degil sangat ni kenapa, turun je la orang nak tolong ni" amboi cakap aku degil pulak dia ni.

"Yelah yelah " aku turun dan berdiri di depannya. Ish rapat sangat pulak.

" sanalah, yang kau terpacak depan aku ni kenapa. "

" hah,silahkan tuan putera" aku ke kanan sedikit lalu menyuakan tangan ke tempat driver kereta ku.

Tak sampai seminit lucy telah turun dari divider tu. hebat lah mamat ni. 4 bintang. Lagi 1 bintang tu sebab mulut dia tu, aku tak suka.

Singa itu keluar dari kereta ku. "Cakap apa? "

" ish orang tahu lah nak cakap apa, awak ingat saya ni budak-budak ke apa. Terima kasih sebab bantu saya dan saya minta maaf sebab mengganggu awak dengan sebab tadi juga"
Kata ku sambil menundukkan kepala. Eh jap asal aku je kena minta maaf padahal dia juga kena, hmmm hidup ni memang tak adil

" aku pon nak minta maaf juga " kata singa itu.

Aku ternganga. Tak percaya babe dia minta maaf kat aku. Tolong selamatkan saya, saya takut ni. Bukan apa mana tahu dia minta maaf sebab ada muslihat lain nak sembelih aku ke. Ahhh habislah

"Tutup mulut tu "

Aku merapatkan mulut balik.

"Aku pergi dulu, kau ni tak lambat pergi kerja ke ?" tersentak aku mendengar apa yang dia cakap.

YAAA KERJA. Aku terus masuk ke kereta. " Terima kasih,singa" kata aku sebelum memulakan ejen kereta.



Alhamdulillah aku sempat masuk ke pejabat ku pada waktu yang tepat.

"Kamu semua, ini dahlia.. Dia akan menjadi ahli baru dalam pasukan kita mulai hari ini." kata kak Siti, yang baru aku kenali tadi.

"dahlia ,sila perkenalkan diri kamu" sambung kak Siti

"Assalamualaikum dan hi semua, nama saya Nur Eshal Dahlia binti Ahmad Zafri. Saya berharap kamu semua boleh membantu saya dan membetulkan kerja saya jika ada kesalahan. Selamat berkenalan semua" aku senyum lebar.

Semua yang berada di situ tersenyum dan mengangguk. Aku juga diperkenalkan sorang satu yang berada disitu.

"dahlia , ini tempat duduk kamu " kata kak siti

" terima kasih Kak Siti" kata ku dengan senyuman yang tidak lekang dari mulut.

" Kak siti. mana bos?" Tanya Aiman. Meja nya dan mejaku hanya bersebelahan

" Bos ada meeting dengan K2 company pukul 8.15 ni, pagi-pagi tadi dia dah keluar"

"Ouhhh, bila dia balik?" tanya Aiman lagi

" tadi dia cakap dia akan terus balik rumah lepas meeting habis. kenapa? "

" nak suruh dia sign document ni tapi tak mengapalah, esok je lah saya suruh dia"
Kata Aiman

" hah kalau macam tu okay lah, kak siti pergi dulu. Dahlia kalau nak tanya apa-apa boleh tanya aiman. Tak silap aiman 2 tahun tua daripada kamu. "

" Okay kak siti" kata ku.

"Hi, selamat berkenalan. saya,Dahlia. Tadi masa saya perkenalkan diri saya awak takde" kata ku.

" Aiman " jawabnya sepatah sambil matanya memandang skrin komputer di hadapan itu.

"Awak dah berapa lama kerja kat sini " sengaja mahu berbasa-basi.

" kau ni bising lah, tak payah ah nak sibuk hal orang lain " katanya marah. Bapak kerek mamat ni.

"Okay" kata ku. Kalau taknak cakap sudah, kawan lah dengan kerja kau itu.


comment lah sikit🥺

That's my dahliaWhere stories live. Discover now